webnovel

MR Q DAN MR V

Ruth seorang gadis yang comel dan nakal,sifatnya agak sedikit tulus sehingga nampak kebodohan yang menlucukan,dari keluarga pertengahan,bapaknya memiliki sebuah kedai runcit separuh abad.Ruth tidak mempunyai ibu,tapi mempunyai papa dan dua orang abang yang sangat menyayanggi Ruth dengan sepenuh hati mereka.Aboy abang sulung yang bersifat lembut dan Ate yang sisi tidak pasti baik atau jahat,papa mereka seorang yang kedekut,tapi keluarganya tetap utama. Quan jiran sebelah rumah dan juga teman masa kecil Ruth yang bercita² tinggi,dia sangat pintar dan bergaya,dia seorang anak tunggal di dalam keluarga,jadi dialah harapan ibu bapanya,bapaknya menpunyai sebuah kilang makanan. Villiam seorang chef terkenal yang hemsem berkerja di sebuah restoran lima bintang di kuala lumpur bandar raya yang sibuk,bukan saja hemsem tapi juga pandai masak,satu suka bersaing dan agak romantik. Diana sahabat talam dua muka yang selalu merasakan dia lagi bagus dari Ruth,dari alam persekolahan lagi dia menanggap Ruth sebagai persaingnya dalam diam,tampa Ruth sedari Diana bermain kotor di belakangnya. Ruth dan Quan pernah bercinta,karna salah faham,mereka akhirnya berpisah dan menjalankan kehidupan masing²,di saat Ruth mengenali Villiam.Quan muncul kembali ingin bersama,pada masa yang sama Diana juga muncul sebagai penghalang untuk Quan kembali kepada Ruth.Villiam juga tidak mahu mengalah untuk memiliki Ruth,bagaimana pengakhirannya di antara mereka nanti...

FOX12 · Urban
Not enough ratings
37 Chs

Chapter 17

VILLIAM PATAH HATI

Setelah mendapat mesej dari Ruth,Villiam tidak bersemangat lagi,dia merasakan sangat sakit hati,tak pernah dia rasakan sebelum ini biarpun pernah putus cinta pertamanya,sakitnya tidak seperti ini,bisanya sukar dia katakan,dia menyalahkan dirinya sendiri,tidak pandai menbuat keputusan,pada hal mereka dah rancang nak berkawin,tapi demi menunaikan permintaan puan Anita dia gagal,kerana budi cinta jadi korban.Villiam fikir semua perkara dalam kawalannya,akhirnya dia sesal sendiri.Lili adalah tanggungjawab yang puan Anita tinggalkan,bergitu juga rumah cahaya.Villiam mengambil cuti seminggu,dia berkurung di biliknya,terbaring merenung siling rumah.Lili tidak tahu Villiam cuti,dia fikir Villiam sibuk hingga tiada masa untuk menjenguk mereka.Lili pun tak berani nak menghubungi Villiam sebab kejadian malam itu,baik dia mengundurkan setapak,dia harus yakin yang Villiam tidak akan meninggalkan mereka,dia harus bersabar supaya tidak menberi Villiam tekanan.Villiam ingin menghubungi Ruth, dia ingin mereka berjumpa untuk kali terakhir,dia membalas mesej, supaya mereka bertemu di tempat biasa mereka berjumpa,di kafe.Villiam ingin melihat Ruth sekali lagi agar hatinya cekal menlepaskan cintanya,tak mampu nak menangis kerana kesakitan terasa ketapak tangan,menarik nafas pun terasa singkat.

Kepala pening macam tak cukup tidur,tidur pun tidur ayam,makan dan mandi pun tak terasa seperti biasa,semuanya rasa tak kena,dia menanti jawaban dari Ruth.Villiam dah mengunakan kata tolong demi pertemuan akhir mereka berdua,kawan-kawan pula semakin heran dengan Villiam asyik berkurung seharian,biasa dia ceria dan suka berbual,sering ajak membe keluar pergi makan atau minum,dulu sebelum kenal Ruth selalu lepak di kelab malam,sejak kenal Ruth pergi kelab pun dah was² takut Ruth marah, nak pergi pun pasti Ruth ada sekali.Loy dikira kawan baik Villiam,mereka kenal semasa mula kerja restoran,Loy mengetuk pintu bilik Villiam untuk masuk,sebab kawan lain risau juga Villiam takde mood,kebetulan Loy cuti dia cuba ingin tahu apa yang dah terjadi.Loy masuk melihat Villiam terbaring kat tilam dengan tangan di kepala,sedang berfikir.Loy bertanya kepada Villiam Kalau dia menpunyai masalah,Villiam menjawab takde masalah.Loy cuba lagi dan mula cerita masalah dia dan kekasihnya,Loy tengah kumpul duit nak kawin,tapi keluarga teman wanitanya tidak setuju mereka bersama,Loy sedih juga sebab keluarga teman wanitanya pandang rendah kepada dia,kekasihnya pula dah di jodohkan dengan seorang peguam yang bergaji besar,jadi mereka putus secara baik demi orang tua.

Villiam terbangun dari baring dan duduk menghadapi Loy,patutlah Loy pun nampak suram kebelakangan ini,rupanya ada masalah juga,kemudian Villiam berkata dia dan Ruth dah putus,tapi dia tak rela.Villiam juga menyesal dia berkawin dengan Lili,dia fikir kawin cerai itu mudah saja,Ruth pula dah berbaik dengan Quan kekasih lamanya, sebelum ini dia yakin yang dia dan Ruth akan hidup bersama dan bahagia,dia merasa sangat sakit hati dengan semua kesilapan yang dia buat.Loy faham Villiam terpaksa dan tertekan,dia seharusnya menerima Lili,sebab Lili dah menjadi isterinya yang sah,dia tidak seharusnya membuat kesilapan lagi,Ruth dah menjadi sejarah silam dan Lili adalah masa depan.Villiam tak mampu berkata mendengar ucapan Loy, sedangkan Loy pun tenang menghadapi dugaan,kenapa dia pula seperti menghadapi hari kiamat,sekarang Villaim nak berjumpa lagi,apakah dia mampu menlepaskan Ruth bergitu saja,Loy berkata cinta tak semestinya miliki.Villiam mengerti tapi dia tidak mahu memahami.

QUAN DAN RUTH MABUK CINTA

Hubungan keduanya semakin mesra seperti dulu,saling menbantu menguruskan rumah dan kerja.Quan nak buat kejutan untuk Ruth, dia dan keluarga Ruth dah rancang makan bersama nanti,Quan juga nak melamar Ruth depan semua orang,Ruth masih belum tahu niatnya, sebab Quan mengarahkan Achong menyediakan segala kelengkapan,sejambak bunga 999 tangkai dan sebentuk cincin permata.Ruth sedang menyediakan spegeti bebola daging untuk dia dan Quan,Quan baru selesai mandi,siap memakai pakaian dia turun ke bawah, dapat dia menghidu bau masakan yang enak,sudah pasti sedap.Ruth yang masak,walaupun Ruth tidak terlalu pandai memasak,tapi ada juga yang dia boleh masak,mungkin selepas menjadi seorang isteri dia akan pandai memasak apa saja,biasa itulah yang dikatakan oleh papa Ruth,belajar dari pengalaman.Quan mendekati lalu memeluk pinggang Ruth dan mencium pipinya dengan lembut,manis senyuman Ruth kerana Quan menlayannya dengan romantis.Quan tidak menberitahu tahu kepada Ruth yang malam minggu ini mereka keluar makan bersama keluarga,Quan hanya cakap nak keluar makan malam pada hari minggu ini,jadi Ruth tidak terfikir apa pun.Aboy,Ate dan encik Tan juga tidak menberitahu kepada Ruth sebab semua dah dirancang,ahli keluarga Quan juga dah tahu.

Pada mulanya ibu Quan rasa berat hati sebab dia tahu yang Ruth dah bercinta dengan orang lain,ibu Quan menyukai Diana sebab Diana pandai mengambil hati orang tua,Ruth pula jenis yang kurang mesra dan kaku bila berdepan dengan orang tua,tapi papa Quan menasihati agar isterinya tidak masuk campur dalam urusan anak mereka,Quan tahu apa yang terbaik untuknya, lagi pun Quan dan Ruth dah kenal sejak dari kecil lagi,mereka berpisah pun bukannya lama,selepas itu kembali semula,sedangkan Ruth pun dah bercinta dengan orang baru,tapi Quan masih mengejarnya,walaupun Quan tahu Ruth bersama Villiam.Quan masih dengan pendiriannya,Villiam dan Ruth putus pun sebab Quan campur tangan,dia dan Lili berkerjasama untuk mencapai tujuan masing².Mereka hanya ingin bahagia walaupun terpaksa menjadi jahat,mereka berusaha mendapatkan apa yang mereka nak, sama ada bahagia atau tidak kemudian kira,yang penting perjalanan ke arah matlamat.Quan dan Lili tidak peduli dengan semua ketidakadilan,tiada dalam kamus hidup mereka.

Quan merasa spegeti yang di hidang oleh Ruth diatas meja,rasanya sedap sangat.Ruth menuangkan air rebina sejuk ke dalam gelas yang di campur daun pudina,segar terasa tekak Quan yang meneguk beberapa kali.Ruth merasa sangat seronok melihat Quan berselera makan hidangan yang dia masak,biasa sebelum ini Villiam yang masak untuk Ruth.Sekarang Ruth pula memasak untuk Quan,Quan tak suruh pun,tapi Ruth sendiri yang tunjuk rajin.Quan pun tahu memasak makanan kegemaran Ruth iaitu mee tepung.Keluarga Ruth memang suka makan mee tepung,apalagi yang di masak oleh papa mereka encik Tan,tiada tandingannya air tangan orang tua.Quan baru tersedar yang Ruth asyik memerhatikan dia,terasa segan lah pula.Quan mendekati Ruth,dia menatap bola mata Ruth.Ruth mengelabah tak tentu pasal.Quan tertawa melihat Ruth serba tak kena.Ruth heran dan bertanya kenapa Quan tiba² menyerang hati dia?Quan menjawab yang Ruth terlalu khusyuk menatap Quan tu kenapa?Ruth menjeling manja,hampir kena serangan jantung bila Quan buat macam tu,Ruth belagak biasa dan berdalih,dia tak mahu Quan tahu apa yang dia fikir.

"Ruth,nanti kita pergi ke mall...

"buat apa?"

"saja,nak keluar dengan u."

"okay,cepat makan...

Quan dan Ruth pergi menbeli pakaian untuk makan malam,Ruth heran tapi mengapa perlu beli pakaian baru,bukan tahun baru cina pun.Terpaksalah Quan menberi alasan yang dia dah lama tidak menbeli pakaian baru,siap menbeli belah mereka berjalan² di sekitar bandar,Quan menbawa Ruth ke sebuah kafe yang Quan suka,Quan tahu Villiam juga sering menbawa Ruth ke kafe,sebab ada waktu tertentu Villiam minum akan kopi,tapi Quan pula suka minum teh herba,bagi Ruth dia tak kisah kopi atau teh,dia menikmati saja aroma keduanya.Malam minggu yang di nantikan,keduanya dah bersiap untuk ke restoran yang sudah ditempah,keluarga mereka sudah pergi dahulu tampa Ruth sedar.Quan membawa Ruth kemudian,mereka berdua sangat secocok dan padan,bak artis.Quan berdebar dalam diam,Ruth pula seperti biasa baginya makan malam sahaja,jadi dia hanya tersenyum manis hingga dia tak sedar dah berapa kali dia mencuri pandang kepada Quan,sebab malam ini Quan nampak lain dan kacak sangat dengan kot hitam.Ruth seperti jatuh cinta pandangan pertama,bila sampai di restoran mereka menuju ke bilik vip,pintu di buka Ruth terkejut melihat semua orang yang dia kenal berada dalam bilik itu.Ruth berasa gembira sangat melihat papa dan abangnya ada,dia juga menyapa ayah dan ibu Quan.Ruth duduk di sebelah ibu Quan.Ibu Quan menerima juga Ruth sebab dia tahu sangat peragai Ruth dari kecil,tak baik tak nakal, sedang² saja dan yang paling penting Ruth masih hormat kepada orang tua.Mereka semua makan sambil berbual dengan gembira seperti dulu²,cuma berapa perkara yang Ruth tak faham,melihat sikap Ate dan Quan berbisik tak habis,Ruth mula curiga.Tapi Ruth tak dapat nak teka apa yang mereka sembunyikan.

Quan bangun dan menarik tangan Ruth,semua melihat ke arah mereka berdua,hati Ruth mula dah berdebar,dia dapat rasakan pasti ada sesuatu yang terjadi,tiba² pelayan masuk dengan sejambak bunga yang besar,Quan mengambil bunga itu dan memberikan kepada Ruth,Ruth dengan senang hati menerima bunga yang diberikan,Quan menlutut pula...aaahhh hampir gugur jantung Ruth.Quan mengeluarkan sebentuk cincin.Ruth tahu apa maksud semua ini,Quan berkata sudikah Ruth menjadi pasangan seumur hidupnya?Ruth terharu sangat hingga air mata yang bergenang mula menitis².Ruth menghulurkan tangan kepada Quan,Quan menyarungkan cincin ke jari manis Ruth,ahli keluarga mereka yang melihat juga terharu dan gembira untuk keduanya.Ruth menerima lamaran dari Quan.Encik Tan pun berasa sebak melihat anaknya sudah di sunting oleh menantu idaman,yang pasti encik Tan berasa lega.

DIANA DAN RANCANGANNYA

Diana sangat terkejut bila dia mendapat tahu Quan melamar Ruth,kebetulan salah seorang sepupu rapatnya berkerja di restoran itu,sepupu Diana kenal Quan kerana Quan pernah menghadiri parti keluarga mereka.Diana tidak segan silu mengatakan Quan kekasihnya sejak dari sekolah menengah,jadi keluarga mereka semua tahu Diana dan Quan saling kenal.Sekarang salah seorang sepupunya tahu Quan melamar orang lain,sudah pasti ini memalukan Diana,dia berasa sangat marah,patutlah Diana rasa semacam melihat Quan dan Ruth sibuk sangat akhir ini,mereka berdua berkurung dalam bilik kerja berjam lamanya,sampai Diana nak masuk pun tidak dibenarkan.Achong saja yang boleh masuk,orang lain tak di benarkan tampa urusan.Diana terlalu marah hingga dia berkurung dalam bilik sendirian,bila dia mendapat tahu sindiran demi sindiran terhadapnya,saudara²nya menbuat lawak tentang hubungan dia dan Quan,mereka fikir Diana di tinggalkan kerana dia terlalu sombong dan meninggi diri.Diana berfikir dengan teliti agar dia dapat mengawal keadaan,dia tidak mahu gagal dan menbiarkan Ruth menang,tak kisah Quan mencintai Diana atau tidak,yang penting dapat mengawal Quan,sekarang apa yang harus Diana lakukan,dia kembali bertenang mula berfikir untuk menyelesaikan Ruth,Ruth mengapa Ruth menjadi penghalang untuk Diana bersama Quan.Quan lelaki idaman Diana sejak kali pertama Diana melihatnya,tapi tak sangka Quan telah bersama Ruth sejak dari kecil lagi,Diana kalah dari segi kecantikan dan pelajaran waktu di sekolah,tapi itu tiada masalah sebab Diana boleh berusaha,tapi Quan hanya seorang sahaja di dunia ini,Diana dah bersabar cukup lama dari dulu,dia hanya mampu melihat Quan dan Ruth bermesran di sekolah,kemana saja Quan dan Ruth akan bersama,untuk mendekati Quan,Diana selalu mendekati Ruth dan berpura menyukai abang Ruth dan kawannya.Diana tidak mahu mengalah bergitu saja, sudah lama dia menanti Quan balik dari luar negara,hatinya juga gembira bila mengetahui Quan dan Ruth dah berpisah selepas Quan ke luar negara dulu.Diana juga mendapat tahu Ruth dah ada kekasih baru,tapi sekarang lain pula ceritanya,yang Diana rancang tidak menjadi,malah memula masuk kerja dia lagi terkejut bila melihat Ruth berkerja di syarikat Quan.Diana tetiba mendapat mesej dan penyiasat pribadi yang dia gunakan,penyiasat itu menberikan maklumat yang Diana inginkan,hati Diana semakin panas bila dia mengetahui yang selama ini Quan dan Ruth tinggal sebumbung,maksudnya hubungan mereka dah lama pulih,Quan pernah tinggal di rumah abang Ruth dan sekarang Ruth tinggal di rumah Quan.Mereka tinggal bersama dah hampir setengah tahun di rumah Quan,mengapa selama ini Diana tidak terfikir mereka selalu tiba dan balik bersama waktu kerja.Diana pasti Achong tahu semuanya tapi Achong memang pembantu yang paling pandai simpan rahsia bosnya.Diana mula berfikir cara untuk menghukum Achong,sedangkan Diana dah cukup baik kepada Achong sepanjang mereka berkerjasama,tapi tak sangka Achong tidak jujur.

Diana tahu Achong paling awal pergi ke pejabat untuk menguruskan segala kerja sebelum Quan tiba,perkara pertama yang Achong akan buat adalah minum kopi di bilik rehat,Diana sengaja datang awal untuk menbuat jerat,dia memakai pakaian yang seksi hari ini.Achong sedang menbuat kopi sewaktu Diana masuk, Diana menyapa Achong dengan ucapan selamat pagi,Achong menbalas dengan ucapan selamat pagi juga,serta senyuman manis di bibirnya.Achong nampak jujur dan juga teliti,dia juga kuat berkerja,orangnya sangat di senangi oleh rakan sekerja,tapi bukan Diana.Diana duduk semeja dengan Achong.Achong berkata diet ke?Diana tersenyum dan menjawab nampaknya bergitulah.Diana bangun dari duduk kerana dia ingin mencuci tangannya,Achong pula nak menambah kopi lagi,sekelip mata Diana berpaling dia dan Achong bertembung,cawan yang di pegang oleh Achong terkena baju Diana,kebetulan di dadanya.Achong mengelabah dia dengan cepat mengambil tisu mengelap baju Diana,semasa itu segalanya kabur.Diana menjerit apa yang Achong buat,kebetulan rakan sekerja yang lain pun baru tiba,mereka melihat tangan Achong di dada Diana.Diana menolak Achong,Achong meminta maaf sebab dia tidak sengaja,kejadian itu menjadi panas,Diana berdiam tidak mahu menceritakan masalah sebenarnya dan Achong pula di katakan sebagai pencabul.Quan sudah mendengar penjelasan dari Achong,semuanya betul seperti yang Achong katakan,mereka melihat di cctv dengan jelas.Mereka berfikir Diana marah sebab Achong cuai,jadi dia tidak mahu memperbesarkan masalah dengan berdiam diri.Mereka tidak tahu Diana datang melihat Achong minum kopi hingga habis,kemudian Achong pasti akan menambah kopinya lagi,saat itu Diana pun mula berpura untuk mencuci tangannya,rancangan yang sempurna untuk menbuat Achong nampak bersalah.