webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Mutiara Poseidon

Editor: EndlessFantasy Translation

15 jam kemudian, Zhang Yang kembali ke Lombong Bayangan Maut semula. Zoan Kanin Bayangan Maut itu telah muncul semula. Zhang Yang memasuki lombong itu sekali lagi untuk menyudahkan apa yang telah dia mulakan. Peliharaan Phoenix sekali lagi dapat beraksi hebat. Mereka hanya mengambil masa selama sejam untuk membunuh semua raksasa dalam lombong itu. Zhang Yang akhirnya dapat mengumpul 200 biji Batu Sumber Maut.

Selepas dia kembali kepada Baa'ljilr, lelaki tua itu mengambil beg yang penuh dengan [Batu Sumber Maut] tersebut dan memeriksanya. Ia kemudian menunjukkan raut wajah penuh kepuasan lalu berkata, "Anak muda, kamu memang hebat. Kamu langsung tak mengecewakan aku! Harapan untuk memperolehi gelaran 'Wira yang menyelamatkan dunia' semakin menjadi kepastian!"

Zhang Yang hampir mengamuk. Orang tua ini memang jelas penipu! Bedebah!

'Ding! Anda telah melengkapkan cabaran: Batu Sumber Maut. Anda telah menerima ganjaran: 50,000,000 Mata Pengalaman.'