webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Kebolehan Suci Semula Jadi

Editor: EndlessFantasy Translation

Sepanjang enam puluh tahun di dalam Medan Peperangan Satah, Linley sudah pun memperoleh pengertian mendalam tentang bahaya yang terkandung di dalamnya. Jika dia mahu bergantung semata-mata kepada kuasanya untuk memperoleh merit ketenteraan yang mencukupi dan juga melindungi nyawanya, ia sangatlah sukar! Menyertai skuad memburu Reisgem membuat Linley berasa lega.

"Itu sangat bagus dan berterus terang! Mari pergi. Kita bersiap sedia untuk mencari tempat berehat dulu." Reisgem berkata dengan tawa.

Makhluk seperti menara di sebelah Reisgem langsung tidak bersuara walau sepatah, ia hanya mengekori mereka dari belakang.

'Reisgem sudah lama menjadi Komander Neraka Sementara dan dia mampu menakutkan Benfield!' Linley berasa yakin dengan kekuatan Reisgem. 'Tambahan lagi, menurut penjelasan tentang Reisgem dalam buku yang dibekalkan oleh Beirut, Reisgem merupakan pakar terulung yang berada dalam kedudukan lima teratas dalam kalangan Komander Neraka Sementara.'