webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urban
Not enough ratings
57 Chs

Chapter 56 : To Create A New One Must Learn Mistake From The Old One.

Rasa seperti baru semalam saja Naera berjaya buka kes ayahnya semula dan bersihkan nama keluarga dia. Dan segala asset yang dibekukan diserahkan semula kepada dia dan hak Di Clove di serahkan kepada pemegang saham Utama iaitu Seth.

Tup-tup...

Dah empat tahun rupanya berlalu sejak kejadian dia menemui Renold dan Emelda untuk meminta restu dari orang tua suaminya bagi mengizinkan perkahwinan mereka. Yang mana bukan perkara yang mudah.

Sebelum Naera berpindah ke sini, dekat enam bulan jugak dia tangguh akan rancangannya kerana permintaan Seth yang mahu mereka berdua bersama. Sayang punya pasal, Naera pun mengalah. dia bersetuju dengan idea Seth untuk pujuk orang tua lelaki itu. Tak nak jadi perosak keluarga orang lain punya pasal la ni!

Dan selepas berbolak balik dan pelbagai strategi yang digunakan untuk ambil hati parents Seth termasuklah palsukan berita mengenai kemalangan yang menimpah Seth untuk takut-takutkan Renold. Yang mana Berjaya. Renold pun izinkan perkahwinan Naera dan Seth. Naik meroyan reaksi Renold sewaktu berita kemalangan palsu Seth sampai ke telinga lelaki itu. Memang terkeluar la semua perasaan yang tersimpan dari Renold. Merayu-rayu Renold minta maaf dan menyesal untuk tidak lakukan semua kerja jahatnya. Seth pun memaafkan orang tuanya dan hubungan dua beranak itu pulih semula.

Emelda tidak lupa juga. Dia memohon maaf kepada Naera dan ibu Naera sendiri mengenai apa yang menimpa Nadeem yang mana berpunca dari dirinya sendiri. Sebagai ganti, dia akan ikhlaskan Naera bawa Seth pergi dari situ jauh dari keluarga untuk bina hidup baru. Yang mana Naera maafkan dengan hati terbuka tanpa berdendam. Yalah...memaafkan itu lebih mulia. Kerana itu Naera ambil keputusan untuk lupakan kesilapan masa lalu dan focus masa hadapan.

Selepas dapat restu, Naera dan Seth pun berkahwin.

Berita perkahwinan Naera tidak tidak diterima oleh Kade dengan baik. Oleh kerana lelaki itu kecewa dan masih tenggelam dengan rasa serba salahnya. Kade mengaku semua kesalahan yang dilakukan dan serah diri kepada pihak berkuasa dengan bukti dan rela hati. Kerana tindakan nekadnya itu, Kade dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun di atas pengelapan wang dan pelbagai jenayah lain.

Teressa pula cuba berebut hak penjagan Sylas selepas dapat tahu Sylas bakal mewarisi harta keluarga Sylar Donovan. Tetapi Sylas sendiri yang buat keputusan untuk tidak menerima Teressa dalam hidupnya. Jadi selama tiga bulan berperang hak penjagaan, Seth menang kes itu lalu menjadikan Sylas sebagai anak angkatnya yang sah. Lalu Teressa bawa diri ke luar negara dan tidak berkhabar sampai ke sudah. Yang mana tidak pernah dipersoalkan oleh Sylas.

Selepas semua drama dan cerekaram selesai, baru la Naera berpindah keluar dari tempat tersebut bersama Seth, Sylas dan ibunya. Mereka bina hidup mereka dengan syarikat yang baru, kehidupan yang baru. Bahagia dan tenang tanpa tekanan di rumah banglo yang dibina ikut rekaan Naera sendiri menggunakan wang keluarganya.

Akhirnya.

Dalam hidup ni semua orang buat silap. Nama pun manusia, Tidak sempurna dan banyak kekurangannya. Sebab itu ada yang jahat dan baik dalam karakter seseorang. Jadi memaafkan dan melupakan adalah cara paling mulia untuk selesaikan suatu konflik itu.

Itu yang Naera gunakan untuk teruskan hidup tanpa berdendam atau membencikan sesiapa lagi. Kini hidupnya kembali tenang dan tenteram.

"Hey...anak ayah..macam mana hari ni?"suara Seth menyapa di tepi Naera sambil pegang perut yang sudah sarat hamil 8 bulan itu tiba-tiba menyentak lamunan dia ketika itu.

Naera pun tunduk memegang tangan Seth yang mengusap perutnya dengan senyuman di bibir. "Hari ni..baby tendang mama dia la..."jawabnya sambil tu.

"Really?"soal Seth dengan mata terbutang penuh teruja. Dia kemudiannya tunduk mengucup perut itu dan duduk tegak semula.

Kepala itu di usap Naera sewaktu suaminya berbuat begitu. Senyuman bahagia terukir di bibir.

"Dah sarat ni rehat-rehat la. Tak lingkupnya syarikat kain kamu tu.."seloroh Rose' sewaktu ambil tempat di kerusi berhadapan Naera dan Seth. "Lepas bersalin nanti boleh sambung kerja semula.."cadangnya.

"Kan...dan cakap dah..tengok ibu awak sendiri setuju.."tambah Seth sambil hidangkan makanan ke pinggan Naera.

Naera berdengus kecil. jelingan tajam dikerling ke Seth."Yalah...cakap depan lain cakap belakang lain.."cebiknya dengan menyampah. Baru semalam Seth beritahu, kerja la selagi masih ada ruang. Nanti dah bersalin berbulan lamanya baru dapat kerja semula. Depan ibunya cakap lain pula!Menyampah!

Ketika itu la Sylas muncul dengan rambut basah dan muka segar selepas mandi. Pakaian bersih tersarung di badan itu menyertai mereka semula. "Wah..nenek masak makanan favourite kita la.."katanya semasa duduk di kerusi.

Rose' tersenyum senang. "Ianya bukan kegemaran kamu saja,..ianya kegemaran mama kamu juga..makan la banyak-banyak. Nenek masak banyak.."beritahunya.

"Yeah!"sorak Sylas dengan bersemangat. "terima kasih untuk makanannya!"ucapnya selepas itu.

Naera yang melihat keletah Sylas tersenyum gembira. Tidak dia sangka Sylas yang kurang bercakap dulu sewaktu kecil rupa-rupanya banyak cakap orangnya. Dan semua ini terjadi selepas Sylas cecah usia 7 tahun, anak ini mula bercakap dan bergaul dengan Seth dengan gembira sekali. Yang mana telah buatkan Seth menangis kerana begitu terharu dan teruja taktala anak kesayangan lelaki itu mula berbual dengannya.

"Awak nak tambah apa-apa lagi?"soal Seth kepada Naera.

Naera menggeleng kepala. "Dah cukup."

"Makan banyak-banyak ya..."senyum Seth sebelum kucup pipi Naera lantas hidangkan makanan ke pinggannya pula.

"Terima kasih"balas Naera dengan gembira dan mula makan.

Rose' yang perasan akan kemesraan suami isteri di depannya tersenyum senang. Dia tidak tahu kenapa, tapi hatinya yang kosong ini semakin hari semakin penuh dengan perasaan gembira dan seronok sejak bertemu dengan mereka di depannya ini. Dan dia harap, dia Bersama dengan mereka sehingga akhir hayatnya.

"Mmm..sedapnya!Masakan ibu memang terbaik!"ucap Naera sambil buat thumbs up dengan mulut yang penuh.

Rose' ketawa kecil. "Yalah tu...sudah makan perlahan-lahan. tercekik pula nanti."pesannya.

Naera mengangguk kepala. Sambil tu sempat dia perhatikan Sylas yang selera makan, lalu pegang tangan Seth yang berada di atas pehanya ketika itu dari bawah meja. Dan selepas ini takkan dia lepaskan lagi tangan ini.

~TAMAT!~