webnovel

Ketibaan Dua Orang Gadis

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tak guna, Si Gemuk itu kutuk kita!" Seorang lelaki muda mengeluarkan batang besi panjang yang disisip di bahagian belakang badannya dan mula berlagak seperti seorang wira lantas meluru ke arah Han Gemuk. "Aku akan bunuh kau!"

Han Gemuk mengelak ke tepi dengan pantas dan batang besi tadi terkena pada tangannya. Dia tersengih seolah-olah batang besi itu langsung tidak mengenainya! Seperti yang Han Gemuk pernah katakan sebelum ini, lemak yang meliputi tubuhnya melindunginya daripada merasa apa-apa kesakitan sewaktu pertarungan! 

Lelaki muda tersebut tergamam dan terkedu. Han Gemuk mengangkat kakinya dan memijak kaki lelaki muda tersebut. "AH!" Dia tiba-tiba meraung kesakitan dan melepaskan batang besi tadi ke lantai. Dia mula bergolek di tanah sambil memeluk kakinya. Kakinya mungkin patah kerana ia jelas bengkok!

Ketiga-tiga lelaki lain itu panik dan ketakutan setelah menyaksikan keganasan dan keberangan Han Gemuk. Abang Rambut berpura-pura berani dan berkata, "Kau… kami ini geng di bawah Abang Ma. Adakah kau mahu buat Abang Ma marah?"

"Bedebah, aku tak peduli sama ada Abang Ma atau Abang Lembu, aku akan belasah sesiapa sahaja yang aku jumpa!" Han Gemuk meluru ke arah mereka seperti sebuah mesin jentolak besar yang sedang bergerak ke depan dan merempuh kuat ketiga-tiga lelaki tersebut lalu mematahkan tiga lagi kaki!

Tiba-tiba, keempat-empat lelaki di lorong itu memeluk kaki mereka yang cedera sambil meraung dan melalak kesakitan.

"Tengoklah kau semua ini, langsung tak berguna!" Wajah Han Gemuk menunjukkan kekecewaannya. "Semasa waktu aku dulu, aku pernah patah dua tulang rusuk aku dan masih boleh bertarung dengan orang lain. Patah kaki ini hanya perkara kecil!"

Zhang Yang kemudian berkata, "Si Gemuk, pergi panggil teksi. Cari sebuah hotel untuk gadis ini dulu!"

Han Gemuk mengangguk dan mengangkat pelayan wanita berkaki panjang itu lalu berkata, "Jangan risau, aku lelaki baik! Aku akan hantar kau ke bilik hotel dan aku akan tunggu hingga kesan dadah ini hilang dulu!"

"Haha! Selalunya seseorang gadis itu yang akan menentukan sama ada kau ini baik atau jahat, tapi kau sendiri sudah memberi gelaran 'lelaki baik' kepada diri kau. Yalah, pelik betul!" Zhang Yang tersenyum dan berkata.

"Berambus!"

Han Gemuk tidak berlengah-lengah lagi dan memanggil sebuah teksi lantas meninggalkan pub tersebut dengan gadis tadi. Zhang Yang tertawa dan masuk ke dalam semula.

Dia sengaja membiarkan Han Gemuk sendiri muncul dan bertarung dengan penyangak tadi supaya gadis itu berasa terhutang budi kepada Han Gemuk! Dia tahu Han Gemuk suka pada gadis itu dan Zhang Yang sebagai rakan karibnya sudah tentu akan mementingkan kegembiraan Han Gemuk.

Sekiranya Han Gemuk mempunyai kebolehan yang mengagumkan, Zhang Yang berasa pasti dia akan "bergolek" di atas katil bersama gadis itu malam ini! Namun, apabila Zhang Yang terbayangkan tubuh Han Gemuk yang teramat besar yang memenuhi katil tersebut, dia tidak dapat menahan diri daripada berkata, "Ya Tuhan, malang nasib!"

"Beep! Beep! Beep!"

Telefon bimbitnya berdering dan dia terus mengangkatnya. Drizzler dan Si Salji akhirnya telah tiba dan sedang menunggunya di pintu masuk pub itu.

Apabila Zhang Yang melangkah keluar, dia terus ternampak dua orang gadis cantik yang sedang berdiri di pintu masuk! Salah seorang antara mereka kelihatan lebih matang, mempunyai potongan badan yang cantik, dan nampak seperti berusia 23 atau 24 tahun. Dia mengenakan skirt hitam yang menonjolkan kakinya yang panjang, punggungnya yang besar, dan pinggangnya yang ramping, manakala buah dadanya yang besar itu membuatkan semua orang bertambah ghairah melihatnya!

Raut wajahnya yang cantik dan sempurna dengan mata yang cantik dan bibir yang berwarna merah pekat itu pula sangat seksi!

Seorang lagi gadis itu pula kelihatan seperti berusia 16 atau 17 tahun dengan wajahnya yang nampak baik. Walaupun dia cantik, tubuhnya yang kurus itu membuatkan dia kurang menonjol berbanding gadis yang lebih matang tadi. 

Mereka membawa tas tangan yang cantik dan mewah berjenama Gucci dan Chanel setiap satu.

Zhang Yang berjalan mendekati mereka lalu terdengar gadis yang lebih muda itu bercakap di telefon, "Tank noob, kau sudah keluar belum? Kau sudah keluar belum? Kau sudah keluar belum?" Dia bertanya berulang kali dan ketawa tanpa henti.

Zhang Yang berdiri di belakangnya, tetapi tidak bersuara dan hanya berdiri di situ dengan tangan bersilang. Gadis yang lebih matang itu sedar kehadirannya dan memandangnya, tetapi dia tidak menyangka yang Zhang Yang ialah "tank noob" yang sedang mereka cari, jadi dia hanya tersenyum dan tidak memberitahu gadis muda itu.

"Tank noob, tank noob, tank noob!" Gadis itu mula menyanyi sambil menghubunginya.

Zhang Yang menggeleng kepalanya dan tertawa. Dia mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga gadis muda itu.

Gadis muda itu mula-mulanya tergamam dan menutup mulutnya apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena. 10 saat kemudian, dia melompat, memusingkan badannya, dan merenung Zhang Yang.

"Eh, kaukah tank noob?" Dia merenung Zhang Yang dari atas ke bawah.

Zhang Yang mengeluh dan berkata dengan nada mengejek, "Budak kecil, susahnya hendak besarkan kau! Nasib baik kau tidak diculik!"

"Tank dungu!" Gadis muda cantik tadi menjadi sombong dan berkata, "Biar aku perkenalkan semula, nama aku Wei Yan Er, dan ini kakak sepupu aku, Han Yin Xue!"

Ia bukanlah sebuah rahsia yang nama sebenar gadis matang itu Han Yin Xue kerana setiap kali budak kecil itu marah dengan Si Salji, dia akan mengetap giginya dan berteriak memanggil nama sebenar Si Salji. Meskipun Zhang Yang pernah meneka yang penampilan sebenar Han Yin Xue mungkin hanya seperti gadis biasa, dia tidak menyangka yang dia sebenarnya sangat menawan apabila berhadapan dengan dirinya!

"Nama aku Zhang Yang, juga dipanggil Zhan Yu, dan tank noob!" Zhang Yang ketawa.

"Jom! Jom masuk! Aku hendak tengok dalam pub ini!" Wei Yan Er seorang yang ceria dan penuh bertenaga. Dia menarik lengan baju Han Yin Xue dan berjalan masuk.

"Budak kecil, jangan tarik kuat sangat! Macam mana kalau lengan baju aku terkoyak?" Han Yin Xue serta-merta berteriak.

"Hehe!"

Apabila mereka bertiga masuk, kedua-dua gadis tersebut, terutama Han Yin Xue, menarik perhatian semua lelaki di situ di mana ada yang menoleh seketika untuk memandang dan ada juga yang terang-terangan merenung.

Han Yin Xue memesan minuman martini, manakala Zhang Yang inginkan bir dan Wei Yan Er pula hanya memesan minuman Sprite dengan penyedut minuman. Dia sebenarnya ingin mencuba minuman alcohol, tetapi dihalang Han Yin Xue, lalu menyebabkan dia merajuk dan tidak mempedulikan mereka berdua.

Semasa Zhang Yang dan Han Yin Xue sedang berbual, seorang lelaki yang mengagumi kecantikannya mendekati mereka dan cuba memulakan perbualan dengannya. Dia terang-terangan menolak lelaki itu dan menyatakan yang Zhang Yang ialah teman lelakinya. Seorang lagi lelaki datang mendekati mereka dan cuba memulakan perbualan dengan Wei Yan Er pula, tetapi dia juga selicik sepupunya. Dia menggunakan Zhang Yang sebagai "teman lelaki"nya untuk menolak mereka. Lelaki yang ditolak tadi merenung tajam Zhang Yang dengan pandangan cemburu. Mereka mungkin memikirkan, 'Kau ini tamak. Kau sudah ada seorang gadis yang menawan dan kau masih mahu yang lagi muda ini? Kau tamak haloba kerana inginkan dia gadis dalam masa yang sama! Aku sumpah kau tidak akan dapat beraksi!'

"Kau berdua ini memang kejam! Aku rasa kalau aku keluar dari pub ini sekarang, aku pasti akan diserang semua lelaki ini!" Zhang Yang tertawa. "Kau berdua memang sengaja buat begitu?"

Han Yin Xue dan Wei Yan Er ketawa seperti sebuah bunga yang mekar.

Melalui perbualan mereka, Zhang Yang mendapat tahu Han Yin Xue ialah pelajar cemerlang yang baru pulang dari UK selepas menghabiskan pengajian dalam Pengurusan Perniagaannya dan dia kini masih belum mendapat pekerjaan dan sedang berehat di rumah. Wei Yan Er pula seorang pelajar sekolah tinggi yang sedang menikmati cuti musim panasnya dan mengambil keputusan untuk melawat kakak saudaranya itu. 

Sambil mereka berbual, berjenaka, dan tertawa, lebih ramai orang bujang yang mengunjungi pub tersebut dalam lebih kurang pukul 10 malam untuk menghabiskan malam sunyi mereka dan suasana ketika itu menjadi lebih huru-hara. Han Yin Xue khuatir sekiranya Wei Yan Er akan mengikuti contoh kurang elok tersebut, jadi dia mencadangkan agar mereka pulang.

Meskipun begitu, Han Yin Xue senang mabuk selepas menikmati minuman kerasnya dan langkahnya menjadi kurang stabil. Apabila Zhang Yang mendapati yang dia hampir mabuk dan masih menggesa untuk memandu pulang, dia menghalang mereka kerana bimbang mereka akan ditimpa kemalangan kerana Han Yin Xue yang mabuk itu ingin memandu!

Tidak pelik sekiranya Zhang Yang tidak pernah terdengar nama kedua-dua gadis ini dalam kehidupannya yang lepas. Mungkin budak kecil ini mati disebabkan sepupunya!

"Budak kecil, kau tahu bagaimana untuk memandu?" Zhang Yang bertanya.

Wei Yan Er menggeleng kepalanya. "Ayah aku masih belum benarkan aku belajar memandu lagi!"

Zhang Yang mengeluh dan berkata, "Hei, gadis mabuk, pergi duduk di belakang. Aku akan hantar kau berdua balik!"

Pipi Han Yin Xue berubah menjadi kemerah-merahan dan membuatkan dirinya bertambah menawan. Dia mengecilkan matanya yang cantik, ketawa dengan kuat, dan berkata, "Lelaki dungu, adakah kau cuba untuk ketahui di mana rumah kami? Yan Er, gunakan penyembur lada ke atasnya!"

"Ya!" Wei Yan Er memang sentiasa bersemangat dalam keadaan bermuslihat seperti ini. Dia cepat-cepat mengeluarkan penyembur lada daripada tas tangan Han Yin Xue dan menayang-nayangkannya di hadapan Zhang Yang.

Zhang Yang memandangnya dan berkata, "Budak kecil, fikir betul-betul. Kalau dia memandu dalam keadaan mabuk begini, kau berdua mungkin melanggar tiang lampu! Kalau hanya seorang sahaja yang mati nanti, masih okey lagi, tapi macam mana kalau mukanya tercedera dan dia menjadi cacat begini…" Zhang Yang menarik pipinya dan mengajukkan raut wajah aneh. Wei Yan Er yang terperanjat itu serta-merta membuang penyembur lada itu ke lantai.

"Kak, aku arahkan kau duduk di belakang sekarang juga!"

"Hei, budak kecil, berani kau sekarang, ya? Berani kau cakap begitu dengan aku?" Han Yin Xue yang mabuk itu memanjangkan tangannya dan mencubit pipi Wei Yan Er.

"Han Yin Xue, tak guna! Kau ini gemuk betul, macam mana kau boleh berat macam ini?!" Wei Yan Er cuba memapah Han Yin Xue memasuki bahagian belakang kereta, tetapi dia berasa letih dalam melakukannya.

Zhang Yang menggeleng kepalanya dan membuka pintu belakang kereta. "Biar aku angkat dia ke belakang!" Dia terus menarik Han Yin Xue daripada tempat duduk pemandu ke bahagian belakang dan menutup pintu tersebut.

Dia kemudian memandu dengan penuh mahir menuju ke arah rumah mereka.

Dalam kehidupannya yang lepas, Zhang Yang telah membeli sebuah kereta mewah yang sama jenamanya seperti kereta yang dipandunya sekarang dan dia sangat menyayangi keretanya itu. Selepas beberapa hari tidak memandu, dia benar-benar merindui keretanya.

Zhang Yang berhenti di hadapan sebuah bangunan kediaman setinggi 30 tingkat. Wei Yan Er membantu Han Yin Xue keluar dari kereta tersebut dan memasuki bangunan kediaman itu.

"Yan Er, mari takutkan orang dengan solekan menyerupai hantu!" Han Yin Xue tertawa dengan tidak senonoh.

Mata Wei Yan Er bercahaya. "Jom! Kita tukar baju dulu!"

Zhang Yang merancang untuk berlalu pergi sebaik sahaja dia menghantar mereka ke rumah, tetapi setelah dia terdengar apa yang baru mereka katakan, dia dapat merasakan mereka akan keluar semula untuk mencetuskan kekecohan. Zhang Yang beralih ke satu kawasan dan berdiri di sana untuk memerhatikan apa yang mereka akan lakukan.

Tidak lama selepas itu, kedua-dua gadis itu keluar dengan mengenakan pakaian berwarna putih serta rambut kusut-masai dan solekan menakutkan. Wajah mereka yang sebelum ini cantik kini pucat lesi. 

Mereka tertawa dengan tidak senonoh dan berdiri di pintu lif.

"Ding!"

Apabila pintu lif itu terbuka, seorang wanita kaya dalam lingungan umur 30an keluar sambil memegang anjing Chihuahuanya. Kedua-dua gadis itu mendekati wanita tersebut, perlahan-lahan memusingkan kepala mereka, dan memandangnya dengan mata yang bergolek ke atas untuk menunjukkan hanya mata putih mereka!

"Ya Tuhan!" Wanita kaya itu ketakutan. Dia yang terperanjat telah melambung anjing peliharaannya dan berlari memasuki semula lif tersebut lantas menekan butang lif dengan panik. "Pa! Pa! Pa!"

Anjing Chihuahua itu beberapa kali berpusing-pusing di udara sebelum jatuh di lantai dan turut berlari ke arah lif tersebut sambil menyalak ke arah kedua-dua gadis itu. "Woof! Woof! Woof!"

Han Yin Xue dan Wei Yan Er sedang ketawa terbahak-bahak.

Zhang Yang pula kebosanan dan mula mengira jumlah orang yang berjaya ditakutkan kedua-dua gadis tersebut. Dalam masa setengah jam, 11 orang telah ditakutkan mereka dan mangsa mereka itu berlari masuk ke dalam lif semula!

Next chapter