webnovel

Lollipop!(Malay)

Cinta yang tak pernah singgah dan tak pernah pergi.

max_murni · General
Not enough ratings
30 Chs

Bab 9

Suara Jeremy bergema didalam perhentian bas itu; membuatkan semua isinya tertumpu kepada mereka berdua, termasuklah Dani yang masih duduk menunggu Rita sejak tadi.

'Aku dah agak…dah.' Dani melayangkan pandangannya kepada Rita yang kelihatan tunduk berhadapan Jeremy.

"Saya dah lama perhatikan awak.. dan saya.."

"Maaf… Tapi aku dah ada seseorang yang aku suka." Rita mengangkat kepalanya; memandang tepat ke anak mata lelaki itu.

"Hah?" Jeremy kelihatan terpinga-pinga dengan jawapan Rita.

"Aku hargai perasaan kau pada aku Jerry. Dan percaya atau tak, aku faham perasaan kau sekarang; tapi aku betul-betul harap kita boleh kekal sebagai kawan lepas ni." Gadis itu kelihatan tulus dengan percakapannya; membuatkan Dani yang dari tadi memerhatikan mereka dari jauh; turut tersenyum.

"Tapi, Rita; tak bolehkah awak dengar dulu apa yang saya nak cakapkan? Saya…"

"Jeremy…"

"…" Jeremy membatu apabila gadis itu memotong ayatnya;

"Kau kawan yang baik, Jeremy. Dan aku tak nak kehilangan seorang sahabat yang baik dan caring macam kau semata-mata kerana fasa cinta monyet ni. Aku harap kau faham maksud aku." waktu itu dia sedar yang dia sememangnya tak pernah ada dalam hati gadis idamannya itu.

"Saya faham. Saya pun tak nak kehilangan kawan seperti awak semata-mata sebab benda bodoh macam ni."

"Jerry, perasaan tu bukan bodoh. Ia salah satu fasa untuk kita membesar dan jadi lebih matang lepas ni. Lagipun, semua yang berlaku bersebab; walaupun perkara negative atau kecil sekalipun. Cuma cara kita handle perkara tu saja yang harus diambil kira; betul tak?" Terang Rita panjang lebar; selari cuba mengekalkan nadanya.

"Hmm…" Walaupun tampak agak kecewa, Jeremy masih memaksa sebaris senyuman kelat pada Rita.

"So, Kita okay? Kita masih lagi kawan, kan?" Rita tersenyum sambil mengangkat keningnya; dibalas Jerry dengan mengangguk dan senyuman.

"Mestilah… walaupun saya tak dapat jadi seseorang yang special dalam hati awak, sekurang-kurangnya saya nak jadi kawan terbaik awak."

"Hah! Macam tulah! Okaylah; aku nak pergi tunggu pak cik aku di sana. Jumpa esok, ya? Bye!"

"Rita…" Gadis itu berjalan laju sebelum panggilan namanya didengar dari belakang.

"Ya?"

"Dani, kan?"

"Hah?" matanya terbeliak mendengar nama Dani disebut Jeremy.

"Orang yang awak suka; Dani, kan? Sebab tu awak boleh faham perasaan saya tadi." Dari menidakkannya, Rita hanya memandangnya sambil tersenyum.

"Aku pergi dulu, ya?" Rita melambaikan tangan sebelum berlari anak ke sisi Dani yang masih memandang ke arah mereka.

"Aku nak tengok selama mana kau boleh bertahan macam ni, Dani…" Jeremy mengomel selari memandang tajam ke arah mereka; ternyata dia masih tak berpuas hati tentang perihal tadi.

Aku melabuhkan punggungku ke atas kerusi perhentian bas, duduk betul-betul bersebelahan dengan Dani sambil melepaskan keluhan.

"Awak ok?" Suara Dani kedengara tenang seperti biasa; aku cuba untuk mengelak dari bertentangan mata dengannya setelah peristiwa janggal yang baru sahaja berlaku tadi.

"Ok… Cuma terkejut sikit."

"Kenapa pula?"

"Yalah… tiba-tiba ada orang confess dengan saya… mestilah terkejut. Cuba kalau awak yang…" Aku terdiam dengan ayatku sendiri; lalu memejamkan mata rapat.

'Apa yang aku cakapkan ni? Kalau Dani yang kena confess? Bukan kau ke yang dah confess pada dia dulu? Yang kau nak ungkit balik perkara lama tu, dah kenapa; pandai!' Aku memarahi diriku dalam diam; berharap yang Dani tidak perasan akan kata-kataku tadi.

'Aku rasa baik aku tukar topik!'

"Ah, lambat pula bas awak sampai hari ni, ya? Pak cik Joe pun tak nampak batang hidungnya lagi; mesti dia…"

"Rita, saya minta maaf…"

"Eh?"

'Kenapa pula dengan sayang aku ni? Tiba-tiba minta maaf? Dia dah couple dengan mana-mana awek gedik; tanpa pengetahuan aku ke?' Hatiku mula menjadi tidak keruan; bimbang kalau-kalau ada pesaing yang aku tak pernah kenal.

"Kenapa awak minta maaf ni?"

"Bila saya tengok Jeremy tadi, saya teringat masa awak confess pada saya dulu. Masa tu, saya tolak awak; dan saya tak fikir pun perasaan awak masa tu. Bila saya nampak betapa kecewanya Jeremy tadi… saya…"

'Lah… lega aku… aku ingat iyalah dia ada orang lain; fikir banyak sangatlah awk ni; sayang!'

"Dani… benda tu pun dah lepas, kan? Kan kita dah janji nak jadi kawan; tu pun dah lebih dari cukup bagi saya. Saya tak ambil hati pun… tapi, kalau bila-bila awak nak tukar fikiran untuk terima saya; awak roger je saya; okay?" Aku mengenyitkan mata selari cuba menghiburkan hatinya.

"Ada-ada sajalah awak ni, Rita…" hatiku lega melihat dia kian tersenyum dengan usikkan ku.

'Tapi, aku serius, Dani…' Ingin sahaja aku menjerit tika itu pabila melihat Dani menaiki bas untuk pulang ke rumah; tapi aku tahu aku takkan mampu. Aku Cuma mampu tersenyum sambil melambai padanya tika itu.

"Kenapa tak mengaku sahaja?" Suara garau yang kedegaran semakin biasa bagiku mengejutkan aku buat seketika; pak cik Joe duduk disebelahku dengan tiba-tiba.

"Pak cik dah sampai? Sejak bila; kenapa tak nampak pun kereta pak cik?"

"Dah lama dah… saja nak stalk anak saudara pak cik yang banyak peminat ni."

'Banyak peminat? Takkan pak cik nampak peristiwa Jeremy confess tadi?'

"Kiranya pak cik nampaklah tadi?" Lelaki yang hampir mencecah usia 30 tahun itu menjebikkan bibirnya selari mengangguk.

"Aduhh!!" Pak cik menjentik dahiku selari tersengih.

"Kasihan budak tadi tu; nampak macam baik. Cintanya ditolak pula dengan budak tak cukup umur ni. Tak berperikemanusiaan betul!"

"Sakitlah! Lagipun, cinta mana boleh dipaksa!" aku memprotes selari menggenggam lengan pak cikku yang masih lagi cuba menjentik dahiku lagi; sebelum berhenti secara mengejut.

"Pandai kau bercakap? Yang kau terkejar-kejar budak laki tadi tu, apa?" kata-kata Pak cik buatku terdiam seketika.

"Or.. Is it that you still have hopes for him to fall head over heels for you, didn't you?"

"Is it even possible?" Aku melayangkan pandanganku ke arah di mana bas sekolah tadi telah berlalu.

"TAK!!"

"Aduhhh!! Pak cik!" Pedih terasa di dahiku apabila dijentiknya lagi.

"Kan dah kena, berangan lagi! Sudah-sudahlah kamu dengan mainan perasaan ni! Bukan kamu nak PMR ke tak lama lagi? Focus on your studies and life; your destined love will somehow find its way! Tak payah nak sibuk-sibuk bercinta bagai!" Bebel lelaki yang bergelar pak cik kepada ku ini.

"Sebab tu tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang!" Aku mengomel selari menjeling kearahnya; dahiku masih terasa sengatnya.

"Ap..apa? Pak cik tak berapa nak dengarlah..." Sengaja Joe menanyakan kembali soalan itu sedangkan dia telah mendengarnya dengan jeas tadi.

"N…Nothing…just, stop being so nosy, my dear uncle… Papa is still waiting for us at home; right?"

"Ah, right… let's get going, then. Nanti lambat; kasihan pula dengan papa kamu tu."