webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urban
Not enough ratings
57 Chs

Chapter 8 : Busted!

Naera gigit bawah bibir tanpa sedar ekoran terlalu takut.

"Oh really?Siapa yang hantar surat ni Cik Naera?"tanya Seth dengan intonasi demanding.

Serta merta alarm alert muncul dalam kepala Naera. Memberitahu dia yang ini la masa dia untuk keluar dari sini dan berhambus secepat mungkin.

"You know...Mr.Seth, saya harap sangat saya boleh beritahu pada tuan, tapi Encik Tyler, executive beritahu saya untuk ke pejabatnya serta merta. Jadi kalau tidak kisah saya minta diri dulu...dan pergi menemuinya untuk tahu apa yang beliau perlukan"kata Naera sebelum berpaling semula untuk keluar dari situ.

Lengan kecil Naera kemudiannya di cengkam oleh jari jemari itu, dengan efektifnya menghentikan Naera sekali lagi dari keluar. Seperti ada aliran eletrik yang menjalar ke seluruh tubuhnya, Naera merasakan bulu roma dia meremang tegak apabila sentuhan itu berlaku. Dia terkejut tapi tak tunjuk, hanya renungan kejung saja terarah pada wajah dingin tu.

"Actually, I do mind. Saya tanya awak soalan Cik Naera. Jadi saya expect kamu untuk memberi jawapan kepada saya mengenai hal itu.."Seth berkata dengan nada serius nak matinya.

Dan bila Naera pandang akan mata itu, dia terus telan air liur dengan susah payah. "Seperti yang saya katakan tadi...saya hanya di beri pesan untuk serahkan surat itu kepada tuan saja. Saya tak tahu siapa yang menghantar surat itujadi tolong la lepaskan saya supaya saya boleh pergi dan bercakap dengan executive..."

Seth tenung Naera dengan lama dan dalam-dalam tapi Naera tidak mengalah, dia malah membalas renungan Seth dan kekal tenang di situ walaupun dia gelabah gaban bagai nak apa. Entah bila dan kenapa, secara mengejut Seth kemudiannya melepaskan cengkaman dari lengan Naera.

"Keluar dari pejabat saya dan jangan tunjuk muka awak sehingga saya sendiri panggil awak ke sini!"arah Seth.

Well!Tak payah suruh dia sendiri mahu keluar dari sini dan takkan tunjuk muka lagi!Ugh! Tanpa berkata apa-apa, Naera dengan senang hati berpaling keluar dari pejabat itu bersama kakinya yang lenguh lembik seperti jeli.

Keluar saja dari pejabat, Naera ambil jalan keluar dari situ dengan menggunakan tangga kecemasan. Ianya lebih cepat sebab lif terlalu lambat untuk tiba ke lobby! Dekat 15 minit kemudian, dia keluar dari pintu tangga kecemasan dengan nafas tercungap-cungap kerana berlari tanpa henti.

Dia lari dan lari sehingga la dia dihentikan oleh Dylan. Security guard yang bertugas di laluan Utama pintu lobby.

"Cik Naera.maaf. Saya tidak boleh benarkan cik keluar dari sini. Saya di maklumkan oleh Tuan Seth untuk membawa cik menemui beliau di tingkat atas kerana beliau perlukan cik ke pejabatnya semula."

Sementara Naera yang sudah panic mode itu menggeleng kepala tanda enggan. No!No!Memang tidak la dia hendak naik ke atas dan bertemu semula dengan lelaki itu. No way in hell!

"Yeah...saya akan pergi berjumpa dengan beliau tapi saya ada hal emergency yang perlu di uruskan dan saya perlu pergi sekarang jugak"jawab Naera dan gerak ke tepi Dylan untuk lepasi lelaki itu, tetapi Dylan malah ikut beranjak menghadangnya.

"Maaf...Cik Naera. Saya tidak boleh lakukannya. Arahan yang diberikan kepada saya jelas memberitahu cik supaya menemui Tuan Seth di pejabatnya tidak kira apa sekalipun sebabnya.."tegas Dylan lagi.

Naera yang semakin menyirap dan hilang sabar sebab asyik dihalang saja meradang. "Well, kalau begitu beritahu dekat Tuan Seth awak tu untuk ambil arahan dia sendiri dan sumbat dalam mulut dia sendiri Sebab saya tetap akan pergi dari sini!Dan tiada siapa boleh halang saya dari berbuat begitu! Bukan awak...bukan Tuan Seth awak tu. So get the hell out of my way or trust me I will punch you square on the face!!"lafaznya seberangnya.

"Kalau begitu, Cik Naera boleh beritahu hal itu sendiri kepada Tuan Seth..."kata Dylan semasa memandang ke arah belakang Naera ketika itu.

Melihat hal itu, Naera secara automatik berpaling, dia pusing memandang ke balik bahunya dengan bingung sebelum panik menyerangnya semula selepas melihat Seth sedang berarak mendekatinya dengan renungan maut di mata itu.

Oh sh*t!

Hampir hendak terjatuh rahangnya ketika itu.

Seriously?