8 Pengumpulan Bahan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Zhang Yang berlari-lari menuju ke Kampung Pemula dan berjumpa dengan Farion, Pengajar Kelas Pahlawan. Dia tercungap-cungap dan tidak perasan adanya reagen rentas jarak yang hanya boleh dibeli selepas Tahap 10 di Ibu Kota di situ.

"Budak Baru, nampaknya aku memandang rendah pada kau!" Farion masih memandangnya dengan sombong sambil dia menerima Bijih Besi yang diberi Zhang Yang. "Apa pun kau masih budak baru! Nah! Ambil perisai kau ini dan pergi!"

Farion membaling satu perisai yang bersinar dengan kilauan hitam kepada Zhang Yang.

"Ding! Anda telah menyelesaikan Cabaran Kelas: Ujian Pahlawan. Anda menerima 5,000 Nilai Pengalaman!"

[Perisai Besi Tebal] (Besi Hitam, Perisai)

Ketahanan: +10

Tenaga: +5

Tahap Diperlukan: 5

"Nanti!" Raut wajah sombong Farion tiba-tiba berubah menjadi terkejut. "Betul kau ada Bijih Besi Bertapis?"

"Betul, tuan guru yang dihormati!" Zhang Yang mengeluarkan 10 Bijih Besi Bertapis dari inventorinya dan menyerahkannya kepada Farion kerana dia tahu dia telah berjaya mencetuskan cabaran tersembunyi.

"Cantiknya kilauan ni, ia mengingatkan aku pada berlian di Gunung Dofus!" ujar Farion sambil merenung Bijih Besi Bertapis dalam tangannya seperti orang yang sedang bercinta. 

Selepas beberapa ketika, Farion berkata, "Aku dulu seorang tukang besi sebelum menjadi seorang pahlawan! Budak baru, Bijih Besi Bertapis ini membuatkan tangan aku menggeletar. Jika kau setuju, aku ingin menggunakannya untuk membuat bilah yang tidak boleh dihancurkan!"

"Aku setuju, tuan guru yang dihormati!" Zhang Yang pantas mengangguk setuju.

"Bagus!" Farion berasa gembira dan berkata, "Tetapi, dengan Bijih Besi Bertapis ini sahaja tidak cukup, kau juga perlu kumpulkan 3 jenis bahan lain!"

"Ding! Farion memberi satu cabaran untuk anda: Bahan untuk Membuat Bilah (I). Adakah anda terima?"

"Terima!" Zhang Yang pantas memeriksa log cabaran selepas dia menerima cabaran itu. 

[Bahan untuk Membuat Bilah (I)] (Tahap Kesukaran: C)

Penerangan Cabaran: Farion memerlukan Gigi Acip Babi Jantan Bergading sebagai bahan untuk membuat bilah. Raksasa ini dikatakan muncul di Ladang Tembikai arah selatan kampung. 

Kemajuan: Kumpul Gigi Acip Babi Jantan Bergading 0/10

Babi Jantan Bergading. Bukankah itu raksasa Tahap 10? Zhang Yang tidak terus berlalu pergi. Dia sebaliknya bercakap dengan Farion dan mempelajari kemahiran Pahlawan Tahap 5: <Hadangan > dan <Hentakan Perisai>.

[Hadangan] (Tahap 1): Angkat perisai anda dan hadang satu serangan depan pihak lawan untuk 1 saat. 1 hadangan yang berjaya akan menyebabkan 100% kerosakan kepada musuh dan peningkatan aggro yang tinggi. Mengumpulkan Rage. Masa Penyembuhan: 10 saat. Keperluan: Perisai.

[Hentakan Perisai]: Hentak sasaran dengan perisai anda dan menyebabkan 200% kerosakan dan peningkatan aggro yang tinggi. Hanya boleh digunakan selepas Hadangan yang berjaya. Kos: 10 Nilai Rage. Keperluan: Perisai. 

Hadangan ialah kemahiran terhebat seorang Pelindung! Apabila masa penyembuhan menurun kepada 1 saat selepas mencapai tahap 10, tidak kiralah imunisasi kepada serangan atau kerosakan besar yang datang selepas <Hentakan Perisai>, kuasa itu sangat menggerunkan!

Zhang Yang pergi berjumpa Hu An, Orang Tua Kampung dan menyerahkan tengkorak Raja Harimau Kumbang padanya selepas dia melengkapkan diri dengan Perisai Besi Tebal itu.

"Ahh! Bukankah ini – bukankah ini tengkorak Raja Harimau Kumbang? Makhluk durjana ini telah membunuh ramai penduduk kampung!" Hu An, Orang Tua itu sungguh gembira dan memandang Zhang Yang dengan kagum. "Syukur kepada Tuhan, kamu memang anak muda yang berani dan baik hati, orang-orang kampung terhutang budi pada kamu!"

"Ding! Anda telah menyelesaikan cabaran: Menghapuskan Ancaman Penduduk Kampung. Anda menerima 10,000 Nilai Pengalaman!"

"Ding! Reputasi Kaum Manusia anda telah meningkat menjadi 200 mata!"

200 Nilai Reputasi! Zhang Yang menutup mulutnya. Reputasi satu sistem yang memeningkan kepala. Setiap kaum mempunyai reputasi tersendiri yang terbahagi kepada – Kasar, Tidak Ramah, Neutral, Ramah, Hormat, Pandang Tinggi, dan Pujaan. Jika tahap reputasi seorang pemain dalam satu-satu kaum itu rendah daripada Neutral, dia akan menerima serangan daripada kaum itu bila dia memasuki kawasan mereka; bila tahap reputasi itu telah mencapai Ramah atau lebih daripada itu, pemain itu boleh membeli barangan yang sepadan dengan tahap reputasinya. Senang kata, semakin tinggi reputasi seseorang dalam kaum tertentu, semakin berkualiti barangan yang boleh dibeli!

Zhang Yang tiba di selatan kampung. Ada banyak babi liar yang sedang makan tembikai di 3 ladang tembikai di situ. Ada sebuah rumah di bahagian tepi dan seorang lelaki berjanggut putih sedang mundar-mandir keresahan. 

"Orang Tua, ada apa-apa saya boleh bantu?" Zhang Yang pantas mendekati WBP itu untuk memulakan perbualan bila dia nampak tanda seru berwarna kuning di atas kepalanya.

"Tengok babi liar jahanam yang sedang merosakkan ladang tembikai aku! Bunuh semuanya dan aku akan berikan ganjaran pada kamu!" jerit orang tua itu. 

[Bunuh Babi Liar] (Tahap Kesukaran: C)

Penerangan Cabaran: Bunuh semua Babi Jantan Bergading itu!

Kemajuan: Bunuh Babi Jantan Bergading 0/10

[Babi Jantan Bergading] (Normal)

Tahap: 10

HP: 500

Ada 4 atau 5 orang pemain lain di ladang tembikai itu. Memandangkan tahap Babi Jantan Bergading itu sedikit tinggi, kebanyakan pemain tahap 5 tidak boleh melawan raksasa itu seorang diri dan membentuk kumpulan. Malah, jurang yang besar itu masih menyukarkan 5 orang sepasukan itu sukar untuk membunuh seekor babi. 

Mereka tiada gaya seperti mereka akan berlalu pergi walaupun dengan langkah yang perlahan. Bagi mereka, tempat ini sekurang-kurangnya masih ada raksasa dan lebih baik daripada tempat di mana raksasa yang baru muncul akan ditikam lebih daripada 10 pedang serentak. 

Beberapa orang tertawa bila mereka melihat Zhang Yang datang seorang diri.

"Bodoh, betul ke kau nak lawan seorang diri? Mesti keldai dah tendang kau dan kau dah hilang akal!"

"Haha, aku tak dapat bayang berapa banyak kali agaknya kau ditendang keldai sampai jadi bodoh begini."

"Mari kita tunggu dan lihat betapa teruknya dia dikalahkan babi liar itu!"

Sudah tentu ada juga pemain yang baik hati.

"Sahabat, raksasa di sini raksasa Tahap 10. Awak tak mampu kalahkan mereka."

"Ahli Sihir pasukan kami akan pergi. Ada satu tempat kosong dalam pasukan kami, apa kata awak sertai kami?"

Kebanyakan mereka tidak perasan perisai di belakang Zhang Yang. Ia ganjaran yang hanya diterima sesiapa yang telah menyelesaikan Cabaran Kelas Tahap 5! Walaupun sekarang ramai pemain yang telah mencapai Tahap 5, bilangan pemain yang telah menyelesaikan Cabaran Kelas boleh dikira dengan sebelah tangan!

Zhang Yang tersenyum dan menolak tawaran mereka. Dia menggenggam Pedang Pemulanya dan bergerak ke arah babi liar yang terdekat. Dia kemudian mengaktifkan kemahiran <Serangan > bila dia berada dalam jarak yang efektif. 

Kejutan!

"-30!"

Darah memancut keluar apabila Zhang Yang menghayun senjatanya dan menikam babi liar itu.

"Hu! Hu! Hu!" Babi Jantan Bergading itu pulih dan mengaum keberangan. Ia menikam Zhang Yang dengan kedua-dua gadingnya. 

Zhang Yang mengaktifkan kemahiran <Hadangan >.

"-27!" Hadangan dan balas serangan berjaya!

"-64!" <Hentakan Perisai>!

"-31!" Satu lagi serangan normal!

"-29!" Rage meningkat kepada 30 mata, <Serangan Rempuhan>!

Elak!

<Hadangan > memasuki masa penyembuhan. Zhang Yang dengan mudah mengelak serangan babi liar itu dengan pergerakan yang pantas – sedangkan Raja Harimau Kumbang Tahap 15 pun tidak dapat menyerangnya, inikan pula raksasa Tahap 10!

Dalam masa 4 hingga 5 saat, Zhang Yang telah menyebabkan 181 mata kerosakan dan menurunkan satu pertiga HP babi liar itu. Semua pemain hanya boleh terpaku memandangnya di tepi seperti mereka ternampak hantu. Mata kerosakan itu mengejutkan! Betulkah lelaki ini seorang Pelindung?

Pelindung memang mempunyai kuasa merosakkan yang hebat. Yang paling utama ialah kemahiran <Hadangan >! Masa penggunaan <Hadangan > pula faktor utama pada waktu awal ini untuk membezakan antara Pelindung hebat dan Pelindung biasa!

Watak akan kemudian mendapat kesan tambahan selepas mengaktifkan <Hadangan > dan membenarkan pemain untuk menghadang serangan lain untuk 1 saat berikutnya! Memandangkan kesan susulan hanya bertahan selama sesaat, kesan itu akan hilang jika kemahiran itu diaktifkan terlalu awal dan serangan belum tiba! Dan jika pengaktifan itu terlalu lewat…

<Hadangan > akan menjadi tidak sah, jadi <Hentakan Perisai> hebat yang menyusuli selepas itu tidak dapat diaktifkan.

Sudah tentu bila <Hadangan > telah mencapai Tahap 10, kekangan ini tidak lagi diambil kira jadi seseorang boleh menekan bertubi-tubi butang itu dengan mudah. 

Zhang Yang telah menukar posisinya dengan mudah hingga tempoh bertenang <Hadangan > telah dicapai. Dia kemudian mengaktifkan kemahiran bersambung yang lain. Babi Jantan Bergading itu meraung dan mati dengan pancaran cahaya putih dan Zhang Yang menerima 500 EXP. Dia menghulurkan tangan dan berjaya mendapatkan satu Gigi Acip! 

"Jahanam, lelaki ini memang hebat!"

"Ya, dia membunuh babi itu dengan sangat pantas dan tidak kehilangan satu pun HP!"

"Aku baru perasan yang kita boleh mengelak serangan raksasa dengan terus bergerak di sekeliling!"

"Eh, aku ingatkan mana-mana watak itu memang perlu bergantung kepada Elakan, Tepisan, dan Hadangan untuk mendapat imuniti serangan?"

"Sahabat, ini permainan realiti maya, bukan permainan dalam talian tradisional. Kau kena belajar banyak lagi!"

"…"

Pemain di situ berbalah antara satu sama lain. Nasib baik Zhang Yang memilih untuk menyembunyi namanya, kalau tidak, dia pasti terkenal di sini. Apapun, masih ada pemain penyibuk yang menggunakan alat perakam dalam permainan untuk merakam bagaimana Zhang Yang melawan raksasa itu dan telah memaparkannya ke dalam forum dengan tajuk 'Pemain Hebat Luar Jangkaan, Pembunuhan Tanpa Kecederaan' dan mencetuskan kekecohan.

Semua orang dalam permainan ini masih baru bermula pada tahap ini. Bagaimana boleh mereka tidak kagum dengan kemahiran Zhang Yang yang maju seperti telah 5 tahun bermain permainan ini? Dalam masa yang singkat, ramai pemain yang menjadikan Zhang Yang sebagai idola dan memujanya. 

Zhang Yang berterusan membunuh babi liar itu. Walaupun kelajuan membunuhnya lebih perlahan berbanding sekumpulan 5 orang, dia membunuh tanpa mengalami apa-apa kerosakan, jadi, dia tidak perlu berehat dan ini meningkatkan tahap kecekapannya. 

Selepas 7 atau 8 minit, dia telah membunuh 10 babi liar, tetapi hanya berjaya megumpulkan 7 Gigi Acip yang memaksanya terus mengerahkan tenaga. 

5 minit berlalu sebelum Zhang Yang akhirnya berjaya mengumpulkan 10 Gigi Acip. Dia mula menghantar cabaran 'Bunuh Babi Liar' dan kemudian meluru pergi untuk berjumpa Farion. Dia meninggalkan pemain lain yang masih terpaku sehingga mereka terlupa pertempuran mereka sendiri kerana asyik memerhatikan pertempuran Zhang Yang. 

"Bagus. Kau boleh mula mencari bahan yang kedua!" Farion memberi Zhang Yang 5,000 EXP dan terus memberi arahan seterusnya.

"Ding! Farion mempunyai cabaran untuk anda: Bahan untuk Membuat Bilah (II). Adakah anda terima?"

Kemasukan baru ditambah ke dalam log cabaran selepas Zhang Yang menerima cabaran itu.

[Bahan untuk Membuat Bilah (II)] (Tahap kesukaran: C)

Penerangan Cabaran: Ada segerombolan Makhluk Unsur Api yang merayau di Lembah Terbakar. Selepas kematian mereka, Makhluk Unsur Api ini berubah menjadi Pati Api Bertapis yang kuat! Lembah Terbakar dikatakan berada di hujung jalan di arah barat kampung.

Kemajuan: Kumpul Pati Api Bertapis 0/3

Ke arah berlawanan!

Zhang Yang mengeluh dan menurut arahan cabaran itu serta menuju ke arah barat Kampung Pemula. Selepas setengah jam, dia akhirnya tiba di lembah di mana tanahnya terbakar dan jelaganya panas. Raksasa menyala merah kelihatan sedang merayau di kawasan itu. 

[Makhluk Unsur Api] (Normal)

Tahap: 10

HP: 500

Tempat ini terlalu jauh dari Kampung Pemula dan tiada cabaran lagi yang membawa sesiapa ke sini, jadi tiada sesiapa di sini selain Zhang Yang.

Biar pembunuhan bermula!

avataravatar
Next chapter