webnovel

Lari

Bilik bawah tanah itu dipenuhi dengan barangan terpakai milik Profesor Kardiff yang sudah lam tidak digunakan. Namun, bilik itu berkeadaan bersih. Tidak berdebu seperti bilik bawah tanah yang lain kerana ianya dijaga dengan begitu rapi sekali. Keluasannya lebih besar dari keluasan makmal Profesor Kardiff. Di dalam bilik itu terdapat satu pintu yang membolehkan mereka keluar menembusi halaman rumah. Mereka segera menaiki tangga yang bersambung dengan pintu bilik keluar itu dan bergegas keluar.

Sejurus selepas keluar dari bilik bawah tanah itu, Marina, Inspektor David dan Profesor Kardiff bergegas menaiki kereta Inspektor David yang diletakkan di hadapan rumah itu. Dari dalam kereta, mereka dapat melihat pintu rumah berbentuk sfera itu telah dipecahkan.

"Habis rumah aku!" Profesor Kardiff menepuk dahinya. Terbayang-bayang di fikiran keadaan makmalnya yang baru sahaja diubah suai. Alvin pasti akan terkejut apabila dia pulang nanti.

"Kita nak ke mana ni?" tanya Marina.

"Laguna Selatan. Kita pergi ke alamat ini" jawab Inspektor David." Prof tak kisah ke kalau kami ajak prof sekali?"

"Saya tak kisah David. Saya ingin sekali membantu kamu berdua."

"Terima kasih prof… tak pasal-pasal prof juga terlibat" ucap Marina.

"Tak mengapalah David, Marina. Saya akan cuba tolong kamu sedaya yang boleh" kata Profesor Kardiff sambil membuka kot yang dipakainya.

"Baiklah kita bergerak sekarang!" Inspektor David memulakan pemanduannya ke Jeroro. Dengan semangat yang tinggi mereka bersedia menghadapi apa juga rintangan yang dating untuk menyelesaikan kes ini.