Jarang manusia merentasi bahagian tengah kawasan Banjaran Gunung Makhluk Ajaib. Di sini, makhluk ajaib tahap tujuh boleh muncul pada bila-bila masa sahaja. Kemungkinan besar, hanya pahlawan tahap sembilan yang berani menceroboh kawasan ini. Tetapi Linley, sebaik sahaja tiba di hutan tengah, dia terus memulakan perjalanan ke utara, menyelusuri garisan tengah Banjaran Gunung Makhluk Ajaib. Pengembaraan ini terlalu luar biasa hingga kebanyakan penempur tahap sembilan juga belum tentu berani untuk mencubanya.
Linley hanya memakai sepasang seluar kain hem yang lusuh. Dia tidak berbaju dan berkaki ayam. Dia menggalas pedang berat adamantin di belakangnya. Selangkah demi selangkah, Linley meneruskan pengembaraan yang tidak berani dijejaki ramai.
Seperti biasa, Bebe berdiri di atas bahu Linley, mengawasi kawasan sekeliling.
*Kersik, kersik*
Support your favorite authors and translators in webnovel.com