webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Bahaya (Bahagian 2)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ah…ah!!!" Pergelangan tangannya telah putus digigit. Kesakitan itu menyebabkan bayang-bayang itu mengerang kesengsaraan.

Bebe, Tikus Bebayang kecil itu sepantas kilat muncul di hadapan bayang-bayang hitam itu. Bayang-bayang hitam itu memandang Tikus Bebayang bersaiz haiwan peliharaan dengan penuh ketakutan dan ketakjuban. 'Apa.. Apa... Apa benda ini?' Bayang-bayang hitam itu tidak percaya itu merupakan Tikus Bebayang. Dia pernah melihat Tikus Bebayang tetapi tiada yang menakutkan seperti ini.

Bayang-bayang hitam itu memaksa dirinya untuk tidak mengendahkan kesakitan di pergelangan tangannya. Dia kemudian mengaktifkan lapisan hitam perlindungan qi-tempur sambil cuba melarikan diri.

Bayang-bayang hitam itu hanya nampak kelibat Tikus Bebayang itu di hadapannya. Dan tiba-tiba, dia berasa kesakitan yang memeritkan. Si Tikus Bebayang kecil itu telah menerkam dan membaham tepat ke tekaknya. Lapisan hitam perlindungan qi-tempurnya juga turut dibaham.

*KERAP-KERUP!*

Jeritan nyaringnya tiba-tiba terhenti. Separuh daripada lehernya telah putus. Kepalanya hanya bergantung kepada secebis daging leher yang masih bersambung dengan badannya. Sinar kehidupan akhirnya hilang daripada mata bayang-bayang hitam itu. Jasadnya rebah ke tanah.

Pada masa itu, tubuh Linley juga rebah ke tanah. Dia segera menarik keluar pisau belati tadi. Darah memancut keluar daripada luka di dadanya. Pakaiannya bertukar menjadi merah. Melihat luka di dadanya, jantung Linley bergetar. Jika pisau musuhnya itu menikam beberapa sentimeter dalam lagi, pasti ia menembusi jantungnya.

'Terlalu hampir. Sedikit sahaja lagi, nyawa aku pasti melayang.'

Selepas nyaris-nyaris maut, Linley spontan menoleh untuk memandang si Tikus Bebayang kecil, Bebe. Bebe segera berkata, 'Bos, bagaimana keadaan kamu?'

'Tak teruk sangat. Saya masih bernyawa.' Linley senyum ke arah Bebe. Jika bukan sebab Bebe, dia pasti sudah mati.

Apabila mendengar kata-kata Linley, wajah Bebe tidak lagi panik seperti sebelum ini. Pada masa yang sama, dia mula tunjuk lagak. Bulu di belakangnya badannya berdiri tegak. Dia mula menggoyangkan punggungnya ke arah Linley. Selepas menggoyangkan punggungnya beberapa kali, dengan gembira ia berkata kepada Linley secara mental, 'Bos, kamu lemah sangat. Kamu asyik kata mahu berlatih sendiri. Tengok sekarang! Kamu nyaris dibunuh oleh lelaki itu.' Si Tikus Bebayang kecil tidak akan melepaskan peluang mengejek Linley.

Linley hanya ketawa kecil.

'Bebe, terima kasih. Kamu telah menyelamatkan nyawa saya.' Melihat dua kecederaan parah di dadanya itu, Linley mengeluh. 'Dan ini baru hari pertama!'

Doehring Cowart juga turut muncul, dan menghembus nafas kerana terkejut. "Kemahiran pembunuh upahan tadi menggunakan muslihat semasa pertarungan sangat menakutkan. Kali ini, Tikus Bebayang kecil kamu benar-benar menyelamatkan keadaan. Jika bukan kerana ia, kamu sudah pasti mati, Linley. Kalau hendak harapkan Atuk, orang tua tak guna ini, apa yang ada hanyalah roh. Tiada cara untuk Atuk menyelamatkan kamu."

Linley sedar walaupun Doehring Cowart seorang Ahli sihir Agung tahap Dewa, dia hanyalah roh.

"Atuk Doehring, bagaimana pembunuh upahan itu boleh bergerak dengan cepat? Walaupun dengan bantuan sihir unsur angin, saya masih tak dapat menyainginya." Linley benar-benar tidak faham.

Doehring Cowart menjelaskan, "Pembunuh upahan itu pastinya seorang pahlawan tahap keenam. Namun begitu, kemahiran khususnya ialah qi-tempur unsur kegelapan yang aneh dan penuh dengan rahsia. Selain itu, dia pastinya mendapat latihan khas dalam tipu muslihat dan menyembunyikan auranya. Pahlawan tahap enam yang menerima latihan khas mempunyai kemahiran tempur yang lebih tinggi berbanding pahlawan tahap enam lain. Qi-tempur unsur kegelapan sangat aneh dan berahsia. Besar kemungkinan, dia mengkhusus dalam teknik unsur kegelapan yang boleh memacu kelajuannya."

Linley mengangguk kecil.

Sihir atau qi-tempur unsur kegelapan ialah unsur terlarang di Kesatuan Suci. Namun begitu, di Empat Empayar Besar dan di Kesatuan Kegelapan, gaya kegelapan tidak dilarang. Begitu juga di Kesatuan Gelap. Gaya sihir dan latihan qi-tempur unsur cahaya ialah dilarang.

'Bos, cepat datang ke sini!' Si Tikus Bebayang kecil, Bebe mula melompat-lompat di sebelah mayat pembunuh upahan itu.

Linley melirik dengan penuh tanda tanya. 'Bebe, ada apa?'

'Pembunuh upahan ini menggalas sebuah beg,' kata si Tikus Bebayang kecil dengan teruja. Linley berjalan ke arah mayat pembunuh upahan itu. Bajunya yang berwarna hitam sudah terkoyak di belakangnya. Sudah tentu angkara si Tikus Bebayang kecil.

Di bawah pakaian hitamnya yang terkoyak, sebuah beg masih kemas tergalas di belakangnya.

"Linley, Atuk pasti lima mayat yang kita temui sebelum ini, juga dibunuh olehnya. Berdasarkan kebolehannya, entah berapa ramai yang sudah dibunuhnya. Besar kemungkinan ada beberapa teras Magicite di dalam beg kecil miliknya." Doehring Cowart senyum sambil bercakap.

Linley tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. Jika diikutkan, dengan tahap kehandalan pembunuh upahan ini, dia mampu membunuh pahlawan tahap enam biasa. Barangkali, dia memiliki beberapa harta.

*Cit cit!* Si Tikus Bebayang kecil menyambar beg tersebut dengan giginya dan dengan sekali lonjakan, ia naik ke atas bahu Linley.

Melihatkan ini, Linley tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. 'Kelajuan Bebe sangat menakjubkan. Walaupun pembunuh upahan tadi cukup pantas, dia cuma laju sedikit daripada aku. Namun, Bebe terlalu pantas sehinggakan aku langsung tak mampu untuk bertindak balas. Patutlah pembunuh upahan itu digigit sehingga mati oleh Bebe tanpa berpeluang untuk mengelak atau menghalang.'

*Cit cit!* Sambil menggonggong beg itu dengan giginya, si Tikus Bebayang kecil, Bebe menggoyangkannya beberapa kali. 'Bos, cepatlah buka beg ini dan lihat isinya!' Dia mendesak Linley melalui ikatan mereka.

Bebe benar-benar ingin tahu apa yang berada di dalam beg pembunuh upahan itu.

Linley menerima beg itu sambil ketawa. Beg galas hitam pekat juga diperbuat daripada kulit seperti beg galas Linley, tetapi lebih berkualiti tinggi.

Apabila melihat barang di dalamnya, mata Linley bercahaya. Di dalam beg galas itu, terdapat satu set pakaian, sedikit bekal makanan kering dan satu karung syiling emas. Ruang paling besar dalam beg galas itu digunakan untuk menyimpan sebuah karung besar. Sebaik sahaja dia membuka karung itu, Linley berasa sangat terkejut .

'Berapa ramai orang dan makhluk ajaib yang telah dibunuhnya?' Linley tergamam. Isi kandungan karung besar itu ialah teras Magicite berwarna pelangi yang bergemerlapan. Ada juga batu-batu permata Magicite bercampur di dalamnya.

'Banyaknya teras Magicite! Sekurang-kurangnya ada beberapa dozen teras di dalam beg ini.' Linley berasa teruja.

Linley segera mengira jumlah teras yang ada dan juga membezakannya berdasarkan nilainya. Membezakan jumlah tenaga ajaib yang terkandung dalam teras Magicite sangat mudah bagi seorang ahli sihir. Dalam masa singkat, Linley sudah selesai mengira pelbagai teras yang berada di dalam karung tersebut.

'Ada 102 teras Magicite dan tujuh permata Magicite semuanya. Bagi teras Magicite, terdapat lima teras Magicite tahap enam, 26 teras Magicite tahap lima, dan 71 teras Magicite tahap empat. Tiada teras tahap tiga. Bagi permata Magicite pula, enam merupakan permata Magicite gred sederhana manakala seketul lagi bergred tinggi.'

Linley dapat merasakan jantungnya berdegup laju. Namun Linley tidak tahu pembunuh upahan itu ada mendapatkan teras Magicite tahap tiga cuma dia tidak mahu menyimpannya.

Permata Magicite pula?

Permata Magicite lazimnya disematkan pada tongkat sakti untuk membantu ahli sihir memulihkan daya sihirnya dengan cepat. Semua ini dirampas oleh pembunuh upahan itu setelah dia membunuh seorang ahli sihir dan mencabut permata Magicite daripada tongkat saktinya.

'102 teras Magicite ini mungkin bernilai sekitar 13,000- 14,000 syiling emas, sementara tujuh permata Magicite sekurang-kurangnya bernilai sekitar 1600 syiling emas. Nilai kesemuanya mencecah 15,000 syiling emas.' Selepas selesai mengira, Linley berasa terkejut dan gembira. Daripada sebuah beg galas seorang pembunuh upahan, dia tiba-tiba mendapat durian runtuh.

Apakah makna semua ini bagi puaknya?

Sebelum ini, sebagai usaha bagi mengumpul dana untuk menghantar adiknya, Wharton ke Akademi O'Brien, puaknya hampir menghabiskan semua simpanan mereka. Jika puak Baruch diminta untuk menyediakan sepuluh ribu syiling emas, itu pun sudah cukup sukar buat mereka.

'Ini baru hari pertama aku di Banjaran Pergunungan Makhluk Ajaib, dan aku telah memperoleh sebanyak ini. Berapa banyak aku akan dapat selepas dua bulan?' Hati Linley menaruh harapan.

Sungguhpun begitu, Linley sedar dia tidak akan selalunya bertemu dengan tuah yang datang bergolek. Tambahan pula, 'tuah' kali ini agak kuat. Kali ini, Linley hampir kehilangan nyawa. Bila memikirkan kejadian yang baru saja berlaku, Linley secara spontan menyentuh luka di dada dan di wajahnya yang disebabkan serpihan pahat lurusnya.

Linley tiba-tiba menoleh ke arah sepuluh bangkai Serigala Angin tadi.

'Ada lebih kurang sepuluh atau teras Magicite tahap empat. Kalau dicampur, jumlah semuanya ialah beberapa ratus syiling emas. Tidak boleh bazirkannya.' Sambil memegang pisau pembunuh upahan itu di tangannya, Linley pergi ke arah bangkai Serigala Angin itu. Dia mula mengorek teras Magicite milik makhluk itu seekor demi seekor. Selepas menggunakan pisau itu, Linley baru perasan ia lebih tajam berbanding pisau yang biasa digunakannya.