Sekeliling aku hanya hutan belantara. Berjalan di dalam gelap ditemani cahaya bulan yang samar-samar kerana diselindung awan yang tebal amat menakutkan. Hanya bunyi cengkerik dan haiwan atau serangga yang tidak dapat aku kenal pasti menemaniku di saat ini.
'Dasar lelaki dayus! Patut ke tinggal aku sorang-sorang kat tepi japan tadi?' bebelku dalam hati.
*Ulang tayang
4 jam yang lalu.
"kau turun sini nanti Bad ambil kau" kata Pun.
"seriuslah tunggu kat tepi hutan ni?"
"seriuslah. nanti dia datang."
2 jam aku menunggu tiada satu kereta pun yang lalu.
"pssss"
aku toleh belakang. "siapa tu?"
"here here"
tanpa fikir panjang kakiku melangkah kedalam semak mencari punca suara.