webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Pakar Betara, Muba

Editor: EndlessFantasy Translation

Bahagian barat daya Empayar Baruch. Di lembah antara banjaran pergunungan.

Ini merupakan pangkalan utama Konglomerat Dawson. Dahulu, ramai pekerja yang telah ditempatkan di sini, tetapi sejak Linley telah membunuh Ahli Sihir Agung tempoh hari, Yale telah dengan sendirinya berhenti menghantar hamba-hamba abdi ke tempat ini. Justeru, bilangan pekerja yang ditempatkan di sini juga berkurangan. Kebelakangan ini, hanya beberapa ribu orang saja yang mendiami kawasan ini dan kebanyakannya bertanggungjawab dalam aktiviti perdagangan.

Malam kian berlabuh.

Pekerja-pekerja Konglomerat Dawson yang bekerja di sini sekarang mempunyai kehidupan yang lebih aman. Pada malam hari, para lelaki akan berkumpul dan minum bersama sehingga larut malam dan hanya pulang ke rumah dalam kumpulan-kumpulan kecil seramai dua tiga orang.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com