webnovel

Love Blue Flowers

kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar. Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.

Irlylune · Teen
Not enough ratings
52 Chs

Love Blue Flowers

Adif buntu. Dia tidak tahu kalau-kalau itu hanya bayangan dia ataupun perkara benar. Tapi.. tidak mungkinlah dia itu hanya bayangan mahupun mimpi kerana doktornya cuma berkata dia mengalami amnesia dalam jangka pendek.

"Aku kena bagitahu ke? Tapi bukan abang nak percaya cakap Aku ni." ujar Adif sambil meraup wajahnya. Fikirannya kosong. Tak mampu fikirkan apa-apa lagi. Lagi 4 jam sahaja lagi kenduri tahlil akan bermula dan dia masih belum sempat bertemu dengan Arif.

Tok, tok. ketukan dipintu membuatkan Adif terkejut. Tenaga dari ketukan itu bukan dari Arif mahupun Puan Aina. Ketukan itu amat perlahan dan lembut.

"Apa?" soal Adif setelah membuka daun pintu biliknya. Terjengul kepala Dania dengan riak wajah marah. Adif telan air liur. Seram pula melihat kelibat Dania di petang itu.

"Turun. Kak Naura ngan abang kau suruh

teman Aku gi pasar." Adif kerut dahi. Pasar?

"Pasar tu apa?" Dania tepuk dahi. Hah sudah.

"The pasar is where people always go to buy cooking items. Kinds of vegetables, fish, chicken hah macamtu." Adif mengangguk. Tak pernah pula dia mendengar perkataan pasar. Yang dia pernah dengar pun supermarket.

"Suruh je lah anak makcik Esah beli." Balas Adif sambil berpeluk tubuh. Malas dia nak pergi ke pasar dengan Diana.

"Anak makcik Esah dia pergi potong ayam. Yang kita tak ada kerja ni jomlah. Nanti Aku kena tolong akak ipar kau hidangkan makanan agi. Hah patu Aku kena pilihkan baju untuk kau. Ugh." Bebel Dania sambil menuruni anak tangga. Adif pekakkan telinganya.

"Kau dah bawak ke baju kurung untuk Kak Naura?" soal Adif seraya meneguk air oren Arif. Arif terus mencubit lengan Adif. Penat-penat Naura buatkan air itu untuk dia akhirnya Adif yang minum.

"Dah. Aku bawak 3 pasang agi." langkah mereka berdua terhenti apabila telefon pintar Dania berbunyi.

"Angkat ah." arah Adif seraya membuka pintu keretanya. Dania merengus geram.

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba 10 jam lagi." panggilan dimatikan setelah Dania mengangkat panggilan itu. Berkali-kali nombor yang sama juga melefon dia. Bila block ada pula nombor baru. Marah gini.

Adif memakai tali pinggang sebelum dia menuju ke pasar raya yang berdekatan dengan rumahnya. Dania yang duduk disebelahnya diam membisu. Tidak bercakap. Itu bukanlah Dania yang Adif kenal selama ni.

"Kau.. asal diam?" tanya Adif. Dania masih membisu.

"Dania."

"Aku diam salah. Bercakap salah." Adif garu kepala yang tidak gatal itu. Diana berpeluk tubuh. Entah kenapa dia berasa gugup saat melihat Adif yang kelihatan tampan dengan memakai baju T shirt berlengan pendek tambahan rambut Adif seakan-akan oppa Korea.

Wait. Dania. Kau jatuh cinta ke dengan mamat amnesia ni? 'Ew no Dania! Kau tak boleh jatuh cinta dengan mamat amnesia ni.'

MAISARA berpeluk tubuh saat melihat Putri yang dari tadi berkepit dengan Arif di luar rumah. Sampai naik rimas Arif dibuatnya. Ugh! Apatah lagi Naura yang dari tadi menahan rasa cemburu itu.

"Arif! Minum air dulu." pelawa tok wan sambil membawa dulang berisi air sirap dan kek batik ke meja makan. Tok wan mengambil tempat di seelah Maisara manakala Arif duduk disebelah Isterinya. Naura diam. Dia masih mencuba mengawal perasaan cemburu itu.

Putri masuk ke ruang makan lalu melabuhkan punggung di sebelah kanan Naura. Macaron yang dibuat oleh Maisara itu diambil oleh Arif lalu dia menyuapkan macaron itu kedala mulut Naura. Putri yang melihat kejadian itu mahu sahaja dia menampar wajah Naura. Ugh! GERAMNYA.

"Ni tok wan jemput dia atau dia datang sini?" soalan Maisara membuatkan Naura terdiam. Tak fikirkan perasaan orang lain betul Maisara ni.

"Entah. Tok wan tak ada pula call dia suruh datang sini." pelik juga ketika dia melihat anak gadis bernama Putri datang ke rumah anaknya. Paling pelik dia datang bersama Imran. Ajak gaduh ke?

Putri duduk tersipu malu. Malu? Ni muka tak tahu malu adalah. Geram Maisara dengan Putri ni. Kalau tak ada tok wan disitu memang dia tampar terus Putri.

"Aunty Aina yang suruh Putri datang. Kebetulan Putri ada kat sini. Tu yang singgah." senyum. Maisara pasang wajah dingin. Ew geli pula dia melihat perempuan yang tak tahu malu ni.

"Pergi kedai dengan Kak Tum, Assalamualaikum." Taufiq memberi salam kepada penghuni di ruang meja makan. Semua menjawab salam itu tetapi Naura.. dia diam. Bisu sahaja kerjanya.

Laju sahaja tangan kanan Putri merayap ke tangan kiri Naura yang masih berada di bawah meja. Dia mencubit tangan Naura dengan sekuat hatinya. Naura tidak bergerak mahupun mengaduh. Dia menaha kesakitan itu. Dia tak nak Putri dimarahi oleh Maisara.

'Kau rasakan sakit ni. Macam ni lah sakitnya hati Aku bila kau rampas Arif.'

"Putri, jom balik." ajak Imran yang baru selesai melepaskan 'hajat'. Putri bangun lalu bersalaman dengan tok wan sebelum berangkat pergi ke hotel. Pantas Naura mengosok tangganya dengan laju. Sakit..

USAI menunaikan solat Asar bersama Adif dan yang lain, Arif masuk ke dalam kamarnya untuk melihat keadaan Naura. Dia merapatkan tubuhnya kepada tubuh Naura yang dilitupi dengan selimut.

"Sayang." panggil Arif lembut. Dia mengelus perlahan pipi Naura. Bibir Arif mengukirkan senyuman. Naura sudah tertidur. Mungkin penat sangat dia menolong tok wan dan Puan Aina untuk majlis tahlil pada malam ini.

"Sayang. Bangunlah." panggil Arif lagi. kalini dia merangkul tubuh Naura yang masih melelapkan mata. Naura tidak menyahut panggilan itu.

"5 minit lagi." ujar Naura selang 3 minit daripada Arif berkata tadi. Arif mengangguk. Dia faham Naura masih berasa penat bahkan tadi petang Naura tidak sempat mendekatinya kerana terlalu sibuk dengan kerja di dapur.

Arif mengambil tangan kiri Naura lalu dia mengusap lembut tangan itu. "Arif." cepat-cepat Arif meletak semula tangan Naura ke atas katil. Dia tahu Naura masih belum benarkan dia untuk menyentuh tubuh badan Naura. Apa jenis wanita ini?!

Naura senyum. Dia menggengam erat jari jemari Arif. "Now what?" tanya Arif. Naura tayang senyuman manisnya. Cemburu itu masih ada jadi dia cuba bertindak seperti budak-budak kepada Arif agar Arif tahu bahawa dia dalam keadaan yang baik.

"Sayang, sayang kenapa ni? Muka masam je." Naura menggeleng. Dia okay. Okay sangat melihat Putri duduk berkepit dengan suaminya. Ugh geram mak.

'Tak akan Aku nak bagitahu dia yang Aku cemburu bila Putri nak berkepit je dengan dia. No Naura. No. okay?!'

MAJLIS tahlil pada malam itu berjalan dengan lancar tetapi tidak lancar bagi Naura. Niat dihati mahu sahaja dia membaling meja bulat itu ke arah Putri yang seperti menjadi tuan rumah itu. Naura yang menjadi menantu tuan rumah itupun tak adalah menggedik sangat.

"Aku kalau baling meja ni baru tau." kata Maisara setelah selesai mengambil makanan bersama Dania dan Adif. Dania duduk disebelah Adif manakala Maisara duduk disebelah Naura.

"Asal?"

"Memang family si Putri suka kacau orang eh? Aku tadi nak pergi amek cendol boleh pulak abang dia rembat cendol Aku. Patu tadi Aku nampak Putri dah jadi macam bini si Arif. Nasib baik Putri tak pegang suami kau. Itu kalau dia pegang memang sah kau nampak Aku jadi tarzan." cerita Maisara. Adif tepuk dahi. Aduhai Maisara ni bukan reti simpan cerita. Boleh jadi Naura mengamuk nanti.

"Assalamualaikum." sapa Aliya Natasha dari arah kiri Adif. Adif dan yang lain jawab soalan itu dengan mengukir senyuman.

"Tempat ni kosong tak?" tanya Aliya tentang kerusi disebelah Naura. Naura mengangguk. Baru Aliya nak melabuhkan punggung di kerusi, Arif terlebih dahulu sudah berdehem di belakang.

"Kak Aliya boleh lah duduk kat sebelah Taufiq. Arif nak duduk sebelah isteri Arif. Terima kasih." Aliya memberi izin kepada Arif untuk duduk disebelah isteri tercintanya. Cinta? Cinta untuk Naura atau Putri?

"Abang Arif! Buat apa lagitu? Jomlah ambil gambar." habis. Bala dah sampai. Arif tayang muka marah. Rimas tahu tak rimas? Kalau Naura nak berkepit dengan dia, dia tak kisah tapi ni Putri. Ugh! Marah!!

"Aku kalau tampar muka minah ni kau jangan halang ya Naura." kata Maisara dengan nada kuat. Biar Putri mendengar kata-katanya.

"Before Aku yang tampar kau baik kau diam." Mula dah dua makhluk ni nak bergaduh.

"Eh perempuan ni kau tak sedar diri ke? Dah tahu Arif dah kahwin asal kau terkinja agi dengan dia? Naura ni kecik besar je tengok kau." ujar Maisara. Naura malu. Sudahlah ramai orang pada malam itu.

"Really? Oh my god. Kau nak aku menangis ke tengok dia rampas jodoh Aku? Perempuan ni sepatutnya yang kena sedar diri. Mata duitan, buruk, tak lawa, tak ada perasaan, hati hitam, miskin patu naik kereta sewa."

"Halah kau tu naik kereta kancil. At least dia pakai kereta honda. Setakat kancil bukan taste dia ah." balas Maisara.

"Aku tak semurah dia! Mana tahu dia dah gunakan Arif untuk.."

PANG! Arif menampar wajah Putri. Imran yang rancak berborak dengan jiran yang lain terus berlari ke arah adiknya.

"Kau memang tak kira tempat dan waktu eh cari pasal dengan Aku." kata Putri. Air matanya mengalir laju di pipi. Maisara dan Dania gelak sinis.

"Putri!" jerit Maisara dan Arif.

"Aku diam sebab Aku bersabar dengan kau. Tapi kau kena ingat yang sekarang ni Aku isteri Arif. Kau tak ada hak untuk rosakkan rumah tangga Aku. Kau tak ada hak nak buat Aku marah macam ni. Kau tak ada hak nak cubit tangan Akulah. Kau berkepit dengan dia je. Aku ni jadi pokok. Maruah kau mana? Hilang?" Air mata Naura pula mengalir. Lama dia bertahan dengan sikap Putri ni. Arif menepuk belakang Naura dengan lembut.

"Kau bawak dia balik Imran." arah Puan Aina. Seram pula dia melihat menantunya saat marah. Imran menarik tangan Putri namun Putri masih berkeras tidak mahu bergerak walau setapak.

"Aku tak nak!" jerit Putri seperti orang gila.

PANG! giliran Maisara pula menampar pipi Putri.

"Maisara!" kata Naura dengan terkejut.

"Aku dah kata jangan halang." Baru sahaja Putri mahu mengangkat tangganya untuk menampar Maisara. Taufiq menghalang pergerakkan Putri. Tangan kiri yang diangkat terus diletakkan ke bawah.

Aliya memerhati si Taufiq. Layanan Taufiq pada Naura ataupun orang lain amat berbeza. Kalau dulu Taufiq tidak akan masuk campur walaupun itu melibatkan nyawa seseorang tapi kini. Baru Putri nak tampar Maisara terus Taufiq halang pergerakkan itu.

'You don't deserve to have a special person in your life, Taufiq. Should I change victims in this project? Maisara. Now you will lose the person you love, Taufiq Sufian.'