webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Selamatkan Merlinda

Editor: EndlessFantasy Translation

Zhang Yang mendekati peti perak itu untuk membukanya.

10%... 40%... 70%...

Pow! Peti itu terbuka. Zhang Yang dapat melihat hasil rampasan di dalamnya dengan matanya sendiri. Terdapat tiga buah peralatan Tembaga Hijau dan sebotol posyen.

Zhang Yang sudah tentu tidak akan menghabiskan masa memeriksa peralatan Tembga Hijau itu kerana dia terus memasukkan semuanya ke dalam beg galasnya. Dia kemudian memeriksa botol posyen tersebut. Semua posyen yang diperolehi daripada bos atau peti harta karun tidak dapat dihasilkan pemain sendiri memandangnya mereka selalunya sangat sukar didapati dan sangat berharga. 

Sama seperti ketiga-tiga buah peralatan Tembaga Hijau tadi, walaupun mereka produk faundri, kulit, atau jahitan, corak dan gaya peralatan itu tidak akan dapat dipelajari dan dihasilkan mana-mana pemain.

[Posyen Berwarna-warni Pemula] (Boleh ditelan)

Kegunaan: Meningkatkan tentangan kepada kuasa ajaib sebanyak 1,000, bertahan selama 8 minit.