webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Pertempuran di Langit (Bahagian 2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Naga Hitam tersenarai antara makhluk ajaib yang paling berkuasa di dunia. Bangsa Naga Hitam ini sekurang-kurangnya makhluk ajaib tahap kesembilan. Ahli paling hebat dalam bangsa ini juga mampu mencapai tahap Dewa. Tidak kira sama ada ia tahap kesembilan ataupun tahap Dewa, yang pasti Naga Hitam lebih kuat berbanding naga Veloci.

Pada masa ini, kumpulan kanak-kanak dan tiga orang pengajar berada kira-kira beberapa ratus meter jauh daripada Naga Hitam. Melihat Naga Hitam sepanjang seratus meter dari jarak dekat itu ialah pengalaman mengagumkan yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Perkara paling menakutkan?

Di atas kepala Naga Hitam, kelihatan seorang lelaki berjubah kelabu berdiri dengan angkuh. Angin menderu ke arahnya. Walaupun jubah kelabunya bergerak sedikit, lelaki itu tetap mengekalkan postur badannya seolah-olah seperti arca yang diukir. Pandangannya dihalakan ke arah seorang lelaki pertengahan umur, memakai jubah berwarna hijau terapung di udara di hadapannya. Lelaki berjubah hijau itu membawa pedang di belakangnya.

Lelaki berjubah kelabu yang menunggang Naga Hitam dan lelaki berjubah hijau yang membawa pedang itu saling merenung antara satu sama lain.

Terapung di udara!

Selain daripada ahli sihir unsur angin yang mampu menggunakan mantera tahap ketujuh, 'Teknik Terbang', hanya pahlawan tahap Dewa boleh berdiri dan terapung di udara. Pedang di belakang lelaki berjubah hijau itu bukti status sebenar dirinya.

Pahlawan. Pahlawan tahap Dewa.

'Seorang lelaki berjubah kelabu yang berupaya menundukkan Naga Hitam? Seorang lagi pahlawan tahap Dewa yang boleh terbang?' Linley yang berusia lapan tahun tergamam walaupun telah menyaksikan pertempuran yang menakjubkan sebelum ini. Bukan dia sahaja, Hillman yang merupakan pahlawan tahap keenam juga benar-benar tercengang.

"Pahlawan tahap Dewa. Pahlawan tahap Dewa sebenar." Hillman menggumam. Seluruh tubuhnya menggigil.

Hillman lelaki yang diuji dengan darah dan juga kematian, merupakan orang pertama yang tersedar. Walaupun begitu, Hillman tetap rasa seperti sedang bermimpi. 'Semalam, ahli sihir dua unsur tahap kelapan bertarung. Hari ini, sesuatu yang lebih luar biasa, dua orang pahlawan tahap Dewa dan makhluk ajaib, Naga Hitam! Dalam hidup aku, tidak pernah aku menyaksikan perkara menakjubkan sebegini.'

Hillman berasa sedikit pening.

Naga Hitam merupakan antara makhluk ajaib yang paling berkuasa, sekurang-kurangnya berada di tahap kesembilan. Seseorang yang mampu menundukkannya pastilah seorang pahlawan tahap Dewa. Dan dari segi penampilannya, orang yang berhadapan dengannya juga pahlawan tahap Dewa.

Ini bukti lelaki berjubah kelabu itu pahlawan tahap Dewa.

Hillman dan yang lain berada beberapa ratus meter jauh dari Naga Hitam. Tidak kira betapa tajam pendengaran mereka, mustahil bagi mereka untuk mendengar perbualan dua pahlawan tersebut.

Tanpa mengetahui butir bicaranya, mereka hanya melihat, sehingga tiba-tiba…

"Aummm."

Tiba-tiba, Naga Hitam itu mengaum dengan kuat sambil mengibarkan kedua sayapnya dengan laju. Perbuatannya itu menghasilkan tekanan yang sangat kuat sehingga kaki semua yang berada di situ termasuk Hillman terasa lembik dan sukar untuk bernafas.

'Adakah ini kegerunan naga?' Linley merasakan seolah-olah hatinya ditindih oleh batu yang besar hingga dia sukar untuk bernafas. Walau bagaimanapun, Linley berasa sangat teruja dan darahnya semakin mendidih.

Naga Hitam itu terlalu berkuasa.

"Rudi! Jangan terlalu ghairah!" Lelaki berjubah hijau itu tiba-tiba berteriak kuat. Suaranya bergema ke udara seolah-olah guruh berdentum di langit. Bukan Hillman sahaja yang mendengar kata-katanya dengan jelas, setiap orang yang berada di pekan Wushan turut mendengar dengan jelas.

Hillman terkaku seketika. Dia menggumam kata-kata itu, "Rudi? Rudi?"

Namun Hillman dengan cepat menyedari apa yang berlaku. Berpaling ke belakang, dia menjerit kepada semua kanak-kanak di situ. "Semua orang pulang ke rumah sekarang! Pulang ke rumah dan bersembunyi! SEKARANG!" Jeritan Hillman yang kuat dan riak wajahnya itu membuat mereka terkejut.

Proses pemikiran Hillman sangat jelas.

Tentu ada pertikaian di antara kedua-dua pahlawan tahap Dewa itu. Nampaknya, mereka tidak berjaya menyelesaikannya.

Kedua-dua pahlawan tahap Dewa itu akan bertarung. Kanak-kanak yang menyaksikan pertarungan itu tidak mampu langsung untuk mempertahankan diri mereka. Pentalunan kuasa mereka walaupun sedikit boleh membunuh semua kanak-kanak yang ada di situ. Pahlawan tahap Dewa dikatakan memiliki kuasa meruntuhkan langit dan menghancurkan bumi.

Walaupun reputasi itu sedikit dibesar-besarkan, mereka tentu mempunyai kuasa untuk menghancurkan bandar ataupun gunung-gunung tinggi.

"Cepat, beredar. Jangan tercengang di situ, cepat bergerak!" Hillman menjerit kuat sambil menghalau beberapa kanak-kanak itu pergi.

Barulah kanak-kanak yang lain tersedar daripada keadaan mereka yang terkaku. Walaupun mereka tidak memahami mengapa Hillman meminta mereka pulang ke rumah dan mereka mahu menyaksikan pertempuran tersebut, kehadiran Hillman di situ sudah cukup untuk memaksa kanak-kanak itu berlari dengan pantas ke rumah mereka.

"Lorry, Roger, cepat bawa budak-budak enam, tujuh dan lapan tahun pulang ke rumah mereka. Lekas! Jika pahlawan tahap Dewa ini bertembung, tempias pertempuran mereka akan terkena kepada kita, maka…"

Wajah Hillman dipenuhi kebimbangan.

"Baik, Kapten!" Lorry dan Roger memahami apa yang berada di dalam fikiran kapten mereka.

Lorry dan Roger segera memusingkan diri lalu mendukung kanak-kanak yang berlari perlahan. Mereka mendukung dua orang di setiap satu lengan dan dua orang di belakang mereka. Hillman juga menyertai mereka, mendukung seorang demi seorang kanak-kanak.

"Linley, cepat pulang ke rumah!" Hillman yang mendukung beberapa orang kanak-kanak menjerit ke arah Linley yang juga sedang berlari.

"Saya tahu, Pak Cik Hillman!" Linley menjawab kuat.

Walaupun Linley berusia lapan tahun, lariannya pantas sama seperti remaja berusia 14 tahun. Sewaktu berlari, kejap-kejap Linley melihat ke langit. Naga Hitam yang besar bersama dua orang pahlawan tahap Dewa itu menarik perhatiannya.

Dua belas orang pahlawan berlari keluar dari manor puak Baruch. Sebaik sahaja mereka melihat Hillman, mereka menjerit ke arahnya, "Kapten, Tuan Hogg mengarahkan kami membantu kamu!"

"Cepat, bawa kanak-kanak ini pulang ke rumah!" Hillman segera mengarahkan mereka.

"Baik, Kapten!" Pahlawan-pahlawan itu segera menjawab dan membawa pulang kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun itu ke rumah masing-masing.

"Kamu semua pulang ke rumah! Pulang ke rumah dan bersembunyi! Lindungi diri kamu!" Hillman sekali lagi menjerit kuat.

Hillman mempunyai pengaruh di pekan Wushan. Mendengar kata-katanya, penduduk pekan Wushan yang ketakutan melihat Naga Hitam itu mengetahui apa yang patut dilakukan. Seluruh pekan Wushan berada dalam keadaan huru-hara. Semua kanak-kanak dan para pekerja bergegas pulang ke rumah masing-masing. Pada waktu itu, satu-satunya benda yang dapat melindungi mereka ialah keutuhan rumah batu mereka.

Linley berlari menuju ke rumahnya.

"Cepat, sembunyi di ruang bawah tanah bilik simpanan." Hogg berdiri di tengah-tengah halaman. Sebaik saja dia melihat Linley, dia segera mengarahkannya masuk. Ruang bawah tanah di bilik simpanan itu ialah ruang bawah tanah yang terbesar dan paling kuat di dalam rumah puak Baruch. Sesiapa yang bersembunyi di situ pasti akan terselamat.

"Baik, Ayah!" Linley berulang kali mengangguk dan segera berlari menuju ke ruang bawah tanah di bilik simpanan.

Ketika dia berlari, dia sibuk memikirkan Naga Hitam, lelaki berjubah kelabu yang menunggangnya serta lelaki berjubah hijau. Dia tidak dapat menahan dirinya lalu sekali lagi menoleh ke arah langit timur. Memandangkan semua bangunan di pekan kecil rendah-rendah belaka, dia dapat melihat dengan jelas ratusan meter jauhnya.

Ketika ini, Naga Hitam itu menggeram tanpa henti dalam nada rendah.

"Dillon, jika kamu tetap berdegil dalam hal ini, jangan salahkan saya atas tindakan yang akan saya ambil." Satu suara dingin bergema di langit. Selepas itu, Naga Hitam mengaum marah dan memuntahkan api berasap hitam dari mulutnya.

"Rudi, hari ini saya akan lihat bagaimana kuatnya kamu seorang ahli sihir tahap Dewa!" Lelaki berjubah hijau itu menjerit dengan kuat.