webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urban
Not enough ratings
57 Chs

Chapter 41 : Mengalah

Emelda termenung sewaktu memerhati Renold di atas katil sedang menerima rawatan dari jururawat bertugas. Melihatkan suaminya sudah terlantar di katil selama lima hari ini sudah cukup membuatkan dia risau dan kesal.

Mana tidaknya, Emelda telah di khabarkan mengenai Seth dan Naera. Kalau suami dia tahu mengenai hal dua orang anak muda ini pasti suaminya akan diserang heart attack semula. Apabila hal ini terjadi, terus dia beri amaran kepada Seth untuk tidak berhubung atau menemui Naera lagi. Dikhuatiri sekiranya Renold tahu mengenai hubungan mereka berdua, pasti Renold akan naik angin dan sakit lelaki ini akan menyerang semula.

Dan Emelda kesal kerana semua ini terjadi disebabkan suami dia terlalu sibuk dengan kerja. Tidur tidak jaga, rehat tidak jaga. Sekarang tengok la akibatnya tidak pasal-pasal kena jalani pembedahan untuk betulkan injap jantung.

"Seth dimana?"tanya Renold selepas jururawat keluar dari bilik rawatan VVIPnya, Meninggalkan mereka berdua di situ. "Sejak saya masuk hospital, dia sekali pun tak pernah nak jenguk. Dasar anak tak guna."getusnya dengan perlahan.

Emelda yang sedang duduk di kerusi sebelah kati itu melepaskan hela nafas panjang. Dia silang tangan atas riba sewaktu memandang Renold dengan renungan redup. "Di Caldwell. Memandangkan hari ini ada meeting dengan pelabur baru, Seth mewakili awak pada hari ini untuk perbincangan mereka"jawabnya.

Berdengus kecil Renold sebaik mendengarnya, Baru mahu terngadah anak lelakinya itu untuk membantu dia uruskan syarikat. Kalau tidak mahunya mereka berdua bertegang leher semata mahukan Seth masuk ke syarikat dan menggantikan tempatnya.

"Elok la...kalau begini la caranya, saya sakit berkali-kali pun tak apa.."seloroh Renold dengan sengih meleret sinisnya.

Emelda tidak memberi sebarang komen. Dia hanya pandang wajah Renold dengan kening berkerut susah hati. Sungguh!Kalau suami dia ini jenis orang yang makan saman, dia tidak akan rasa susah hati dan berbelah bahagi seperti ini.

Renold perasan akan tatapan yang diberikan oleh Emelda. Dia balas renungan isterinya dengan kening kiri terangkat sebelah. "Kenapa awak pandang saya macam tu?"

"Saja...saya cuma tertanya-tanya. Sampai bila awak nak berterusan begini. Kumpul duit, kumpul kekayaan. Cari kesenangan dan susahkan orang hidup orang lain...saya rindukan lelaki yang saya pernah jumpa dulu."luah Emelda bernada memujuk.

Kening Renold berkerut, buatkan kedutan pada wajah itu semakin jelas.

"Apa yang awak cuba hendak katakan ni?"tanya Renold.

Bersama senyuman sedih, Emelda capai tangan Renold lalu di ramas dengan kasih. Sebenarnya dia tidak pernah bencikan suaminya ini. Sekali pun tidak pernah, Sebab dia faham kenapa Renold lakukan penindasan dan menyakiti orang lain.

"Saya tahu awak tak boleh lupakan Sylarsaya pun begitu"beritahunya. "Saya tahu awak layan Seth dengan kasar sebab awak tak nak terlalu sayang kepada anak bongsu kita kerana takut rasa kehilangan dan sakit tu lagi..tapi lakukan semua ini tidak akan kembalikan Sylar semula kepada kita...malah ianya memudaratkan kesihatan awak dan mengeruhkan hubungan awak bersama Seth."

Sejak Sylar di sahkan menghidap kanser paru-paru,sejak itu la sikap Renold yang peramah dan penyayang berubah. Dari seorang ayah yang mesra dan baik hati berubah menjadi dingin dan tidak berhati perut. Perubahan itu semakin lama semakin memburuk apabila Sylar tenat. Dan sikap Renold semakin menjadi lebih serius selepas Sylar meninggal dunia.

Seth yang menjadi korbannya. Tidak kira apa yang di lakukan oleh Seth, sikit pun tidak pernah puaskan hati Renold. Itu salah ini salah. Segalanya akan di bandingkan antara Sylar. Sylar lebih bagus la. Lebih baik la!Dan apa yang Seth dapat hanyalah cemuhan semata. Kerana itu Seth ambil keputusan untuk cari kerja dan bina hidup sendiri tanpa berkaitan dengan Renold.

Dan ianya telah memakan diri Renold sendiri!

Terkesan dengan kata-kata Emelda, dalam diam Renold mengetap gigi. Dia tenung mata isterinya yantg tidak ubah akan renungan mata Seth dalam-dalam, Dia tahu!Tapi perasaan benci dan dengki dalam dirinya ini sikit pun tidak mahu memudar!

"Saya tahu awak bencikan diri awak sebab itu awak lampiaskannya kepada orang lain...tapi lega ke awak lakukan semua itu?"tambah Emelda lagi dengan kening mencerlung mahu menangisnya. "Lepaskan la sayang. Apa yang telah berlalu biarkan berlalu. Apa yang pergi tidak akan kembali lagi"

Renold pandang tangannya yang digenggam Emelda. Air mata mula bergenangan di kelopak. "Dah terlambat untuk saya berpatah balik Em..Seth bencikan saya, Sylar sudah tiada, Nadeem tidak akan hidup semula dan orang yang telah saya sakiti takkan dapat jalani hidup mereka seperti biasa lagi..."lafaznya.

Emelda tersenyum lalu bangun dari kerusi itu lantas duduk di tepi katil itu. Dia tarik suaminya ke dalam pelukan. "Ianya belum terlambat. Saya tak nak kehilangan awak atau sesiapa lagi...jadi tolong la dengar permintaan saya ini Renold. Maafkan lah diri awak...lepaskan la semuanya...mari la kita jalani sisa hidup yang ada dengan aman.."pujuknya dengan bersungguh. Dia penat nak hadap semua ini lagi!