webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Merayu agar Delia Diselamatkan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Semua kerana saya. Semua ini salah saya. Jika saya berikan titisan Kuasa Pemerintah kepada Delia, dia tidak akan mati!"

"Mengapa saya tidak berikan Kuasa Pemerintah kepada Delia? Mengapa? MENGAPA?!!!"

Rasa bersalah yang tidak berkesudahan meranapkan dada Linley dengan kekesalan yang menyerang ganas ke atas rohnya. Seluruh minda Linley berada dalam keadaan bercelaru dan dia hanyut dalam keadaan kekesalan berpanjangan.

Bebe, Phusro dan Tewila saling berpandangan dan riak bimbang muncul di wajah mereka.

"Waaaa… waaaaaa!" Si kecil Wade berterusan menangis dan tangisannya kedengaran lebih membingitkan telinga berbanding sebelum ini dalam kawasan pergunungan yang sunyi sepenuhnya. Linley sekali lagi berasa hatinya bagai ditikam setiap kali tangisan Wade kedengaran!

"Jangan menangis, Wade, jangan menangis." Bebe yang sedang mendukung Wade mula berasa tidak keruan.

"Bos!" Bebe memanggil cemas.