webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Satu Demi Satu Masalah

Editor: EndlessFantasy Translation

Zhang Yang seorang diri menewaskan seorang pemain yang mempunyai Harta Warisan Kelas B yang baru sahaja mengaktifkan Kemahiran Transformasinya puluhan saat lepas! Melihatkan keadaan itu, Zhang Yang boleh melakukan benda yang sama ke atas 90% pemain di sekelilingnya dalam masa yang singkat! Apapun, bilangan pemain dengan Harta Warisan Kelas A dan Kelas S terlalu sedikit. Kebanyakan pemain yang dapat mara ke Perang Ngarai ialah pemain dengan Harta Warisan Kelas B.

"Tewaskan Zhan Yu dulu!" Pemain dari semua Rantau serta-merta bersetuju dengan idea itu.

Memang sia-sia jika Zhang Yang menyembunyikan maklumat wataknya pada saat itu. Setiap seorang pemain daripada Peringkat tinggi memang tahu hanya ada seorang sahaja pemain dalam dunia ini yang mampu mengangkat perisainya sementara tangannya yang sebelah lagi memegang sebuah senjata dua belah tangan. Selain itu, peliharaan Phoenixnya menunjukkan dengan jelas identitinya kepada semua orang di sekeliling.