webnovel

Ayahanda telah pergi, Hongyu telah pergi Xuan Mo telah pergi dan sekarang, Mak cik Yun juga telah pergi. Akhirnya, semua orang yang disayanginya telah pergi, meninggalkan dirinya seorang diri jauh beribu batu dari rumahnya. Mungkin dia tidak dapat merasakan lagi kepanasan matahari dan tidak dapat menghidu bau laut yang sedikit masin.

Dia merasakan keinginan yang kuat untuk menangis, tetapi matanya telah kering sepenuhnya. Rasa sakit jantung yang teramat kuat menyerangnya ketika tekaknya secara tiba-tiba merasakan cecair manis yang datang dari dalam badannya. Namun, dia terus berdiri di situ. Hanya apabila seluruh bahagian depan bajunya bertukar kemerahan, Wenyuan kembali sedar dan mula menjerit dalam ketakutan. Selepas burung gagak itu terbang jauh dia terus kepenatan dan jatuh ke tanah. Dalam salji yang tebal, dia merasakan seperti dia dapat melihat kembali Mak cik Yun yang lebih muda, merenungnya dengan lembut sambil memanggil namanya dengan perlahan. Selepas pemergian Mak cik Yun, Nalan Hongye seperti teratai layu yang semakin lemah pada hari-hari berikutnya.

Keadaan cuaca semakin sejuk dan angin yang sangat kuat melanda seluruh benua. Doktor-doktor diraja telah datang berkali-kali ke istana kediamannya pada setiap hari. Walaupun setelah semua jenis ubat-ubatan yang jarang digunakan mula memasuki Istana Dongnan, tetap tidak ada yang berkesan.

Pada tengah hari itu, akhirnya salji mulai reda. Ia bersinar dengan terang dan Wenyuan mengadakan perlawanan salji untuk pekerja muda di halaman rumah supaya Nalan Hongye akhirnya dapat menghirup udara segar di luar biliknya. Dengan memakai jubah tebal yang diperbuat daripada bulu serigala, dia duduk di atas kerusi yang lembut. Bersama sorakan kegembiraan yang menyelubungi seluruh istana, suasana suram kelihatan semakin ceria. Secara tiba-tiba, satu suara lembut kedengaran. Nalan Hongye berpusing dan memberi perhatian untuk mendengar perbincangan di antara Doktor Wang dan Doktor Lu mengenai sesuatu perkara. Ia seolah-olah mereka tidak melihatnya dan telah bercakap dengan kuat. Doktor Wang adalah seorang pegawai dari Song dan kini telah berusia lebih 70 tahun. Nalan boleh nampak yang keningnya bersambung bersama kerutan yang ketat. Walaupun mereka berbual dengan kuat dari kebiasaan, dia hanya mampu menangkap beberapa patah perkataan sahaja dek kerana jarak di antara mereka. Antara perkataan yang dapat ditangkap seperti 'benar-benar letih', 'terlalu fikirkan sesuatu perkara', terlalu penat', 'ubat tidak berkesan'.

"Apa yang sedang kamu berdua bincangkan, Doktor?"

Dengan soalan yang lembut, kedua-dua doktor tersebut akhirnya mendongak ke atas dan melihat renungan Wenyuan ke arah mereka menerusi pintu, sambil Nalan Hongye sedang duduk di sebelahnya dengan tenang, seperti dia telah mendengar dari awal.

Kedua-dua doktor tersebut dengan segera duduk di atas tanah dan mula meminta maaf.

Nalan Hongye tidak bercakap banyak dan hanya berpusing kembali dan meneruskan menonton perlawanan bola salji di antara para pekerja muda tersebut. Dia menganggap dia tidak mendengar tentang perbualan yang telah berlaku sebentar tadi.

Ketika wanita itu sedang menikmati makan malam, Wenyuan berbual dengannya dan menyedari yang Nalan berada dalam emosi yang lebih baik, Lalu, pelayannya mengambil peluang tersebut untuk menambah keselesaan Nalan dengan mengatakan kata-kata doktor-doktor tersebut tidak perlu dianggap serius. Sambil memarahi doktor-doktor tersebut, Wenyuan mengatakan mereka sudah tua dan sudah mula menunjukkan ciri-ciri sakit tua. Nalan Hongye mendengar sambil tersenyum, sebelum meminum ubat dan berlalu pergi untuk tidur lebih awal.

Pada keesokan harinya, terdapat satu kumpulan doktor-doktor baru. Nalan Hongye tidak menentang akan perubahan tersebut, malah patuh kepada doktor-doktor itu untuk menjaga kesihatannya. Walaupun dia kelihatan tidak akan sembuh, keadaanya juga tidak semakin buruk. Kesemua doktor berasa gembira dan mengatakan sejurus musim salji tamat, keadaan Nalan pastinya akan bertambah lebih baik.

Mendengar berita tersebut, semua pekerja berasa tersangat gembira dan kebetulan pula perayaan tanglung akan berlangsung tidak lama lagi. Wenyuan mengarahkan orang-orang bawahan di dalam istana untuk menghias keseluruhan bahagian dalam Istana Dongnan. Dengan kesemua jenis hiasan yang telah digantung, ia kelihatan seperti persediaan untuk majlis perkahwinan. Nalan Hongye kebiasaannya mengetahui apa yang sedang dirancangkan para pembantu istana, tetapi dia tidak menghalang mereka daripada meneruskan rancangan tersebut. Wanita itu hanya melihat dari katilnya dan tidak banyak bercakap.

Namun, beberapa hari kemudian, cuaca dengan tiba-tiba menjadi lebih sejuk. Dengan angin sejuk yang bertiup kuat, air akan membeku sebelum jatuh ke atas tanah. Dengan cuaca seperti itu, kesihatan Nalan Hongye kembali lemah malah lebih teruk.

Dengan ribut salji yang berterusan, Nalan Hongye berehat di atas katil sambil mendengar bunyi di luar. Setelah dia berfikir panjang, dia bertanya, "Mungkin ia mustahil untuk meneruskan pesta tanglung pada tahun ini."

Suaranya kedengaran sangat serak, bersama rasa putus asa. Wenyuan terus diulit kegelisahan, namun dia tidak berani membiarkan Nalan Hongye perasan akan kebimbangannya, lalu dengan cepat Wenyuan membalas dengan senyuman, "Walaupun hujan lebat, mana-mana tanglung akan terus ditiup pergi oleh angin. Saya rasa ia masih akan disambut."

Nalan Hongye mengangguk dan Wenyuan meneruskan percakapan, "Puan, Puan patut tidur dan berehat sebentar. Puan masih berasa pahit kesan dari mengambil ubat itu ke? Puan mahu sesuatu yang manis?"

Nalan Hongye menggelengkan kepalanya, dan ketika Wenyuan ingin meneruskan perbualan, dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi pukulan sebanyak tiga kali. Sejurus itu, wajah Wenyuan menjadi ceria lalu berkata, "Puan Maharani, itu Maharaja!" Ketika dia berkata demikian, dia membawa bersama beberapa orang untuk keluar menyambut Maharaja.

Tidak lama kemudian, pintu istana dibuka satu demi satu. Dengan memakai baju emas cair, Yan Xun berjalan masuk ke istana. Ketika dia sedang berjalan, dia membuka jubah hitamnya dan memberikannya kepada pembantu di sebelahnya.

Dia kelihatan sama seperti selalu, dengan keningnya yang tampan, hidung yang tinggi, bibir yang nipis, dan matanya yang dalam yang kelihatan seperti tiada siapa dapat menafsir pemikirannya dengan tepat. Dia duduk bersebelahan katil Nalan Hongye, sambil mengambil tuala yang suam dari Wenyuan lalu mengusap muka dan tangannya sebelum bertanya, "Macam mana dengan keadaan awak sekarang?"

Nalan Hongye yang sedang berbaring di atas katil mengangguk perlahan sambil memberikan senyuman yang tenang seperti biasa. "Maaf jika saya mengganggu awak, Tuanku. Saya berasa lebih baik sekarang."

Yan Xun mengangguk dan terus bertanya, "Awak mengambil ubat seperti yang diberikan oleh doktor secara teratur?"

Nalan Hongye menjawab, "Ya."

Dia berdiam diri untuk beberapa ketika, dan bertanya lagi, "Saya teringat yang awak takut akan kesejukan. Suhu di dalam istana ini cukup panas untuk awak tak?"

Mata Nalan Hongye menampakkan pelbagai emosi tetapi semuanya dengan segera dibuang sehingga tidak dapat dikesan. Dia mengangkat mukanya yang kurus itu dan berkata, "Tuanku, awak tak perlu risau. Semuanya baik-baik sahaja di sini."

Ketika itu, istana berada dalam situasi yang hening, sehening tasik ketika musim luruh. Dengan deruan angin di luar, kedua-dua mereka duduk bersahaja kerana mereka berdua tidak tahu bagaimana untuk memecahkan keheningan yang janggal itu.

"Baiklah, Maharani. Sila rehat dengan secukupnya. Saya akan berehat."

"Maharaja sudah makan tengah hari?" Satu suara kedengaran bertanya.

Kedua-dua mereka Nalan dan Yan Xun terkesima lalu berpusing untuk melihat, rupanya suara tersebut datang dari Wenyuan. Perempuan muda itu berada dalam ketakutan dengan riak wajahnya yang pucat. Titik peluh dingin mulai terbentuk di dahinya. Ia jelas menampakkan tangannya menggigil di bawah lengan bajunya.

Yan Xun agak terkejut ketika dia melihat sekejap pada wajah Nalan Hongye, sebelum berpaling. Daripada menjadi marah, dia mengangguk dan menjawab, "Tidak, saya belum makan tengah hari lagi."

"Kalau begitu, mengapa tidak makan bersama kami, Tuanku? Tukang masak kami sangat mahir dan Maharani menikmati makanan yang mereka sediakan juga. Tuanku Maharaja tak pernah makan di sini bersama kami sebelum ini."

Yan Xun tersenyum dan mengangguk. "Baiklah."

Wenyuan berasa sangat gembira, sehingga dia hampir terlupa apa yang harus dilakukan lalu segera bercakap, "Kalau begitu, saya minta izin untuk pergi dan membuat persediaan." Selepas itu, dia berlalu pergi.

Melihatkan dia telah pergi, Nalan Hongye mengeluh tidak berdaya. "Patik tak mampu mendidik pembantu saya. Tolong maafkan saya, Tuanku."

Yan Xun menggeleng kepalanya. "Tidak mengapa. Dia sangat setia."

Bagaimanalah Nalan Hongye tidak tahu apa yang sedang berada di fikiran Wenyuan? Wenyuan berharap agar Yan Xun dapat meluangkan lebih banyak masa bersama dengan Nalan Hongye. Dengan cara itu, dia tidak perlu memikirkan topik itu lebih lama.

Yan Xun lalu berdiri dan berjalan di sekeliling istana besar itu dengan santai. Ketika dia berjalan ke rak buku, dia dengan bersahaja telah mengambil sebuah buku dari rak tersebut. Selepas menyelak beberapa helaian, dia meletakkannya kembali sebelum mengambil keluar buku yang lain. Nalan Hongye bersandar di atas katil sambil bermain dengan aksesori. Dengan sinaran cahaya matahari bersinar ke dalam tingkap, ia menghasilkan satu bayang daripada papan. Walaupun angin bertiup kuat di luar, bilik itu ternyata berada dalam keadaan suasana yang tenang.

"Awak benar-benar menyukai seni perdagangan?" Yan Xun bertanya secara tiba-tiba, sambil di tangannya memegang teks klasik dari pedagang.

Sambil mengangkat kepalanya, Nalan Hongye berkata, "Moyang saya pernah menjadi pedagang juga suatu ketika dahulu. Dengan pembangunan perdagangan di Empayar Song, saya suka meneliti seni ini bila saya mempunyai kelapangan."

Yan Xun senyum lalu berkata, "Saya tidak pernah menjangkakannya."

"Apa yang tidak pernah?"

Yan Xun menggelengkan kepalanya dan menjawab, "Tidak ada apa-apa. Cuma saya mengetahui ada orang lain yang turut meminati seni ini juga."

Nalan Hongye tersenyum. "Mesti Raja Xuan meminatinya juga, kan?"

Yan Xun agak terkejut dan bertanya, "Bagaimana Maharani tahu?"

Nalan Hongye menjawab dengan bersahaja, "Saya memang sedia tahu, kerana dia rakan sepermainan saya ketika kami masih kecil. Saya kenal dia lebih dari saya mengenali Tuanku."

Yan Xun tersenyum kecil, menampakkan seperti semulajadi. Tanpa bercakap banyak, dia berpusing dan terus menyelak helaian buku itu kembali. Nalan Hongye nampak gembira, seperti kanak-kanak yang berjaya membuat kejutan. Dia tersenyum dan meneruskan bermain dengan aksesorinya.

Perlahan-lahan masa berlalu. Selepas perkahwinan mereka, ini adalah kali pertama Yan Xun membuat pemeriksaan secara teliti mengenai bilik tidur Nalan Hongye. Dia akhirnya sedar yang Maharani itu bukanlah seperti orang biasa. Bukan sahaja dia mempunyai citarasa yang baik, dia juga seorang yang terpelajar dan mengumpul banyak buku-buku. Bukan itu sahaja, hampir semua buku-buku itu kelihatan sudah dibaca sebelum ini, tidak seperti perempuan lain yang selalunya mengumpul buku untuk tujuan perhiasan.

"Tuanku Maharaja, Puan Maharani, makanan sudah sedia dihidang."

Makanan dihidang dengan pantas. Oleh kerana Nalan sedang mengambil ubat-ubatan, dia perlu mengawal pemakanannya, lalu dia hanya dihidang dengan empat jenis hidangan kecil. Manakala Yan Xun pula dihidang lebih 60 jenis hidangan, memenuhi meja makan tersebut.

Melihat keadaan itu, Yan Xun berasa agak janggal dan tidak dapat menolong tetapi melihat ke arah Nalan Hongye.

Nalan Hongye tersenyum dan berkata, "Tuanku jarang datang ke sini, oleh itu pelayan-pelayan tidak tahu mana satu pilihan awak. Mereka juga mungkin akan sediakan lebih dari ini. Tolong jangan salahkan mereka kerana mereka cuma mahu menggembirakan Tuanku." Hanya ayat tersebut yang mampu difikirkan oleh Nalan Hongye supaya tidak tersalah maksud. Jika orang lain yang bercakap begitu, seseorang itu akan menunjukkan kesalahan Yan Xun kerana tidak pernah datang.

Wenyuan berdiri di sebelah sambil melihat. Melihatkan Yan Xun yang tidak bercakap banyak dan mulai makan, dia berasa puas kerana telah berjaya membuat banyak perkara pada hari ini. Kebiasaannya, bagaimana Maharani boleh begitu gembira? Seperti dijangka, masalah emosi memerlukan rawatan emosi juga. Siapa tahu, dengan kehadiran Maharaja di sini dengan lebih kerap, mungkin Maharani mampu disembuhkan!

Sesi makanan hari ini berjalan terlalu perlahan. Selepas selesai makan, tiba masa untuk tidur. Yan Xun dan Nalan Hongye berbicara kecil dan mereka kelihatan mesra dan bersahaja dari sebelum ini. Selepas Yan Xun memerintahkan para pelayan untuk memberi lebih perhatian kepada Nalan, dia bercadang untuk berangkat pergi apabila tiba-tiba ada satu suara yang kuat dapat didengari. Nampaknya, lengan baju Yan Xun telah tersangkut di sudut meja yang menyebabkan koyakan yang besar.

Yan Xun mengangkat lengannya dan mengamati kerosakkan pada bajunya itu. Perkara tersebut tidak mengganggunya apabila dia mula memakai jubahnya.

Nalan Hongye mencelah, "Tuanku, pakaian awak telah koyak."

Yan Xun menjawab dengan santai, "Tak mengapa."

"Tunggu." Dia memegang baju Yan Xun dan melihat dengan teliti lalu berkata, "Ini kain sutera dari Wilayah Tianci. Disebabkan ia sukar ditemui, Wilayah Tianci hanya mampu membuat pakaian seperti ini dalam jumlah yang sedikit pada setiap tahun. Pada tahun ini, hanya ada sehelai ini sahaja. Sekarang, ia sudah koyak, walaupun awak membawanya ke jabatan sulaman, tidak ada seorang yang berani untuk menjahitnya kembali."

Yan Xun tidak pernah terfikir pakaian yang sedang dipakainya ini mempunyai kisah tersendiri. Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain melihat kembali pada bahagian yang koyak itu sebelum berkata, "Tidak mengapa. Walaupun ia telah rosak, tapi ia masih elok."

Nalan Hongye menegaskan kembali, "Kalau Tuanku tidak mengambil berat akan hal itu, saya masih berasa ia satu pembaziran. Berapa ramai perempuan muda yang kehilangan penglihatan untuk menjahit baju ini pada setiap tahun? Lihat, bukan sahaja kain ini bersulam di kedua belah sisi, bahkan di bahagian dalam terdapat kata-kata restu."

Yan Xun melihat dengan teliti dan ternyata ia betul. Dia tidak mampu berkata kecuali, "Hebatnya kain ini."

"Wenyuan, bawakan saya jarum dan benang."

Yan Xun terkesima sambil bertanya, "Maharani, awak nak buat apa?"

"Oleh kerana jabatan sulaman berkemungkinan besar tidak berani untuk menjahitnya kembali, baju ini berkemungkinan akan dibuang. Oleh itu, kenapa saya sendiri tidak cuba untuk menjahitnya kembali? Kalau saya secara tidak sengaja gagal untuk menjahitnya kembali, tolong jangan salahkan saya."

Yan Xun bertambah terkejut. Dia bertanya, "Maharani, awak tahu bagaimana untuk menyulam?"

Nalan Hongye mengangkat keningnya. Sekilas pandangan keyakinannya dapat dilihat. Sambil mengambil jarum dan benang, dia mula menjahit. Ketika dia sedang menjahit pakaian itu, dia berkata, "Silakan duduk. Ia akan siap tidak lama lagi."