webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Kunci Dimensi

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah Zhang Yang pulang ke Istana Jed Putih, dia mencantumkan serpihan [Kunci Dimensi] di samping membawa [Jubah Sayap Gelap] ke dalam kedai untuk pengenalpastian.

Boom!

Apabila 7 buah [Serpihan Kunci Dimensi] itu dicantumkan dalam satu kawasan, satu demi satu sinaran cahaya berwarna-warni yang secerah sinaran matahari terpancar daripada setiap satu serpihan kunci itu ke seluruh kawasan tersebut. Ia terus terpancar dan bergetar deangan satu cara yang penuh misteri dan sukar diterangkan. Setiap pemain di Istana Jed Putih berhenti melakukan apa sahaja yang sedang mereka lakukan. Sesiapa yang berada di dalam bangunan cepat-cepat keluar dan memandang ke arah di mana Zhang Yang berada.

Shoof! Shoof! Shoof!

Sinaran cahaya putih terpancar melalui 7 buah serpihan Kunci Dimensi itu dan semuanya mula bercantum seperti seekor ular yang sedang melingkar. Akhirnya, semua serpihan itu bercantum dan membentuk sebuah [Kunci Dimension]!