Memandangkan tempoh kemasukan hanya tiga hari pertama setiap bulan, pemain yang telah membaca tentang pengenalan zon perang itu telah lama menunggu pembukaannya. Walaupun kawasan itu besar dan terbahagi kepada beberapa tahap, ia sama seperti keadaan di mana 10 orang perlu berkongsi sebuah tandas! Di China sahaja terdapat lebih daripada 50,000,000 orang pemain! Apa yang lebih merumitkan keadaan ialah pengenalan tersebut telah menjelaskan raksasa di Zon Perang Hantu hanya akan muncul semula sekali sebulan. Itu bermaksud orang yang datang lewat hanya akan berdepan dengan dataran kosong yang berdebu dan berumput!
Sebab itulah ada sebilangan pemain yang sanggup menunggu waktu tengah malam! Siapa cepat, dia dapat!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com