webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Menghapuskan Segalanya di Pulau Suci

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya tidak boleh menerimanya. Jika kamu terus menolaknya, maka saya…" Dylin mahu mengatakan 'Saya juga tidak akan menerima cetusan ketuhanan ini'.

Tetapi cetusan ketuhanan ini sangat penting bagi Dylin.

"Tuan Dylin, jangan fikirkan sangat. Kamu sendiri tahu saya akan menjadi pakar Betara dengan usaha sendiri, jadi saya rasa kamu lebih memerlukannya." Linley cepat-cepat menukar topik. "Tuan Dylin, saya perlu meneruskan perjalanan saya."

Dylin menahan Linley apabila menyedari pemuda itu meninggalkan tempat tersebut.

"Linley, saya benar-benar tidak mempunyai khazanah lain." Dylin memandang Linley lebih serius daripada sebelum ini. "Tetapi Linley saya akan ingat jasa kamu hari ini. Jika kamu perlukan apa-apa pada masa akan datang, saya, Dylin pasti tidak akan menolaknya."

Linley tersenyum.

"Jika begitu Tuan Dylin, kita berpisah di sini sahaja."