webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Gas Beracun Ditiup Angin

Editor: EndlessFantasy Translation

Kota Redsand merupakan sebuah kota yang kecil dan terdapat beberapa ribu orang sahaja di dalamnya.

Sewaktu kumpulan Linley meninggalkan bot, mereka terus menuju ke arah Kota Wilayah Cerre. Dalam perjalanan ke sana, mereka singgah di Kota Redsand untuk makan tengah hari.

Dalam sebuah bilik persendirian di tingkat dua hotel, Jenne dan Keane dua-duanya tersenyum teruja.

"Haha, malam ini kita akan tiba di Kota Cerre. Setelah itu, kurang sedikit masalah yang timbul." Keane ketawa kecil.

Jenne turut sama mengangguk. "Sebaik sahaja kita tiba di Cerre, mak cik sudah tentu tidak akan menentang kita secara terbuka, bukan?"

"Jenne, Keane, perkara ini tidak semudah yang kamu fikirkan." Linley ketawa tenang. "Sebaik sahaja kita tiba di Cerre, keadaan sebenarnya lebih bahaya. Wanita yang kamu gelar mak cik itu bukannya seorang yang penakut seperti yang kamu fikirkan."