31 Pride Berempat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Jom pergi, masa untuk kita lengkapkan cabaran!" Zhang Yang mengheret Han Gemuk dalam pencarian Kapten Askar Soren dan melengkapkan cabaran "Serangan", memperolehi sebentuk cincin Keluli Hitam.

[Cincin Penghargaan Soren] (Keluli Hitam, Cincin)

Vitality: +2

Kekuatan: +3

Kesan Diperoleh: Setiap serangan mencetuskan kadar tetap dalam penyembuhan HP anda. Kadar pemulihan ialah 1% daripada kerosakan.

Keperluan Tahap: 10

Peralatan ini merupakan peralatan pertama dalam permainan video yang memiliki kesan <Curi Kehidupan>. Malangnya, kadar pemulihan terlalu rendah, dan begitu juga kadar pencetus! Tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan ia ganjaran Cabaran Umum; sebentuk cincin sebagai ganjaran boleh dianggap memuaskan dan lebih baik daripada tidak menerima apa-apa langsung!

Hong!

Satu pancaran cahaya emas berkilauan menerangi kawasan tersebut dan Zhang Yang telah naik ke Tahap 11 dengan ganjaran 10,000 EXP daripada cabarannya.

Dia ingat dia dapat memasuki Kedudukan Tahap Pemain, tetapi setelah dia melihat papan kedudukan, dia mendapati sesiapa yang berada di Tahap 10 pada pagi tersebut telah sampai di Tahap 11. Dia tidak mendapat sebarang tempat dalam senarai kedudukan, tetapi berasa lega kerana pemain di kedudukan pertama masih berada di Tahap 11.

"Gemuk, aku mahu buat perisai. Tingkatkan tahap kau sendiri!" kata Zhang Yang.

Han Gemuk menguap dan berkata, "Aku dapat tidur 3 ke 4 jam sahaja. Aku masih mengantuk lagi dan aku rasa aku nak tidur dulu!"

Zhang Yang mengintai jam sistem dan berkata, "Jahanam! Dah nak dekat pukul 6 petang! Tidur apa? Kau pergi makan dulu dan main semula sikit lagi. Malam nanti rehat secukupnya dan jangan berjaga tengah malam lagi! Tiap-tiap hari kau main lama, kenapa kau nak berjaga lewat malam pula?"

"Hmm, boleh diterima akal. Baiklah, aku kena bunuh beberapa mob sekarang disebabkan aku dah dapat senjata baru! Eh? Tunggu sekejap! Seseorang baru hantar mesej peribadi kepada aku!" Dia terdiam sebentar dan mukanya berubah seperti lelaki miang dengan pantas. "Si Kecil Yang, seorang gadis cantik mahu berbual dengan aku, jadi aku tak nak buang masa dengan kau lagi!"

Zhang Yang tersenyum dan meninggalkan Rumah Lelong.

Untuk membuat sebuah [Perisai Bulat Tanah], dia memerlukan 100 [Batang Besi] dan 1 [Batang Tembaga Biasa]. Zhang Yang tidak mempunyai [Batang Besi] dalam inventorinya jadi dia perlu membeli barang tersebut dari Rumah Lelong.

Rumah Lelong dijadikan tempat di mana pemain berdagang, membeli atau menjual barang di dalam permainan video. Rumah ini berada di setiap bandar, tetapi bandar yang berbeza tidak akan berkongsi barang yang sama. Dalam kata mudah, barangan yang dilelong di dalam Rumah Lelong Istana Jed Putih hanya boleh dibeli dari rumah itu sendiri, dan pemain daripada bandar lain perlu mengembara ke sini jika mereka mahu barangan tertentu.

Setelah Zhang Yang masuk ke Rumah Lelong, dia memuatkan tingkap carian dan menaip kata kunci "Bijih Besi, Batang Besi". Selepas dia menekan butang cari, satu muka yang penuh dengan keputusan carian muncul.

Disebabkan permainan video tersebut masih di peringkat awal, pelbagai harga telah ditetapkan. Zhang Yang membuat perbandingan harga secara ringkas dan membida 15 tindanan [Batang Besi] yang bernilai 50 syiling perak bagi setiap tindanan dengan jumlah pembelian 300 batang semua sekali.

Kemudian, dia pergi ke peti surat dan mengumpul kesemua [Batang Besi] yang telah dihantar oleh Rumah Lelong. Selepas itu, dia pergi ke Tempat Pembuatan Senjata dan meletakkan 100 [Batang Besi] dan 1 [Batang Tembaga Biasa] ke dalam bekas. Dia kemudiannya membuka tingkap crafting dan memilih [Perisai Tanah Bulat] dan menekan 'Craft'. Wataknya bergerak sendiri dan mengambil sebuah tukul, dan satu palang kemajuan muncul di bawah avatar miliknya.

Selepas 30 saat.

'Ding! Anda telah menghasilkan [Perisai Tanah Bulat]. Kemahiran Crafting anda telah meningkat sebanyak 1 mata!'

Dalam 'Keajaiban Tuhan', tahap crafting boleh dikategorikan kepada Pemula, Amatur, Lanjut, Profesional, Pakar, Guru dan Datuk. Setiap peningkatan tahap memerlukan 1000 mata nilai crafting. NPC tidak akan mengajar pemain untuk menghasilkan barangan dan semua barangan hanya boleh dipelajari melalui resepi yang ditemui pemain.

Resepi yang berkedudukan rendah lebih mudah untuk dimiliki tetapi apabila pemain sudah sampai di tahap Profesional dan selanjutnya, lebih sukar untuk mendapatkan walaupun satu resepi berpandukan tahap tersebut. Tambahan pula, berpindah dari Profesional ke Pakar memerlukan seorang pemain untuk menghasilkan barangan daripada resepi bertaraf Profesional. Tiada apa yang boleh dilakukan jika tiada resepi daripada kedudukan tersebut.

Oleh sebab itu, walaupun selepas 5 tahun dalam permainan video dalam kehidupan Zhang Yang yang lepas, hanya sedikit sahaja pemain yang mampu menjadi Datuk Crafting.

Zhang Yang menghayun lembut perisai itu dan menukarnya dengan perisai lama, lalu meningkatkan atributnya dengan banyak.

[Pemain: Zhan Yu]

Tahap: 11

HP: 790

Pertahanan: 64

Kekuatan: 86

Ketangkasan: 32

Tuah: 2

Kerosakan Jarak Dekat: 102 – 110

Jeda Serangan: 2 saat

64 mata Pertahanan! Zhang Yang tertawa. Dengan Nilai Pertahanan setinggi ini, tidak ramai pemain yang mampu menembusi pertahanannya ketika ini! 790 HP miliknya membenarkan dirinya untuk berdiri kukuh dan seseorang akan mengambil masa separuh hari jika ingin membunuhnya!

Dia kemudian meneruskan kerja menggunakan semua bahan yang ada dan menghasilkan dua lagi perisai. Selepas itu, dia pergi ke peti surat dan mengirimkan salah satu perisai kepada Api Merah melalui cara pembayaran semasa penerimaan. Dia meletakkan satu lagi perisai dengan bidaan minima bernilai 400 syiling emas dan tanpa harga kawalan untuk sehari di Rumah Lelong tanpa diketahui sesiapa pun.

Jam telah menunjukkan 6.30 petang semasa dia mahu log keluar dan makan malam, tetapi tiba-tiba dia diganggu oleh bunyi mesej peribadi.

"Kawan, aku ada banyak [Bijih Besi] di sini. Kalau kau mahu beli lebih banyak, kau boleh terus hubungi aku dan aku akan bagi kau harga yang rendah!"

Setelah diperiksa, Zhang Yang mendapati mesej itu dihantar oleh seseorang bernama 'Pelombong Profesional'. Dia cuba mengingat semula jika dia ialah orang yang sama yang menjual [Plat Besi] kepadanya di Rumah Lelong. Rumah Lelong biasanya akan mengenakan 10% cukai perkhidmatan, jadi kebanyakan pemain mahu mengadakan transaksi secara langsung dengan pelanggan tetap untuk menjimatkan kos mereka.

Dia sedar yang dia memerlukan sejumlah besar [Plat Besi] untuk menghasilkan perisai, sudah tentu dia perlu mendapatkan pembekal yang stabil. Zhang Yang membalas mesej tersebut, "Eh, aku memerlukan 10 hingga 20 timbun [Plat Besi] setiap hari. Boleh kau jamin bekalan berterusan?"

"Haha, nama aku Pelombong Profesional. 10 hingga 20? Kalau kau nak lebih daripada itu untuk beberapa kali pun aku boleh gali mereka untuk kau!" Pelombong Profesional membalas dengan bangga.

"Bagus. Berapa harganya?"

"Bergantung kepada jumlah yang kau mahu."

"Um, sekarang aku mahu 100 timbun!" Zhang Yang terus memberikan jumlah yang dia mahu. Jumlah tersebut membolehkan dia menghasilkan 20 perisai sahaja, jadi ia tidaklah terlalu banyak.

"Sheesh! Banyaknya!" Pelombong Profesional kelihatan tidak keruan ketika dia menarik nafas.

"Haha, kau cakap kau boleh buat!" Zhang Yang membalas sambil ketawa.

"Hehe, 100 timbun tu banyak sangat. Aku ada 30 timbun sahaja sekarang!"

"Okay, 30 timbun pun boleh! Berikan harga kau!"

"Um, kalau 48 syiling perak setimbun?"

Pelombong Profesional telah melelong satu timbun dengan harga 50 syiling perak di Rumah Lelong dan dia akan dikenakan 10% cukai perkhidmatan bernilai 5 syiling perak. Oleh itu, harga yang ditawarkan sekarang lebih murah kurang 2 syiling perak di mana Zhang Yang merasakan tawaran tersebut berpatutan.

Zhang Yang pantas membalas, "Baiklah, hantarkan mereka kepada aku melalui COD. Aku nak log keluar sekarang untuk makan malam!"

"OK, jom kita berkawan. Lebih senang untuk berhubung selepas ini!"

Zhang Yang menerima permintaan untuk menjadi kenalan dengan senang hati dan log keluar.

Dia mencabut topi keledar permainan dan melepaskan nafas panjang. Setelah berbaring untuk tempoh yang lama, badannya masih lenguh. Dia melakukan sedikit regangan di dalam bilik sebelum keluar menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam. Dia log masuk semula selepas menikmati hidangan ringkas.

Notifikasi email menunjukkan dia telah menerima pesanan baru, jadi Zhang Yang pergi ke peti surat dan menerima pesanan tersebut. Pesanan pertama mengandungi [Bijih Besi] daripada Pelombong Profesional. 14 syiling emas telah ditolak selepas Zhang Yang memilih 'Terima' kerana transaksi itu dilakukan melalui COD. 30 timbun [Bijih Besi] telah dimasukkan ke dalam inventorinya. Pesanan kedua mengandungi 500 syiling emas yang dihantar oleh sistem setelah Api Merah menerima perisai.

Zhang Yang menghantar mesej kepada Han Gemuk untuk meminta Han melengkapkan cabaran bersama-samanya, tetapi Han Gemuk menolaknya dengan alasan dia mahu berbual dengan gadis cantik itu dan tidak ada masa untuk Zhang Yang.

"Perempuan lebih utama daripada kawan, kawan tak guna!" Zhang Yang menggeleng kepala. Dia mahu membawa Han Gemuk bersama untuk cabaran istimewa, tetapi disebabkan Si Gemuk itu tidak boleh diharap, Zhang Yang mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.

Semasa dia dalam perjalanan untuk keluar daripada bandar dan menuju ke arah timur, dia dihadang oleh 4 pemain yang cuba menghalang perjalananya.

Seluar Pendek Berbunga, Nasihat Bermaruah, Pengasuh Bayi Bermaruah, dan Bulu Dada Berapi – Pride Berempat.

"Jahanam kau, Pahlawan noob! Aku dah cakap sebelum ini. Kalau kau tak masukkan kami semula ke dalam pasukan, aku akan bunuh kau sampai kembali ke Tahap 0!" Nasihat Bermaruah merenung tajam pada Zhang Yang sambil mengetap giginya.

Oh, betapa mereka sakit hati selepas Zhang Yang menghalau mereka keluar daripada pasukan! Kemudian mereka berbincang dan memutuskan untuk tidak membiarkan perkara ini dan mereka mahu pastikan Zhang Yang bertanggungjawab di atas keangkuhannya itu! Oleh itu, mereka berpakat untuk menunggu di pintu masuk dungeon dan memukul Zhang Yang apabila dia muncul.

Walau bagaimanapun, apa yang menyapa mereka setelah beberapa lama menunggu ialah teks-merah yang sarat dengan pengumuman server!

Mereka menjadi lebih marah selepas melihat pengumuman tersebut! Jika Zhang Yang tidak menghalau mereka keluar daripada pasukan, sudah tentu mereka menjadi sebahagian daripada kemenangan yang gemilang itu! 4 pemain ini tidak memikirkan punca sebenar mereka disingkirkan, tetapi mengumpulkan semua kemarahan mereka dan menyalahkan Zhang Yang. Hasrat mereka ialah untuk 'menghukum' Zhang Yang.

Selepas Kematian Salji dan ahli pasukan yang lain keluar daripada dungeon, mereka telah menunggu untuk tempoh tertentu, tetapi kelibat Zhang Yang tidak ditemui. Nasihat Bermaruah akhirnya perasan yang Zhang Yang mesti telah menggunakan Reagen Rentas Jarak! Mereka bergegas kembali ke bandar dan secara kebetulan, terserempak dengan Zhang Yang dalam perjalanan mereka!

Zhang Yang memberikan senyuman sinis, "Dengan sekumpulan orang-orang yang tak berguna ini?"

"Bangsat! Kenapa kita masih lagi bercakap dengan dia?! Musnahkan lelaki ini!" Bulu Dada Berapi memegang tukul dengan erat sambil matanya terkunci pada Zhang Yang.

"Ya, gulingkan dia ke mari! Jika dia tidak dibunuh sampai Tahap 10 hari ini, aku tidak akan dapat menerima penghinaan ini!" kata Seluar Pendek Berbunga setelah dia menggunakan <Stealth > dan hilang daripada pandangan mereka.

Nasihat Bermaruah mula mengenakan <Bebola Api> manakala Bulu Dada Berapi telah menghayunkan tukulnya dan menerpa laju ke arah Zhang Yang.

Zhang Yang sabar menunggu dengan tangan yang disilangkan dan senyuman sinis.

"Pahlawan noob! Mati kau!" kata Bulu Dada Berapi sambil dia datang menerpa, menghayun perisai, dan melontarkannya terhadap Zhang Yang.

"<Lontaran Perisai>!"

'Pah!' Teks kerosakan timbul di atas kepala Zhang Yang, '-1!'.

'Ding! Anda telah diserang oleh Seluar Pendek Berbunga dan pasukannya. Anda ada 10 minit untuk menyerang balas!'

Setelah notifikasi sistem berbunyi di telinganya, renungan Zhang Yang berubah dingin, mendedahkan aura maut.

Berdasarkan peraturan permainan, apabila pergaduhan berlaku di antara pemain, penyerang pertama dikenal pasti sebagai pencabar oleh sistem dan ditandakan dengan tanda nama berwarna merah. Pihak sebaliknya diberikan masa 10 minit untuk membalas serangan tanpa had. Pemain bertanda merah akan turun sebanyak 2 tahap jika mereka terbunuh sama ada disebabkan oleh pemain, raksasa, atau NPC!

Zhang Yang tidak memulakan serangan kerana dia mahu sistem mengenal pasti mereka sebagai pencabar bertanda merah!

Pada masa yang sama, Seluar Pendek Berbunga keluar daripada mod stealth, muncul di belakang Zhang Yang, dan menggunakan dua pedang untuk menetaknya.

'-1!'

'-1!'

Tidak mampu untuk menembusi 64 mata Pertahanan Zhang Yang, Seluar Pendek Berbunga hanya mengenakan 1 kerosakan sahaja.

"Celaka! Tebal sungguh kulit Pahlawan noob ini" ujar Seluar Pendek Berbunga dalam keadaan terkejut.

'Dang!' Tukul Bulu Dada Berapi singgah di badan Zhang Yang, tetapi dia juga hanya mampu mengenakan sekadar '-1' kerosakan.

'-36!'

Bebola api Nasihat Bermaruah turut singgah pada Zhang Yang dan akhirnya dapat mengenakan kerosakan, tetapi tidaklah begitu teruk.

Pertahanan hanya dapat mengurangkan kerosakan fizikal sahaja, tetapi tidak berkesan menahan kerosakan kuasa ajaib.

Zhang Yang mengejek dan menggunakan <Cas > terhadap Nasihat Bermaruah, memegunkan dan menetaknya dengan pedang, lantas mengakibatkan '-103' kerosakan yang dasyat iaitu satu perempat daripada HP dalam sekelip mata. 

"Jahanam! Macam mana kerosakannya begitu tinggi?!" jerit Nasihat Bermaruah. "Pengasuh Bayi, sembuhkan aku!"

Ketika itu, kedua-dua Seluar Pendek Berbunga dan Bulu Dada Berapi telah kembali semula serta mengangkat senjata mereka untuk menyerang Zhang Yang.

"<Hadangan >!"

'-70!'

'-82!'

<Hadangan > menunjukkan teks kerosakan yang muncul melintasi kepala Bulu Dada Berapi dan Seluar Pendek Berbunga secara serentak.

'-204!'

'-210!'

'-209!'

'-190!'

'-20!'

<Sambaran Mendatar> telah menyebabkan kerosakan yang tinggi terhadap Pride Berempat dan telah mencetuskan rantai leher <Kemarahan Bayangan>, lalu terpantul pada sasaran terbaru Zhang Yang, Nasihat Bermaruah.

"Jahanam, lelaki ini bukan manusia!"

"Pengasuh Bayi, sembuhkan aku!"

"Tak guna, aku dulu!"

'-166!'

Zhang Yang menggerakkan pergelangan tangannya dan menghentam perisainya terhadap Nasihat Bermaruah. <Hentaman Perisai> menyebabkan kerosakan luar biasa dan menghantar Nasihat Bermaruah yang mempunyai HP tidak sampai 100 mata terus ke titik kebangkitan semula. Zhang Yang tidak memberi sebarang peluang kepada Pengasuh Bayi Bermaruah untuk menyembuhkan rakannya.

'Ding! Anda telah membunuh Nasihat Bermaruah!'

'-99!'

Zhang Yang menghayunkan pedangnya dan menetak Pengasuh Bayi Bermaruah, serentak mengaktifkan <Serangan Rempuhan> dan menyebabkan '-101' kerosakan.

'Ding! Anda telah membunuh Pengasuh Bayi Bermaruah!'

Dalam sekelip mata, hanya Seluar Pendek Berbunga dengan 146 HP dan Bulu Dada Berapi dengan 428HP sahaja yang tinggal!

avataravatar
Next chapter