webnovel

Love Blue Flowers

kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar. Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.

Irlylune · Teen
Not enough ratings
52 Chs

Love Blue Flowers

ANAK mata Nazrul Hadif melilau mencari kelibat Dania Ng. Dekat berminggu juga dia tidak bertemu dengan pemilik mata sepet dan senyuman manis itu yang kini bergelar menjadi tunangan orang.

Adif mengambil keputusan untuk bertemu dengan pensyarah Dania untuk bertanya jikalau Dania ada memasuki kelas ataupun tidak. Agak pelik pula apabila Dania hilang secara tiba-tiba tanpa khabar berita.

"DIA dah berhenti. Lama dia berhenti dari sini. Katanya dia dapat tawaran sambung belajar di Terengganu." Adif terlopong. Lah? Kalau sudah dapat tawaran di Terengganu kenapa pula tidak maklumkan kepada dia?

"Terima kasih ya Puan." Senyum. Belum sempat Adif melangkah, pensyarah Dania memanggil nama Adif.

"Dania dah bertunang ke?" Soal puan Athirah seraya menatap wajah pelajarnya.

"Dah..."

"Bila dia bertunang?" Soal puan Athirah lagi.

"Bulan lepas. Dah lama jugak. Bulan ni atau bulan depan dia kahwin." Banyak pula soalan puan Athirah kalini. Haih nasib kaulah Adif sayangkan sangat si Dania hah jawab soalan ni.

"Pelik. Setahu Saya Dania bukan macam tu. Kalau ada event ke mesti bagitahu Saya. Dia okey ke? Sebelum dia berhenti memang pelik. Dia selalu termenung kadang-kadang ada dua atau tiga pensyarah adu dekat Saya sebab Dania lambat hantar kerja. She is the best student. Masuk kelas lambat."

"In Sha Allah semuanya baik sahaja. Maybe dia ada masalah peribadi. Saya pergi dulu prof. Assalamualaikum." Malas nak duduk situ lama-lama terus dia cabut lari.

Jadi tempat yang harus dia tuju ialah Terengganu! Okey doa sajalah ada Dania disana. Bukan apa semalam dia singgah ke rumah Dania namun ibu bapa Dania berkata mereka tidak berjumpa Dania begitu juga dengan Zixuan. Hairan pun ada juga.

Dania tu satu-satunya pewaris tunggal keluarga Ng dan seorang perempuan. Maruah perlu dijaga ini tiba-tiba Dania dan Zixuan hilang. Tapi Zixuan hilang 3 hari sebelum Dania menghilang. Jadi maksudnya Zixuan yang hilang dahulu barulah Dania. Masa mereka tidak sama.

'Ada Aku buat report polis.'

BUNYI alarm telefon pintar menarik gegendang telinga Arif yang masih dibuai mimpi. Kehidupan dia tanpa Naura tidak seperti dahulu. Kalau dulu makan,minum, tidur begitu juga kekemasan diri terjaga. Tapi kini lesap.

Arif mencapai telefon pintar itu lalu mematikan alarmnya. Bingkai gambar di tepi meja katil diambil lalu tersenyum pada gambar gadis yang sedang ketawa disamping seorang lelaki.

Misi mencari Naura masih diteruskan lagi. Dia tidak mahu mengaku kalah lagi. Cukup lah sekali dia kehilangan isterinya. Kalau kali kedua dia kehilangan lagi boleh jadi dia murung sampai ke tua.

Usai mandi, Arif mengambil tali leher kegemaran Naura. Sambil dia memakai tali leher itu, dia cuba mengingat kembali detik mereka bersama. Naura akan memakaikan tali lehernya sambil bernyanyi ataupun mengungkapkan kata cinta.

Keluar sahaja dari bilik, Arif singgah ke ruang meja makan untuk menjamah sebiji epal merah kegemaran isteri juga. Setiap bulan Arif akan membeli beberapa kotak epal buat Naura. Indah sungguh apabila teringat kenangan lama.

"Naura..." Tiba-tiba Arif menyebut nama Naura di ruang meja makan. Qayyum dan makcik Wati yang sedang berkemas di dapur terus mematikan pergerakkan mereka.

"Qayyum, Saya pergi sendiri ya. Awak cuti harini. Bolehlah bawa mak awak keluar makan angin. Dan makcik. Saya balik lambat sebab ada dinner dengan Adif." Mereka berdua mengangguk perlahan. Arif keluar dari rumah sambil membawa hati yang lara. Sejujurnya dia masih belum boleh melupakan Naura Airina.

Pergi ke mana-mana sahaja pasti ada bayangan Naura. Walhal tiadapun gadis itu. Dinner dengan Adif? Huh. Dia cuma mahu mencari di mana Naura berada. Dia risaukan keselamatan Naura yang sedang mengandungkan anak dia.

Kalau dari dulu dia menghalau Putri agaknya perkara ini tidak akan terjadi. Dia berasa serba salah dengan semua orang. Keadaan jadi lebih huru hara. Perang semakin menjadi begitu juga dengan kehilangan orang yang tersayang.

Jikalau masa dapat diputarkan semula, dia tidak mahu bertemu dengan Naura Airina Abdul Dayyan. Dia tidak mahu gadis itu terluka dan merana kerana dia. Cukuplah sekali dia melihat Naura menangis teresak-esak kerana kebebalan dia.

"AKAK duduk rumah seorang je ke? Sunyi sahaja rumah ni." Kata Naura sambil memotong sayur di meja makan.

"Dengan adik akak si Fayyad tu. Dia tu balik sini seminggu sekali. Lagipun dia tu kerja designer jadi dia lebih suka tidur dekat pejabat dia yang berseni tu, Rina." Balas Farhana sambil membawa lauk udang masak sambal ke meja makan.

"Harini dia balik ke? Tiba-tiba je akak masak banyak."

"Haah. Tapi dia tak tahulah Rina ada kat sini. Rina kan baru pindah." Naura senyum. Bersyukur dia bertemu dengan jiran yang baik hati seperti kak Farhana. Tidak sampai sebulan dia duduk di situ tapi kejiranan di situ amat menyenangkan.

Mereka memahami situasi Naura dan mereka juga menganggap Naura seperti anak mereka.

"Assalamualaikum kak Hana." Pintu dikuak oleh jejaka yang memakai kemeja berlengan panjang berwarna biru gelap dan berseluar hitam itu memasuki ke ruang tamu tanpa mengetahui Naura Airina disitu.

"Waalaikumussalam." Senyum. Naura pula yang gelabah di meja makan. Hah sudah apa dia nak buat ni. Sudahlah ini kali pertama dia bertembung dengan lelaki setelah melarikan diri ke Terengganu.

"Jiran baru?" Teka Fayyad. Naura mengangguk perlahan.

"Fayyad Mikael. Panggil je Fayyad."

"Naura Airina. Panggil Naura boleh Rina pun boleh." Senyum. Farhana yang sedang melihat mereka berdua dari dapur terus tersenyum.

"Rina dengan Fayyad gi lah duduk kat sana. Akak nak masak ikan goreng kejap. Sambil-sambil tu borak lah."

"Eh tak apalah kak. Biar..." Mata Farhana terus membulat kepada Naura yang ingin mencelah. Fayyad ketawa kecil.

"Akak nak teh ais tau." Pesan Fayyad yang sudah duduk di ruang tamu.

"Okey." Sahut Farhana dengan gembira. Naura menghampiri ruang tamu itu dengan langkah yang berat. Dia tidak selesa bersama lelaki yang tiada ikatan dengannya. Lainlah kalau ditemani sekali dengan kak Farhana.

"Berapa bulan pregnant?" Tanya Fayyad secara terang. Naura terkejut dengan sikap Fayyad yang bercakap seperti Maisara. Kalau ada benda nak tahu mesti disoal terus.

"Dah nak masuk 3 bulan." Senyum. Fayyad mengangguk perlahan.

"Tak lama lagi dah ni. Pejam celik dah 9 bulan. Mesti Rina dengan suami tak sabar nak timang anak." Senyum lagi. Perkataan suami itu membuatkan Naura teringat kepada Arif. Alahai rindu ni pergilah jauh-jauh. Shuh shuh jangan dekat.

"Suami mana? Kerja?" Naura mengangguk perlahan. Fayyad pelik. Apa susah sangat nak membuka mulut tu? Buka sahajalah bukan dia nak bercerita satu negara tentang isu rumah tangga mereka. Buatnya suami Rina tiada jadi dia bolehlah suruh jiran tetangga tengokkan Rina ni.

Farhana menghidangkan dua gelas air berisi air teh ais yang dipesan oleh adiknya lalu dia masuk semula ke dapur kerana lupa hendak menanak nasi. Alahai boleh pula terlupa.

"Mesti anak Rina comel macam Arif kan." Kata Fayyad seraya meneguk air teh itu. Naura terpaku. Macam mana?

"Sosial media dah kecoh pasal penulis buku Rina a.k.a Naura Airina telah berkahwin dengan penulis muda bernama Arif Iskandar seorang pakar bedah. Saya pun peminat suami Rina dan Rina juga. Best kan dapat peminat setia macam Saya ni." Senyum. Naura ketawa kecil.

"Jangan malu jangan segan sila tandatangan novel ni." Fayyad membawa keluar sebuah novel Naura yang baru dibeli semalam. Niat dia mahu membaca sewaktu di pejabat terus dimatikan kerana dia terlupa untuk menyiapkan kerjanya.

Pen di atas meja diambil lalu di coret tandatangan di permukaan hadapan novel itu. Dia gembira buat masa kini kerana masih ada yang membaca novelnya.

"Dalam banyak-banyak buku Arif. Saya suka tajuk Istana. Series best and Saya rasa dia tujukan kepada awak." Naura tersenyum. Buku yang telah dilancarkan seminggu lalu. Dia belum sempat membeli buku itu kerana sibuk dengan mengemas rumah jadi dia cuma meluangkan masa bersama buku-buku Arif yang pernah dibeli sahaja.

"Istana yang besar itu hanya dimiliki oleh si Dia. Siapa lagi kalau bukan pujaan hati." Fayyad membaca petikan di bahagian belakang buku itu. Sungguh dia kagum dengan pasangan sejoli yang akan bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Dia peminat Arif dan Naura dia juga menjadi jiran penulis.

'The palace will be destroyed if the king admits defeat.'

Raja sudah mengaku kalah ataupun belum? rasanya belum lagi. Arif masih mencari di mana Naura berada tetapi Naura menganggap Arif tidak mencari dia kerana tiada khabar berita. Arif yang menceraikan dia jadi dia menganggap semuanya telah musnah.

"Permaisuri di hati masih setia menjadi pilihan. Tiada kedua mahu ketiga. Dia yang terakhir yang Aku cinta. Dialah permaisuri istana ini." kata Fayyad lagi setelah membaca halaman pertama novel itu. Ayat yang manis dan romantis itu pun sudah membuatkan jejaka meremang kerana terlalu manis.

'Permaisuri istana dah hilang. Yang tinggal hanya kenangan. Cukuplah sekali Aku disakiti. Aku bukanlah boneka yang dicari sewaktu bosan.'