webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Hachilles melambaikan tangan kirinya ke langit. Batu-batu meteor yang tidak terkira bilangannya tiba-tiba muncul entah dari mana dan menghujani pemain-pemain di atas tanah!

'-50,000!'

'-50,000!'

Apabila batu-batu meteor menghentam ke bawah, semua orang menerima kerosakan yang dahsyat. Lebih-lebih lagi, hujan meteor tidak berhenti selepas satu gelombang serangan, ia berterusan untuk menyebarkan ketakutan ke atas tanah! Ia meliputi kawasan sebesar 10 X 10 meter. Kawasan permukaan agak luas, walaupun untuk satu serangan AoE!

Itu merupakan kemahiran <Pemerintahan Meteor> kepunyaan bos. Kemahiran itu akan mensasarkan tiga tempat pada satu masa dan menyebabkan 50,000 Kerosakan Api setiap saat. Sasaran-sasaran yang berada dalam jarak efektif serangan-serangan meteor akan menerima 5 serangan. Kebanyakan pemain normal sudah akan mati sewaktu mereka menerima serangan ketiga.