webnovel

Our Precious Moments

{ Onze Dierbare Momenten } « Momen-Momen Yang Berharga Kita » Semua orang pasti ada kan? Momen dan saat-saat berharga dalam hidup. Cerita ini mengisahkan tentang gadis bernama Nur Aira Maisara, merupakan seorang pelajar yang insecure. Tak banyak bercakap. Sangat suka bersendirian. Dia suka tengok pokok-pokok yang mempunyai daun-daun yang indah macam bunga sakura. Tapi pohon bunga sakura kat Jepun je. Kat Malaysia ni iklim Khatulistiwa, panas dan lembap, tak sesuai untuk pokok bunga sakura hidup dan tumbuh dengan baik. Alah, bunga sakura yang lawa tu, pokok-pokok warna pink macam dalam cerita anime yang korang tengok tu! Bak kata orang putih, Cherry Blossom! Tapi kat Malaysia ade je pokok ni, namanya Pokok Tecoma, lawa gila beb. Warna pink gitu!! Jadinya, Aira suka tengok pokok yang namanya Pokok Anggerik Merpati. Korang pernah dengar tak nama pokok ni? Haha, mesti tak pernah kan? Nama saintifiknya, Pigeon Orchid. Kiranya pokok bunga Orchid la ni! Pokok bunga ni sangatlah besar dan berdekatan dengan Pokok Queen Palm di sekolahnya. "Hmm..Hidup ni memang kena sendirian ke? Aku nak jugak ada kawan macam orang lain...Cuma..aku tak reti nak berkawan..." - Aira - Dia tidak berapa suka apabila bercakap dengan orang, apatah lagi bergaul atau berkawan. Bak kata orang dulu-dulu, orang yang pendiam. Sebenarnya, dia bukan tak suka cuma tak reti! Aira sangat sukakan ketenangan bila dia sendirian. Rasa damai je. Walau bagaimanapun, dia tetap berasa sunyi, lagi-lagi bila dia kena jalan seorang diri. Makan pun sorang-sorang, belajar pon berseorangan. Semua benda pun dia buat sorang-sorang! Kau bayangkan, betapa sepinya hidup kat sekolah kalau macam ni! Tapi! Segalanya berubah bila hadirnya seorang pelajar lelaki yang berwajah tampan berpindah ke sekolah dia! Mamat Belanda pulak tu! "Lah, aku nak tolong kau la. Kau ingat aku nak buat apa?" - Tengku Rafie Dasuki A.K.A Ryker - Hidup Aira berubah 180• darjah bila bertemu dengan budak lelaki Happy Go Lucky ini! Perangainya, Ya ampun! Boleh tahan nakal jugak! Selamba pulak tu! Jadi sakit kepala kalau dilayan! Namun begitu, dengan hadirnya si dia dalam hidup Aira, kini hidupnya penuh dengan warna-warna pelangi! Suka dan duka! Gembira dan sedih! Nak tahu apa yang berlaku antara Aira dan Mamat Belanda ni, bacalah novel ini! >_

umayra_yusoff · Urban
Not enough ratings
10 Chs

DUTCH DESCENT

"Ya, silakan masuk." Terdengar suara perempuan yang perlahan tetapi tegas daripada dalam bilik tersebut.

*Kriekk*

Pelajar lelaki tersebut membuka dan menolak pintu perlahan-lahan sambil menolong Aira berjalan.

Sebaik sahaja mereka berdua memasuki Bilik Rawatan Pelajar tersebut, kelihatan seorang guru wanita bertudung litup memandang ke arah Aira dan menanyakan soalan dengan riak wajah yang terkejut. Dia menutup mulutnya yang terlopong luas dengan kedua-dua belah tangannya.

"Hah! Kenapa dengan kaki kamu ni?! Ya Allah! Banyaknya darah!"

Aira hanya mampu memandang guru tersebut sambil menggigit bibir bawahnya. Mukanya kelihatan panik sebab dia tidak tau mahu balas apa. 'Alamak! Aku nak jawab apa ni?? Takkan aku nak cakap budak lelaki ni jatuh atas aku macam nangka busuk? Memang taklah! Kalau kena denda macam mana? Lagipun dia kan dah banyak tolong aku! Aduh, aku nak cakap apa ni?!'

Lalu, dia mengalihkan pandangannya terhadap jejaka tampan di sebelahnya. Matanya memandang pelajar itu dengan penuh harapan. Perasaannya ketika ni macam budak kecik yang tengah menangis sebab tak dapat lolipop! 'Kau tolonglah akuuu!'

Menyedari pandangan Aira seakan-akan meminta tolong terhadapnya, pelajar lelaki tersebut berdehem seolah-olah dia faham tentang apa yang disampaikan oleh Aira. "Ahem!"

Serta-merta guru wanita berwajah ayu itu mengalihkan pandangannya daripada melihat Aira dan memandang pelajar lelaki tersebut. Keningnya berkerut-kerut memerhatikan muka pelajar itu. 'Budak mana pulak ni? Aku tak pernah nampak pun selama aku mengajar kat sini? Budak baru ke?'

Dia membuka mulut untuk bertanyakan soalan. "Kamu siapa? Perkenalkan diri kamu dahulu."

Pelajar lelaki berwajah tampan itu memandang guru wanita tersebut. Dia menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda memberikan salam dan perkenalkan diri. "Assalamualaikum cikgu, nama saya Tengku Rafie Dasuki. Saya baru sahaja berpindah ke sekolah ni pada hari ini."

'Patutlah aku tak pernah nampak budak ni.' Bisik guru wanita itu sebelum kembali meneruskan bertanya soalan. "Waalaikumussalam. Sebelum ni kamu bersekolah di mana?"

"Saya daripada sekolah overseas, cikgu. Sebab selama ni saya sekolah kat sana dan tinggal dengan nenek saya. Ayah saya keturunan orang Belanda sebab ikut sebelah nenek saya, jadi saya sekeluarga tinggal dekat sana.Kami pindah ke Malaysia ni pun sebab atas urusan kerja ayah saya." Tutur Rafie dengan sopan.

"Ooo..macam tu rupanya." Jawab guru itu perlahan. "Eh, kamu berdua duduklah atas kerusi di depan saya ni. Kesian pulak saya tengok pelajar perempuan kat tepi kamu tu ha..Dah berkerut-kerut muka tahan sakit tu. Muka pun macam ayam berak kapur dah saya tengok. Rafie, sambil saya rawat kaki dia, cuba kamu ceritakan apa yang telah berlaku dekat saya."

'Ewah-ewah cikgu! Boleh tahan loyar buruk dia kata kat aku! Tak lawak lah cikgu! Ade ke patut dia samakan muka aku macam ayam yang tengah berak!' Aira menarik muka masam sambil menjeling geram dekat guru wanita itu.

Sementara itu, Rafie hanya mengangguk apabila mendengarkan pernyataan guru tersebut.

"Baiklah, cikgu..." Dia hanya terdiam seketika sambil menggaru keningnya yang tidak berapa gatal itu. 'Aku nak panggil dia cikgu ape eh? Aku bukan kenal sangat cikgu-cikgu kat sini selain daripada Cikgu Nizam! Aduh!'

"Rafie, panggil saja saya ni Cikgu Adawiyah." Balas guru wanita itu tatkala dia melihat Rafie tergaru-garu macam kera kena belacan.

Jawab Rafie dengan penuh semangat. "Okay! Baik, cikgu Adawiyah!"

Dia mulai memapah Aira berjalan untuk duduk di kerusi. Aira hanya mengikuti langkah kaki Rafie.

Wajah Aira yang masam tadi bertukar riak terkejut apabila dia menyedari sesuatu. Dia berfikir sambil memerhati wajah kacak itu dari pandangan sisinya.

'Ah! Nama pelajar lelaki kat tepi aku ni Tengku Rafie Dasuki rupanya..Unik jugak namanya...Eh?Jap, jap! Ayah dia ni orang Belanda? Patutlah muka dia ada kacukan orang Eropah! Aku tak sangka boleh jumpa orang Belanda kat sini!!' Hatinya menjerit-jerit dari dalam dirinya. Mindanya kini dipenuhi dengan perasaan ingin tahu tentang Rafie.

*****

"Ohh..jadi begitu ceritanya." Ujar Cikgu Adawiyah sambil tangannya ligat merawat pergelangan kaki Aira dengan menyapu ubat antiseptik. Kemudian, dia membalutnya dengan cotton yang berwarna putih dan dilapisi kain putih lalu mengikat kakinya dengan kemas.

Aira terkedu. Dia terkesima sambil memandang jejaka tampan di sebelahnya dan hanya mampu terdiam. 'Ah...aku tak sangka si Rafie ni betul-betul bukak cerita hal yang sebenarnya dan bercakap jujur. Aku rasa dia ni budak baik. Peramah pulak tu.'

Dia pun memandang ke arah kakinya yang sudah elok terikat dengan pembalut kain kapas putih. Hatinya mengetus dalam diam. 'Sedangkan aku ni pun nak jugak cerita hal yang sebenarnya, cuma aku tak berani nak cerita dan tak ada kekuatan nak cakap..Mulut aku ni rasa macam berat je nak cerita...Aku takut cikgu ni tak percaya dan marah aku nanti....'

"Aira."

Panggilan suara lembut milik guru wanita itu menyedarkan lamunan Aira. Dia mengalihkan pandangannya dan melihat guru tersebut. Dia membalas panggilannya dengan pantas. "Ya saya, cikgu!

Cikgu Adawiyah hanya tersenyum nipis apabila melihat gelagatnya. "Aira, saya rasa kamu boleh pulang ke rumah awal hari ni. Dengan keadaan kamu seperti ini, saya tak rasa awak boleh belajar dengan baik."

"Baik, cikgu." Aira membalas pendek sambil menyembunyikan senyumannya. 'Yeay! Balik awal! Tak payah belajar hari ni! Yahuuu!!'

Cikgu Adawiyah menyambung ayatnya. "Tapi..."

Namun, kegembirannya terhenti serta-merta. Wajah Aira berubah. 'Ni yang aku tak suka ni! Selalu buat suspens! Ayat 'tapi' tu selalu buat aku tak sedap hati! Macam ada berita buruk nak beritau kat aku! Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari!'

Cikgu Adawiyah hanya memerhati raut wajah yang gelisah kepunyaan Aira sambil berbicara.

"Tapi kaki awak nampak macam terseliuh. Sebab kalau nak kata patah, kaki awak tu boleh jalan lagi. Nak kata retak, kaki awak tak luka dalam sangat. Saya nampak kaki awak terseliuh serius jugak. Dalam 1 minggu, kaki awak baru boleh baik. Hehehe, berat jugak kan si Rafie ni jatuh atas awak." Ujar cikgu Adawiyah sambil ketawa kecil.

"Hah??!"