webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Mimpi yang Hilang

Editor: EndlessFantasy Translation

30 minit selepas mereka makan tengahari, mereka log masuk dan berkumpul. 

Sebelum mereka log keluar, Zhang Yang telah membunuh semua raksasa di sekeliling mereka. Memandangkan raksasa elit memerlukan lima jam untuk muncul semula, tempat itu kosong dan lengang apabila Zhang Yang, Han Ying Xue, dan Wei Yan Er kembali ke situ. Mereka semua meneruskan perjalanan dan sampi ke penghujung bahagian pertama tiga jam kemudian. 

Secara teknikalnya, keseluruhan terowong itu mengikut bentuk gunung tersebut dari dalam. Laluan berlingkar ke bawah itu menghala ke kawasan paling rendah dan dalam gunung tersebut. Kedudukan Zhang Yang pada waktu itu secara teknikalnya merupakan satu bulatan lengap daripada tempat mereka masuk tadi. Jika mereka mengorek ke atas, laluan masuk gunung itu hanya 50 meter di atas mereka!