webnovel

Klon?

Inspektor David, Marina dan Gina berjalan seiringan memasuki Hospital Baru Bukit Semarak. Setelah berjumpa dengan doktor yang bertugas, mereka dibawa ke bilik mayat. Suasana di bilik mayat itu begitu sunyi dan sepi sekali. Bilik itu disimbahi cahaya malap yang membuatkan Marina berasa sedikit kurang selesa. Matanya tertumpu kepada tempat penyimpanan mayat tinggi itu. Dia meneka-neka pintu yang manakah ditempatkan mayat-mayat yang dikatakan oleh Inspektor David tadi.

Doktor Rashdan yang bertugas pada ketika itu membuka dua daripada pintu tempat penyimpanan mayat. Dia menarik troli mayat keluar. Dua mayat yang dibungkus dengan plastic hitam ditunjukkan kepada mereka. "Kami belum buat apa-apa lagi dengan mayat-mayat ini" kata Doktor Rashdan. Marina, Gina dan Inspektor David menumpukan perhatian mereka kepada mayat tersebut. Mayat-mayat itu nampak berlainan sekali dengan mayat-mayat yang lain. Ia tidak kaku dan wajah mereka tidak pucat. Mereka seolah-olah sedang menikmati tidur lena yang panjang.

"Oh my God!" kata Marina. Dia sedikit terkejut melihat mayat-mayat itu.

"Is that Auntie Shima?" tanya Gina kepada Marina. Marina hanya mengangguk.

"Awak kenal seorang lagi mayat ini?" soal Inspektor David.

"Ya. Dia ibu saya. M…m… maksud saya. Wajahnya mirip ibu saya"

"Really?" kata Inspektor David. Dia juga terkejut.

"Yes. Tapi dia dah meninggal beberapa tahun lalu."

"Apa yang terjadi sebenarnya sekarang ni?" Inspektor David mengerutkan dahinya. "Seolah-olah seluruh keluarga awak diklon" tambahnya lagi.

" 'Klon! That's it! Itu perkataan pertama daripada lima perkataan yang disusun dalam surat itu" kata Marina. Memikirkan mengenai surat yang diberi oleh Encik Murukesh kepadanya tempohari.

Tiba-tiba, kedua-dua mayat itu membuka matanya. Cahaya berwarna-warni keluar dari mata mereka. Inspektor David, Marina, Gina dan doktor yang bertugas berundur ke belakang. Mereka panik. Terbayang-bayang difikiran mereka apa yang terjadi di PRASASTI. Mayat-mayat itu mengelupur. Perlahan-lahan, warna kulit mereka bertukar kebiru-biruan. Badan mereka pula semakin lama semakin lembik dan akhirnya mencair. Seluruh anggota badan mayat-mayat itu kini telah bertukar menjadi cecair pekat berwarna biru."

Ke empat-empat mereka yang berada di dalam bilik itu saling berpandangan. Mereka menarik nafas lega. Nasib menyebelahi mereka kali ini. Mayat itu tidak bertukar menjadi bahan letupan berbahaya seperti mana yang terjadi di PRASASTI.

Namun yang pasti, pelbagai tanda tanya melewati ruang fikiran mereka. Apa yang terjadi sebenarnya? Pasadianka seolah-olah menerima satu malapetaka yang tak pernah dijangka. Ya! Pasadianka bukanlah calang-calang negara. Ia adalah satu contoh negara yang ideal dan sempurna. Satu utopia yang dicemburui oleh semua. Apa tujuan dalang di sebalik semua ini? Politik? Ekonomi? Atau pun 'pengaruh luar' yang mencemari secara senyap dan kini menunggu masa untuk meletus.

Wajah seseorang terbayang di dalam fikiran Inspektor David. Mungkin, dia mungkin dapat membantu.