webnovel

MEMORI CINTA ALIA

Kehidupan yang sederhana menjadikan hidup Alia lebih selesa dan bahagia tetapi kebahagiaannya musnah apabila perkahwinannya diatur dengan jejaka kaya yang tidak dia kenali. Percintaannya dengan Zarul Imran terpaksa dia lupakan apabila dia redha dengan ketentuan takdir untuk hidupnya. "Abang akan tunggu Lia walau macammana pun." -Zarul Imran- "Aku akan pastikan yang aku akan ceraikan kau sebab aku sama sekali tak suka dengan perkahwinan ni, aku benci kau." -Faris Iqwan- "Apa salah saya dekat awak, saya terima perkahwinan ni seadanya walaupun saya tak suka." -Alia Qistina- Iq dah janji pada Naura kan yang Iq akan kahwin dengan Naura." -Naura Adliya- Sepanjang perkahwinan mereka timbul satu perasaan aneh dalam diri Iqwan dan Alia tetapi kehadiran orang ketiga memusnahkan perkahwinan mereka yang baru terjalin. Berjayakah mereka mempertahankan perkahwinan tanpa rela ini untuk selamanya dan bagaimana kisah mereka berempat dalam merebut percintaan dari orang tersayang?.

Nurlaily_Ali · Fantasy
Not enough ratings
2 Chs

Memori Cinta Alia : Bab 1

"Mama."

Sapa Alia ingin bermanja dengan Puan Marina. Bermanja dengan Puan Marina amat disukai dirinya sejak dari kecil lagi walaupun usianya sekarang mencecah 23 tahun.

"Kamu ni tak habis habis nak bermanja."

Tegur Puan Marina apabila anak kesayangannya itu bermanja dengannya setiap kali pulang dari bekerja.

"Hehehe bukan selalu manja dengan mama."

Setiap kali pulang dari bekerja Alia tidak pernah lepas dari peluk dan cium mamanya. Kehidupan yang mama dan ayahnya ajar hidup lah dengan bersederhana sahaja walaupun harta kita banyak. Harta ayah nya tiada lah banyak sangat, tetapi cukup lah untuk mereka makan dengan company kecil yang mereka ada.

"Hah elok lah tu, asyik nak manja dengan mama kamu, dengan ayah taknak manja pulak."

En Ahmad yang mendengar perbualan dua beranak tadi terus mencelah tetapi dengan nada yang merajuk. Tak sangka puterinya yang satu ini amat manja dengan mamanya, mungkin dulu dia terlalu garang dengan Alia tetapi dia garang ingin membentuk serta mendidik Alia menjadi manusia yang benar, tidak tinggalkan solat, hormat orang tua sentiasa memaafkan orang lain dan sentiasa sabar dalam segala suatu hal.

"Alaa, ayah pun nak jugak ke."

Celah Alia. Tak sangka yang En Ahmad menginginkan kemanjaan nya juga. Aduhai bukannya dia tidak mahu bermanja dengan En Ahmad tetapi dia kurang rapat dengan ayahnya berbanding mamanya.

"Eh kamu ni, dahlah ayah nak naik atas dulu nak mandi. Kamu tu jangan lupa mandi lepastu solat terus."

Pesan En Ahmad. Dia senang dengan anaknya yang mendengar kata kata dan tutur bicaranya lembut sekali seperti selembut hati isterinya. Sungguh bahagia dirinya ketika ini apabila memandang anaknya yang semakin membesar.

"Yelah Ayah, Alia tahulah."

Jawab Alia seraya bingkas bangun menuju ke biliknya untuk menunaikan kewajipan kepada Allah. Usai sahaja solat isyak, mereka bertiga menikmati makanan di meja makan tetapi En Ahmad mencari waktu yang sesuai untuk memberitahu perihal lamaran anaknya daripada Datuk Saiful, sahabat lamanya.

"Ayah nak Alia kahwin dengan pilihan ayah dan mama."

Beritahu En Ahmad dengan tiba tiba. Dia tahu anaknya pasti terkejut dengan keputusan yang baru dibuatnya tapi dia teringin berbesan dengan Datuk Saiful lagipun janji mereka ingin menyatukan anaknya akhirnya berjaya.

"What!?."

Terkejut Alia mendengar keputusan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengan dia. Ah kenapa perkara macam ni harus terjadi dalam hidup dia.

"Yes, ayah nak kamu kahwin dengan pilihan ayah."

Jelas En Ahmad menandakan dia yakin dengan keputusannya.

"But ayah, ayah tak mintak persetujuan dari Lia."

Jelas Alia ingin membantah keputusan ayahnya. Untuk berkahwin dalam seawal usia 23 tahun, oh no aku tak bersedia lagi and lagipun aku tak kenal pun siapa lelaki tu.

"Ayah tak perlu mintak persetujuan dari Lia dan sekarang ayah nak Lia ikut kata ayah."

Kata kata dari En Ahmad sudah sampai penutupnya. Lagipun dia tidak mahu anaknya berkahwin dengan bukan pilihannya

"Ma, help me Ma. Lia tak sanggup nak kahwin dengan Lia tak kenal."

Kali ini Alia meminta simpati daripada mamanya pula tetapi hampa apabila melihat mamanya hanya mampu berdiam diri sahaja.

"Ayah, Lia dah ada orang lain yang Lia sayang."

Jujur Alia mengenai teman lelakinya yang dia sembunyi dari mama dan ayahnya. Biarlah sekiranya rahsia itu bocor, jika dapat menghindarkan dia berkahwin dengan pilihan ayahnya.

"Then putuskan."

Singkat sahaja jawapan dari En Ahmad menandakan dia tetap dengan keputusannya mengenai perkahwinan anaknya dan anak Datuk Saiful.

"What ayah?. Lia tak cintakan langsung dengan anak kawan ayah tu."

Kali ini rasa hormatnya hilang apabila ayahnya tetap memaksa dirinya untuk berkahwin.

"Kenapaa Lia kurang ajar sangat ni, ayah tak pernah ajar Lia kurang ajar macamni. Ayah tetap dengan keputusan ayah. Kalau kamu dengan budak lelaki yang kamu sayang sangat tu ayah tak kan restu."

Kali ini giliran En Ahmad pula membidas. Tak sangka anaknya bisa kurang ajar sampai macamtu sekali. Dia terus meninggalkan anaknya bersama dengan isterinya agar isterinya dapat menenangkan keadaan anaknya.

"Maa, Lia tak kenal lelaki tu."

Kaliini dia cuba berbincang dengan mamanya dan air matanya berjuraian jatuh disebabkan keputusan ayahnya sebentar tadi.

"Sayang, Lia tahukan kalau ayah dah buat keputusan macammana."

Pujuk Puan Marina. Tahu sangat dengan suaminya itu apabila membuat keputusan tidak pernah berbincang dengan orang lain. Lagipun dia memang kenal dengan keluarga Datuk Saiful.

"Tapi Maa... "

Bantah Alia tidak mahu terus menerus terhimpit dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Ah dugaan apa kali ini yang kau berikan padaku Ya Allah.

"Lia, keluarga dia orang baik and mama percaya yang Iqwan akan jaga Lia dengan baik."

Pujuk Puan Marina.

"Jadi nama dia Iqwan?. Mama pasti dia boleh jaga Lia?."

Soal Alia menginginkan kepastian daripada mamanya sendiri.

"Ya nama dia Iqwan and mama percaya yang dia boleh jaga Lia macammana ayah dan mama jaga Lia. Terima takdir Lia ya nak."

Terang Puan Marina ingin menyakinkan perasaan anaknya. Dia tahu kena ada cara nak pujuk anaknya itu, tak boleh terlalu tegas tetapi kena lembut dan terangkan secara baik baik.

"Okay Ma, mintak maaf ma. Lia penat nak masuk bilik dulu."

Beritahu Alia lalu segera bangkit menuju ke biliknya ingin mencari ketenangan. Serentak dia teringat sewaktu dia menengking ayahnya tadi, ah sudah berdosa dirinya pada ayah. Tetapi bagaiamana dengan Abang Im?. Cinta pertama dia.

"Mama tahu yang Lia kuat dengan semua ni."

Bisik hati kecil Puan Marina dan dia rasa Lia cukup kuat dengan semua ini. Dia takut anaknya akan berjauhan dengan dirinya apabila tahu yang dia juga turut bersetuju dengan cadangan suaminya itu.

Pintu bilik dikuak, air mata yang ditahan tadi semakin mengalir apabila dia rebah di atas katil tanda tidak mampu menahan perit di hati. Ya Allah andai ini takdirku aku terima Ya Allah.

"Maafkan Lia abang Im."

Bisik Alia. Kasihan pada Imran akibat terlalu lama menunggu dirinya dan sekarang dia terpaksa kata pada Imran yang dia akan berkahwin dengan orang lain. Boleh terima kah lelaki itu?. Permudahkanlah urusan hambamu ini Ya Allah.

"Em macammana dengan Lia."

Soal En Ahmad pada isterinya sebaik sahaja isterinya itu masuk ke dalam bilik. Takut pula yang anak itu akan berkurung dalam bilik pada esok hari akibat tidak dapat terima keputusan dari dirinya.

"Abang ni kot ya pun nak cakap tu biar lembut lembut sikit dengan dia."

Marah Puan Marina tanda dia tidak berpuas hati dengan cara suaminya memberitahu keputusannya itu.

"Abang tak reti lah, lagipun kita kena didik dia, tengok tadi yang dia kurang ajar dengan abang."

Jawab En Ahmad.

"Em yelah bang, tapi tengoklah besok kalau dia setuju."

Beritahu Puan Suraya tapi dia tahu anaknya sudah setuju. Dia tahu anaknya pasti dapat terima dengan ketentuan takdir hidupnya.

"Hah yelah, baguslah kalau dia setuju."

Kali ini giliran En Ahmad pula bercakap lalu dia terus melelapkan mata apabila masalah anaknya tadi sudah diselesaikan oleh isterinya. Dia tahu yang perangai anaknya itu ikut perangai isterinya tetapi perangai keras kepala pula ikut dirinya pula.

Alia terus menangis mengenangkan hidupnya yang bakal kahwin tanpa kerelaan hatinya dan lelaki yang bernama Iqwan itu dia sendiri tidak kenal, inikan pula hendak berkongsi hidup dengan lelaki itu. Setujukah lelaki itu untuk berkahwin dengannya. Siapakah lelaki itu?. Pelbagai soalan bermain dalam fikirannya ketika ini.

Hidup tidak akan bahagia jika kita berbangga dengan harta dunia.

Hidup tidak akan bahagia jika kita tidak dapat restu dari orang tua.

Kasih sayang amat penting dalam sebuah keluarga.

Jadi sentiasalah berkasih sayang