webnovel

#1

Aku budak yang baru sahaja mencecah 15 Tahun akan berkahwin.

What the?!?!?!

Kahwin paksa pulak tu, kalau rela takpe. Lelaki tu pun aku tak kenal, bukan tak pernah kenal je tak pernah jumpa pun.

Tup tup kahwin and hari ni merupakan majlis akad nikah aku dengan 'lelaki' tu.

Aku baru je dapat berita buruk then dapat berita buruk LAGI!! Kau rase??  Berita buruk yang pertama, permohonan aku untuk belajar sekolah luar negara diluluskan. Actually, aku tak mohon pun, cikgu aku yang cadangkan dekat mak aku dengan pengetua and diorang setuju tanpa persetujuan tuan punya badan. Aku pun tak faham. Haihhhhh 😔😔😔. Berita buruk yang kedua, aku akan kahwin.

This is crazy!!!!

"Woi Ara, kau ni! Termenung je kerja kau. Aku punya lah melalak panggil kau, kau buat tak tahu je. Eiiiiiii, geram aku."

Ah sudah, start dah mak cik sebelah aku ni membebel.

"Hah, kata aku mak cik membebel lah tu. Kau ingat aku tak tahu?? Kau ingat sikit eh, Mak Cik membebel ni lah yang kawan dengan kau sejak kau darjah 4 sampai sekarang. Lagipun kau banyak lagi hutang dengan aku. Kau ingat sikit eh."

See, kan aku dah kata dia ni mak cik membebel. Tapi apa yang dia kata ada betul jugak.

Aku ada dua orang kawan je dekat sini. Aku pindah sekolah masa aku darjah 4 anda diorang berdua je kawan aku. Orang lain semua hindari aku, and tak kurang yang buli aku. Tapi apa aku kisah, setakat buli je, apalah sangat. Aku boleh buat lebih dari apa yang diorang buat kat aku. Boleh kata kecil² cili padi la.

Nama mak cik membebel ni Aena.

"Ara, majlis dah nak start. Jom la pergi ruang tamu. Tak baik biar bakal family and family kau also bakal teman sekatil kau tunggu. Tak baik woooo."

Ha, ni kawan aku yang sorang lagi. Dia ni 🤯(problem) sikit. 🧠💙. Tapi sikit je lah tak banyak and tak melampau-lampau. Tahu batas. Nama dia Arina. Cantik orangnya. Badan pun lawa(kidding).

Kitorang bertiga pelajar top kat sekolah. And kitorang ni memang sehati sejiwa, aku tak cakap tapi kau dah tahu.

"Kepala hotak mu~ Hahahaha."

"Hahahaha."- Aena

Kitorang cakap memang kasar okey.

"Kejam!! Tak nak kawan dengan kau. Hmmpphh."

Rajuk Arina. Mulut jangan ditegur, panjang semeter, boleh lah mak cik² nak sidai baju.

"Alaa, janganlah merajuk. Nanti kitorang berdua takde kawan."

Pujuk Aena. Dia berjalan menghampiri Arina dan memeluknya begitu juga dengan aku.

"Ceh, tahu pun. Kalau aku takde, korang pun akan jadi macam ni👎🏻. Well aku ni kan orang penting dekat dunia ni."

Ujar Arina. Sempat dia puji diri sendiri.

"Perasan, dahlah jom ar keluar. Kesian tetamu tunggu lama-lama. Dahlah kita ada latihan olahraga after this event."

Ajak Aena. Kami bertiga berjalan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Sepanjang perjalanan kitorang ketawa aje dengan telatah masing-masing.

Sampai je dekat ruang tamu, semua tetamu pandang kitorang.

Panas muka aku doh. Muka aku yang sawo matang bertukar merah. Malu. Aena dengan Arina pun sama. Dah macam 🍅 aku tengok. Kitorang bertiga terkaku seketika.❄️❄️.

"Ara, mari duduk sini."

Panggil mak aku lembut. Amaran! Korang jangan terpedaya tau, mak aku nampak je lembut tapi sekali dia tunjuk diri dia yang sebenar runtuh rumah.

"Lambat"

Bisik kakak aku yang berada di sebelah. Suka ejek aku tau. Geram tul. Mentang-mentang dia sulung suka kacau hidup aku.

"Lantak ah, sebok (sibuk) je."

Ambik kau. Kan dah kena balik. Lagipun bukan selalu aku nak kata macam tu kat dia, hari ni and time ni je boleh. Kalau time lain confirm aku kena 'pangg'. Tampar.

"Boleh kita start sekarang??"

Soal Tok kadi sambil memandang tetamu yang berada di situ.

"Boleh²"

Jawab abang aku berserta dengan anggukan.

"Muhammad Rayyan Rafique Bin Muhammad Arman Amri"

Panggil Tok Kadi

"Ye, saya."

Jawab bakal 'suamiku'. 😝😝😝

"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Ara Rayana Binti Muhammad Razali dengan mas kahwinnya RM 10 000 tunai."

Oh god, ayat yang paling aku tak ingin dengar.

"Aku terima nikahnya Nurul Ara Rayana Binti Muhammad Razali dengan mas kahwinnya RM 10 000 tunai."

Again, ayat yang paling aku benci nak dengar.

"Sah?"

Soal tok kadi bagi mengesahkan perkahwinan kitorang.

"Sah²"

"Sah²"

"Sah²"

"Sah²"

Okeylah, dah cukup 4 orang saksi. Tak perlu banyak². Tapi whyy?!!?!?! Aku dah jadi puan di usia muda!!!

"Alhamdulilah."

Tok Kadi bersyukur kehadrat Ilahi atas kesempatan untuk menjalankan majlis perkahwinan kitorang (Ayat aku~ 😂😂) seraya mengangkat tangan bagi membaca doa. Begitu juga dengan manusia-manusia yang berada di sekitar aku. Aku pulak ragu-ragu nak angkat. Ye lah, aku kahwin tanpa sudi. Tapi aku rela tau. So, perkahwinan kitorang ni sah.

Kakak aku yang ada dekat sebelah ni tolong angkat kan tangan aku. Aku sempat bagi jelingan maut dekat dia. Alah bukan selalu, jangan ambil hati ye kakak kuu.

Tok kadi mengaminkan doa begitu juga dengan tetamu yang lain.

'Dup dap dup dap dup dap' ah sudah. Ni lah part yang aku paling tak suka.

Bakal suami aku dat..... eh suami aku datang menghampiri aku, tapi aku buat tak tahu je anda aku tak tengok muka dia langsung.

Sepanjang masa aku tengok kain aku je. Tak kuasa aku nak tengok muka dia.

"Woi!"

Aena yang ada dekat belakang aku mencubit pinggang aku. Terhenjut-henjut bahu aku akibat terkejut. Baru je aku nak marah dia, aku nampak ada tangan manusia. Macam nak minta tangan aku.

"Wei, bagi lalu tangan kau dekat laki kau. Berapa lama kau nak suruh dia tunggu and hulur tangan kat kau?"

Bisik Arina yang ada dekat sebelah Aena.

"Oh, sorry²" Bisik aku ke arah dua kawan aku.

"Bukan dengan kitorang la tapi laki kau. Dah la bagi tangan kau cepat, kesian dia. Lenguh tangan dia nanti, malam nanti kau tolong urukan tau."

Bebel Aena. Tak habis² membebel patut dapat gelaran mak cik membebel. Hahahaha.

Aku bagi tangan aku and suami aku sarungkan cincin ke jari manis aku then aku salam tangan dia. Putih je tangan dia lembut pulak tu, tangan aku pulak entah lah. Kasar kot, ke lembut. Ah, whatever.

Sedang aku mengelamun, aku terasa kepala aku dipegang and aku dapat rasakan satu ciuman dihadiahkan di atas dahi aku yang licin. Puji diri sendiri takpe kan.

So, aku terkaku kejap anda tiba-tiba je my mum hug me sambil nangis². Kawan aku pun sama. Aku tengok kak aku, and aku terkejut beruk sebab kakak aku yang dikenali dengan hati keras, menangis!!! Wah, terharu pulak dapat tengok dia nangis.

Tapi aku pelik dengan perangai diorang. Pahal nangis. Bukannya aku mati pun. Kahwin je, nangis mengalahkan bini mati suami. Hish⁴.

Aku pun peluklah diorang balik. Layankan jelah. Jarang buat drama dekat sini. Mana tau boleh masuk TV kannnnnnnnn. 😂😂😂 Perasan je lebih. Tapi tak salahkan.

🍚🍚🍚

Right now, I was in my bedroom. Bersiap untuk pergi latihan olahraga. Kawan-kawan aku pun macam tu.

Husband aku pulak tak masuk bilik dari tadi. So, sekarang ni aku still tak tahu rupa husband aku but I don't care sebab malam karang aku still akan jumpa dengan dia gak.

🍚🍚🍚

Habis jugak latihan olahraga hari ni. Aku, Aena and Arina melawat tempat rahsia kitorang. Dah lama kitorang tak pergi. Rinduuuu.

Kitorang start latihan pukul 3.00 p.m. - 5.00 p.m. Kitorang berlatih dekat tempat yang tertutup means tak terdedah kepada cahaya matahari. So, boleh lah buat awal.

Dalam pukul 6.50 p.m. kitorang balik. Pergi rumah aku. Sebab nak siapkan majlis perkahwinan aku lak. Tadi majlis akad nikah je. Minggu depan majlis perkahwinan pulak.

Haihhhhh, penat tul. Macam manalah orang lain kahwin?? Aku tengok diorang kahwin bahagia je. Aku pulak sedih je.

🍚🍚🍚

Balik je rumah, aku buat apa yang patut, then makan malam. Orang lain dah makan dah, so tinggal aku Dengan Aena and Arina je lah sekarang ni. Lagi sekali aku tak nampak lagi rupa husband aku.

Habis je kitorang makan, berkumandang lah azan menandakan masuk waktu solat Isyak. Kebetulan betul. Hahaha.

Kitorang putuskan untuk masuk bilik masing-masing. Takde mood nak berbual. Penat sangat.

Masuk je dalam bilik, aku lakukan rutin harian aku. Aku akan lakukan solat sunat sebelum Isyak, solat Isyak, solat sunat selepas Isyak, baca Al-Quran and akhir sekali solat sunat witir. Aku baca sikit nota-nota penting and tidur.

And yeah sekali lagi aku tak tahu rupa Husband aku like what. Dia tu pun, macam tak wujud dekat dunia je. Bukannya nak pergi jumpa aku. Tapi biarlah bukannya mati pun kalau tak tengok muka dia.

🍚🍚🍚

Haii kepada sesiapa sahaja yang membaca this story.

Thanks and sorry.💖🙏🏻

Thanks sebab sudi baca my story.😘

Sorry sebab my story is not interesting and tak menarik bagi korang.😞

Jasa anda saya akan hargai sepanjang masa. 😉

Insya-Allah saya akan sambung story ni walaupun tak dapat sambutan ramai.😅.

So, setakat ni jelah kot, kalau ada pape benda yang korang tak faham tanya je. Tanya di ruangan komen ye. Sebab tempat tu je korang boleh taip or komen something.😂

Bye²👋🏻

Anyeonghi gaseyo👋🏻

Sayounara👋🏻