webnovel

Sarah & Fendi

Dua dekad yang lalu…

"Dunnorage, Squido, Snelli Cok, Kuiket, Senso, Auralo dan Visumulus. Ini adalah magnum opus kita Adam. Idea kita bersama. Usaha keras kita selama ini. Kita berjaya! Kita berjaya!"

"Ya. Tak sia-sia apa yang kita lakukan selama ini. Aku bersyukur ianya dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan."

"Betul tu Adam. Aku amat berbangga dengan apa yang telah kita hasilkan."

"Projek kita ini menunjukkan hasil yang dikehendaki. Aku betul-betul rasa bersyukur"

"Apa yang kita impikan dan usahakan telah pun kita capai. Tapi kau jangan lupa yang Sarah juga banyak membantu kita"

"Jadi kau dah fikirkan betul-betul mengenai Sarah?"

"Kau akan bawa dia ke sini? Kau akan jadikannya realiti?"

"Ya. Dan apabila segalanya sudah menjadi realiti. Aku akan bawa dia datang ke sini"

"Baiklah. Aku tak menghalang dan aku tak menggalakkan. Terpulanglah. Keputusan di tangan kau"

"Apa langkah kita seterusnya?"

"Pusat Sains, Teknologi dan Seni Negara!"

"Kau mahu kita pamerkannya di sana?"

"Ya. Dalam lima, enam, sepuluh atau dua puluh tahun lagi, aku harap ianya akan berjaya dipamerkan sebelum ianya digunakan"

"Tapi kita akan lakukannya selepas beberapa orang pesakit berjaya kita sembuhkan dengan semua ciptaan-ciptaan ni"

"Itu langkah yang baik. Barulah mereka tahu keberkesanan ciptaan kita ni. Mereka boleh kita jadikan contoh keberkesanan penemuan ini"

"Aku tahu ianya pasti akan memberi harapan kepada semua orang"

"Satu lagi. Aku harap kau dan Sarah boleh bekerjasama nanti. Kerana aku tak akan ada lagi selepas ni. Ini bermakna hanya kau dan Sarah sahaja yang akan meneruskan kesinambungan projek ni"

"Apa yang kau merepek ni Fendi? Aku tahu apa yang kau maksudkan. Tetapi janganlah kau bimbang. Aku tahu yang kau akan sentiasa ada bersama aku. Walaupun Sarah yang akan menggantikan Fendi."