webnovel

Derof

Beberapa bulan yang lalu…

" 'Kawasan yang amat maju'. Maksudnya di sini, Zuria terlebih dahulu telah diteroka dan dibangunkan oleh orang lain terlebih dahulu. Ini bermakna, Zuria tidak diasaskan oleh Harek seperti mana yang tertulis di dalam buku sejarah kita selama ini."

"Tepat sekali, fakta mengenai pengasas sebenar Zuria telah disembunyikan sebaik sahaja Harek berjaya menguasai Zuria. Ia menjadi rahsia yang disimpan selama bertahun-tahun lamanya. Hanya mereka yang menyertai Kentofes sahaja yang mengetahui tentang perkara ini."

"Namun, satu persoalan masih belum terjawab. Apa yang menyebabkan mereka berubah. Seorang putera raja yang selama ini baik budi pekerti seolah-olah telah hilang kewarasan. Pasti ada 'sesuatu' yang menyebabkan Harek berubah."

"Sebelum mereka sampai ke Zuria, mereka terlebih dahulu singgah ke beberapa buah negara dan di salah sebuah negara yang mereka singgahi, mereka berjumpa dengan puak Gogota. Mereka tinggal bersam-sama puak itu untuk beberapa bulan. Ketika mereka tinggal dengan puak Gogota itulah mereka telah didedahkan dengan Derof dan secara tidak lansung terpengaruh dengannya. Selepas itu, mempraktikkan Derof dalam kehidupan mereka."

"Ini bermakna, Derof telah menyuburkan kekejaman dan kegilaan di kalangan mereka."

"Tepat sekali Maria. Tepat sekali. Derof yang berasaskan perkara-perkara karut telah dibangunkan dan diperkemas. Hasilnya, ia kini menjadi satu cabang falsafah yang kelihatan amat rasional dan menarik sekali."