Walaupun dia telah mengkhianati diri sendiri setelah bersetuju dengan perjanjian untuk membuat kerja rumah selama seminggu, wajah Wei Yan Er tetap dihiasi senyuman kerana dia telah memperolehi Makhluk Suruhan. Dia kemudian menyeru Makhluk Suuhannya dengan pantas.
[Antola, Pengawal Centaur] (Makhluk Suruhan Peringkat Tembaga)
Tahap: 48
HP: 3,100
Apabila dibandingkan dengn Teratai Jernih, Makhluk Suruhan ini lebih tinggi dan mempunyai sebatang lembing panjang pada tangan kanannya. Sebaik sahaja diseru, ia kerap memusingkankan badannya dan memerhati sekeliling seolah-olah ia begitu bersemangat untuk bertarung.
"Budak kecil, apa output kerosakan makhluk suruhan ini? Apa kemahiran yang ia ada?" Zhang Yang bertanya. Maklumat atribut makhluk suruhan ini hanya boleh dibaca oleh tuannya sahaja.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com