webnovel

Armitale Corporation

"Boleh saya berjumpa dengan Encik Sean?" tanya Doktor Sarah kepada penyambut tetamu di Armitale Corporation itu. Daripada tanda nama yang tersemat di dadanya, Doktor Sarah dapat mengetahui nama wanita penyambut tetamu itu yang kebetulan bernama Raven.

"Ada buat temu janji?" tanya wanita penyambut tetamu itu dengan mesra.

"Ada." Jawab Doktor Sarah mengangguk.

"Nama"

"Doktor Sarah Faridah Darius dari Yayasan Rahsia Hati"

"Sebentar..." penyambut tetamu itu menghubungi seseorang. Encik Sean barangkali. Daripada caranya bercakap, dia tahu yang Raven bukan penduduk tempatan.

"Baiklah sila ikut dia ya" ujar wanita penyambut tetamu yang bernama Raven itu. Dia menunjuk kepada lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Mari. Saya bawa puan berjumpa dengan Encik Sean" kata lelaki itu dengan penuh hormat.