webnovel

M.A.G.I.X [ MALAY ]

Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.

Ezakiel02 · Fantasy
Not enough ratings
17 Chs

ELEMENTAL 7 : GUA RAHSIA

Cuaca pada petang itu sungguh mendamaikan ditambah dengan bunyi cicipan burung-burung di sekitar hutan yang menghijau. Kelihatan suatu susuk tubuh seseorang sedang duduk di atas sebuah batu yang agak besar bersebelahan pintu gua yang ternganga luas.

Hadi sedang menunggu kawan baiknya, Azyad. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di situ. Dia melihat jam yang dipakai kemas pada sebelah tangan nya. Jam menunjukkan 5.15 petang, sudah 15 minit masa berlalu daripada waktu yang disetujui.

"Mana budak ni??" Hadi mengeluh sendirian sambil membetulkan kaca mata yang dipakainya.

Dia bukan seorang yang rabun. Penduduk Magix tidak ada seorang pun yang mempunyai masalah penglihatan. Hal ini kerana, tenaga magix di dimensi tersebut mampu mengatasi kecacatan penglihatan.

Kaca mata yang dipakainya itu merupakan kaca mata khas yang diciptanya menggunakan kuasa Unsur Semulajadinya iaitu mampu mengawal teknologi. Dengan kaca mata tersebut, dia mampu menganalisis segala objek yang dia nampak dan mentafsir data-data untuk kegunaannya.

Azyad dan Hadi, kedua-duanya berkongsi hobi yang sama iaitu suka mengembara dan 'explore' benda baru. Hutan menjadi tempat ikonik untuk mereka mengisi masa lapang. Tempoh hari, mereka telah terjumpa sebuah pintu gua. Namun, pada waktu itu hari sudah lewat petang. Mereka bersetuju untuk masuk ke gua tersebut di hari lain.

Bahaya? Bagi mereka berdua, tiada istilah bahaya dalam kamus hidup mereka. Kedua-dua mereka merupakan putera daripada dua buah kerajaan besar di dimensi Magix. Azyad merupakan putera sulung Kerajaan Flama manakala Hadi merupakan putera bongsu Kerajaan Tekno. Jadi masing-masing dilengkapi dengan ilmu persilatan dan petempuran yang menjadi warisan turun temurun kerabat diraja.

Yang lebih menarik, kesemua kerajaan dipimpin oleh sultan-sultan berketurunan Melayu kecuali kerajaan Fantaxia yang mengamalkan sistem republik dalam memilih pemimpin. Hal ini demi menjaga segala kepentingan dan warisan bangsa Melayu.

Wajah Hadi yang resah tiba-tiba berubah mengukir senyuman apabila melihat kelibat yang dinantinya.

Dari jauh kelihatan seseorang sedang bergegas dengan wajah terburu-buru. Rambutnya semulajadi berwarna merah gelap beralun dek angin. Wajahnya yang cerah, terdapat juga bintik-bintik coklat di kedua pipinya menambah kesempurnaan wajahnya.

"Ha-Hadi, huh... huh... sorry aku....lambat" Tercungap-cungap Azyad bersuara sebaik tiba di hadapan kawan baiknya, Hadi.

"Takpe-takpe, kau tenangkan diri dulu haha." Hadi tidak mengeluh, dia faham akan keadaan kawannya itu.

"Aku lambat sebab.... tadi mak aku suruh vakum bilik dulu... huhu." Azyad cuba memberi penjelasan.

"Dayang, takde ke" Hadi berasa hairan.

"Mak aku nak aku berdikari, hehe kau faham2 jela"

"Dah la... Jom masuk" Azyad mengajak.

Tanpa membuang lagi masa, mereka terus masuk pintu gua itu.

✨✨✨

"Aku dapat rasakan sesuatu yang special tentang dia tu" Wasil bercakap dengan dirinya sendiri sambil mengambil cawan dan mengisi air menggunakan filter berjenama 'Moway'.Jenama filter yang paling masyhur di Malaysia.

Sedang tenang-tenang minum.Tiba-tiba,

HAAAAAAAA!!!!?!?

Jeritan yang menggegarkan kediaman itu membuat Wasil tersedak. Dia terus bergegas menaiki anak tangga menuju ke bilik Izzat dimana datangnya jeritan tadi. Sebaik dia sampai, dia terus memulas tombol membuka pintu bilik tersebut.

"Izzat, kenapa-" Suara Wasil tersangkut, matanya terbeliak. Kesemua barangan di dalam bilik tersebut sedang terapung-terapung. Mujur kipas tidak terbuka, hanya berpendingin hawa.

Matanya masih meliar mencari Izzat, dia tidak nampak kelibat rakannya itu.

"Err, Wasil.... aku kat atas ni... " Wasil segera mendongak kepalanya. Izzat tersengih-sengih sambil terapung hampir menyentuh siling biliknya.

"Ape yang kau dah buat niii... ahahahahaha" Wasil mula menahan ketawa.

"Daripada kau gelak2 tu baik kau tolong aku... huhu" Izzat tidak tahu hendak buat apa, dia masih tidak tahu mengawal kuasanya itu. Wasil masih dengan gelak sakannya.

Tiba-tiba, segala barangan yang terapung mula jatuh.

"Ehh, alamakk macam mana ni" Suasana mula berubah, semua barang ditarik semula oleh graviti termasuk tubuh Izzat yang berada setinggi 2 meter daripada lantai. Tubuh Izzat mula jatuh ke bawah.

"Izzaaaaaaatttt" Wasil menjerit.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa-" Suara Izzat terhenti apabila tubuhnya terhenti, wajahnya dengan lantai hanya sejengkal. Rupa-rupa Wasil sempat menggunakan kuasanya menyelamatkan Izzat daripada menghentam lantai.

"Fiuhh, nasib baik sempat." Wasil menghela nafas lega. Wasil juga merupakan seorang putera diraja, tidak hairanlah dia mempunyai refleks yang cekap.

Segala barangan bersepah merata di biliknya. Izzat kembali berdiri dan membetulkan dirinya.

"Huh, terima kasih do...."

"Hahaha same2"

"Aduhh, bersepah dah bilik aku ni.... hmmm"

"Alaa, takpe. Yang penting kita dah tahu, kau memang ade kuasa macam aku."

"Betul jugak-"

Tiba-tiba, telefon milik Izzat berdering. Kedengaran ringtone, namun kelibat telefon tersebut tidak kelihatan.

"Weh, carikan telefon aku." Izzat mengajak Wasil mencari telefonnya yang masih berdering dengan ringtone lagu 'black pink'.

Selang 10 saat mencari,

"Dah jumpa! nah." Wasil yang menjumpai telefon tersebut di celahan bawah katil segera memulangkan semula telefon tersebut kepada Izzat.

Wajah Izzat mula berkerut. Pada paparan skrin telefonnya, kakaknya sedang menelefonnya. Walaupun hari ni merupakan hari pertama tahun baru, Kakaknya perlu bekerja. Izzat sama sekali tidak mengetahui pekerjaan kakaknya itu.

"Kakak?" Izzat berbisik sendiri. Dia segera menjawab panggilan kakaknya itu.

"Helo, Izzat." Kedengaran suara kakaknya di talian.

"Ya, kakak. Kenapa call?"

"Nanti dalam pukul 6, kakak balik rumah. Tolong angkatkan barang. Berat barang2 ni."

"Ouh, okay nnti Izzat tolong."

"Haa lagi satu. Kenapa lambat angkat telefon?"

Izzat tersengih sendirian.

"Izzat tengah buat apa dengan Wasil tuu?"

"haaa- buat ape je... ma-mane buat pape! kitorang sembang2 jela" Izzat mula menggelabah. Wasil pelik melihat gelagat Izzat.

"Haha, okelah sikit lagi akak sampai..."

"Okey2.."

Sejurus selepas itu, panggilan telefon dimatikan.

"Sape tu?" Wasil bertanya sebaik sahaja Izzat habis berbual.

"Akak Rania. Dia mintak kita tolong angkat barang nanti pukul 6." Izzat melihat jam yang tergantung di dinding. Pukul 5.40 petang.

"Haa, sambung berlatih!" Wasil mengarah. Wajahnya masih tersenyum teringat peristiwa sebentar tadi.

✨✨✨

"Dalam jugak kita dah masuk gua ni... macam takde pape je" Hadi bersuara memecahkan kesunyian gua yang kelam itu.

Memandangkan Azyad merupakan pengguna unsur api, dia telah menggunakan kuasanya membuat sebuah bebola api menggunakan sebelah tangannya. Dengan bebola api itu, cukup membekalkan cahaya menerangi jalan sepanjang gua.

"Hmm, macam takde pape- Ehh" Azyad hampir bersetuju dengan kata sahabatnya namun tiba-tiba matanya tertangkap dengan sesuatu.

"Hadi, cuba kau tengok ni... Ni bukan batu dinding gua- macam tembok batu bata je" Tangan Azyad menyentuh permukaan batu tersebut.

"Bagi aku scan kejap." Hadi menekan satu butang kecil pada sisi kanan kaca matanya. Kemudian, muncul beberapa alur cahaya keluar lalu mengenalpasti batuan pada dinding gua tersebut.

"Ape yang kau dapat?" Azyad pula bersuara.

"Hmm menarik" Hadi sepatah bersuara. Dengan kaca matanya itu dia mampu melihat segala yang tersimpan di sebalik dinding tersebut. Terdapat automaton yang tersingkap di situ. Penuh debu , habuk , juga sarang labah-labah.

"Azyad, kau cuba tolak batu bentuk segi empat tu." Hadi mengarah.

"Yang ni ke?" Azyad mahu kepastian.

"Haah." Hadi sepatah membalas.

Azyad segera menolak batu tersebut. Benar tekaan Hadi, batuan tersebut boleh ditekan ke dalam. Seketika kemudian gua tersebut bergegar.

Azyad dan Hadi, kedua-duanya terkedu. Sebuah pintu muncul secara tiba-tiba pada dinding gua yang tadinya kosong.

"Jom masuk." Hadi mengajak.

Mereka berdua masuk melalui pintu tersebut.

✨✨✨

Wasil dan Izzat sedang bergerak menuju ke pintu rumah. Diluar, kelihatan Rania sedang menunggu kehadiran mereka. Cuaca pada petang itu mendung. Jarak antara pintu rumah dengan tempat letak kereta kira-kira 7 meter.

"Izzat, Wasil, sini tolong! " Rania melaung ke arah mereka berdua sambil mengeluarkan barang-barang daripada but kereta Toyota Vios. Izzat dan Wasil masih di pintu sedang menyarung selipar. Rania mula melangkah sambil membawa barang ke arah mereka.

Tiba-tiba, suasana seakan-akan mati. Tiada udara bertiup, suasana sungguh sunyi.

Mata Wasil membesar. Secara spontan dia bersuara,

"Unsur Semulajadi : Pecutan Kilat!" Tenaga cas-cas elektrik mula menyelubungi diri. Cas-cas mula terkumpul pada kedua belah kakinya.

"Wasil?" Izzat mula berasa hairan dengan tingkah laku kawannya itu.

Masa seakan-akan terhenti.

Sekeliling mula menjadi perlahan.

Sekelip mata, Wasil yang dari tadi bersebelahan Izzat lenyap lalu muncul bersebelahan Rania. Wasil memegang kedua bahu Rania lalu menghilang. Kemudian, muncul semula di but kereta. Rania terkejut.

Tiba-tiba, tepat di tempat Rania membawa barang tadi muncul bebola merah terang bersalut dengan bayang-bayang kegelapan.

Angin menjadi liar. Dedaun pada pohon sekitar luruh akibat tekanan yang tinggi terhasil akibat bebola kuasa yang muncul secara tiba-tiba.

Izzat terkedu.

"Bebola kuasa ni....." Hatinya bersuara. Memorinya mula teringat akan peristiwa semalam.

"Raksasa.... semalam?" Dua pasang tanduk hitam mula keluar dari celahan cahaya merah menyala itu.

Wajah Wasil menjadi serius dan matanya tepat memandang tajam ke arah cahaya itu.

-BERSAMBUNG-