webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

"Siapa itu? Berani kamu cerobohi kawasan puak Z'alok yang agung ini!" Selepas menyedari Zhang Yang telah menceroboh kawasan mereka, Tartarsia menempik kuat. Ia kemudian mengangkat belantan panjang dan besar dan menghayunkannya tepat ke arah Zhang Yang dengan mudah!

Badan orc ini memang tegap dan kuat! Setiap langkahnya menggegar lantai dengan kuat sehingga bergegar bangunan itu. Ada juga rekahan yang muncul di permukaan kristal garam itu. Rekahan tersebut mula merebak seperti sarang labah-labah.

Boom! Boom! Boom!

Satu pertempuran ganas bermula! Bos itu rupanya sangat kuat dan menakutkan. Bos tersebut menghayun senjatanya dalam satu lingkungan jarak yang luas. Sukar untuk mengetahui bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan belantan tersebut. Ia sekuat Sabit Peringkat Suci. Pancaran cahaya berkali-kali terhasil daripada senjata tersebut sementara bos itu menghayunnya dengan ganas.