webnovel

MR CEO MR EGO

Dania Balqis Maisara seorang gadis selamba dan pantang dicabar , sentiasa ada jawaban setiap persoalan Tengku Fahmi Fadzrul idham . Manakala Tengku Fahmi Fadzrul Idham lelaki yang penuh disiplin diri dan sikap angkuh terhadap Dania , membuatkan dirinya digelar Mr Ceo Mr Ego oleh gadis itu . Tetapi Satu kecelakaan yang berlaku terhadap Dania membuatkan Dania sah amnesia . maka watak Dania berubah menjadi seorang yang lebih menyakitkan hati Tengku Fahmi , hari-hari bergaduh tapi dalam diam mereka berdua menyimpan perasaan yang susah untuk diluahkan . kemunculan bekas teman wanita Tengku Fahmi iaitu Tengku Suzzy Mariana , membuatkn mereka susah untuk meluahkan perasaan masing-masing dan mereka berpisah dalam beberapa tahun . Persoalannya adakah mereka akan bertemu kembali dan rasa cinta itu masih ada diantara Tengku Fahmi dan Dania ??

Msrharmanda_ · Fantasy
Not enough ratings
5 Chs

Chapter 1

Kringg Kringg kringg!!

Aduh bising betullah alarm ni grrr!!

Tok tok tok!!

"Dania bangun anak dara apa macam ni? Matahari dah terpacak dekat atas kepala masih tak bangun bangun?" ,Bebel puan Khalisa .

"Ya mamaku tersayang dah bangun dah ni good morning mama hehehe " kata ku sambil memandang wajah suci mama.

"Morning apanya dah tengahari dah ni kamu ni cubalah awal bangun , umur kamu dah 23 tahun bukannya kecil lagi dah pergi mandi lepas tu turun breakfast " Marah puan Khalisa kepada anak daranya Dania .

"Hai papa buat apa tu ? " sambil duduk disebelah papa .

"Papa tengah masak ni ahh tak nampak?" kata papa sambil mata papa hanya fokus pada television .

"papa ni loyar buruk pula merajuk la macam ni " kataku lalu membelakangi papa dan memuncungkan bibir

aku rasa dah macam itik dah mulut aku ni .

" baguslah tu muncungkan lagi mulut tu biar jadi mulut itik . " sambil tersenyum melihat muncung anaknya.

"Papa ni bukannya nak pujuk buat menyakitkan hati Dania ja , mama tengok papa ni " lalu aku memeluk lengan mama , mama hanya gelengkan kepala .

"Ni papa nak tanya kamu ni bila nak Cari kerja? " Soal papa .

Alamak dah start dah papa tanya soal kerja , aku bukan tak nak kerja tapi aku belum bersedia nak kerja .

" nantilah Dania cari kerja " kataku sambil memandang jus orange ku .

"Bila nantinya? , kamu ni Dania asyik makan tidur makan tidur ja dekat rumah ni , menghabiskan beras ja pergilah cari kerja

jangan dok nak melekat kat bawah ketiak papa dengan mama ja , belajar berdikari sikit "bebel papa .

"Betul papa cakap tu Dania sampai bila Kamu nak melekat dekat bawah ketiak mama dengan papa? cuba belajar berdikari sikit , ke kamu nak mama dengan papa kahwinkan kamu? " soal puan Khalisah

Oh no! Khawin? Memang tak la aku belum bersedia nak galas tanggungjawab seorang isteri , ingat senang ke?

"No ! ok nanti Dania cari kerja start esok ok janganlah kahwinkan Dania , Dania tak nak masih muda lagi nak bebas dulu nanti kalau Dania kahwin tak bolehlah selalu bermanja dengan mama papa " kata ku sambil mengelipkan mata .

"kalau tak nak kahwin cari kerja jangan terperap ja dekat rumah ni " kata Papa.