webnovel

Di dalam bilik bacaan, Zhuge Huai merenung tajam ke arah Zhuge Yue dan lantas memberitahunya, "Adik keempat, apa yang kamu fikir tentang kejadian ni?"

Keadaan menjadi senyap sepi, tidak ada sepatah kata pun yang terkeluar dari mulut Zhuge Yue. Zhuge Huai mengerutkan keningnya dan lantas menyiku Zhuge Yue yang kelihatan seperti dia telah jauh mengelamun. "Adik keempat?"

"Ya?" Zhuge Yue meraih kepalanya dan berkata kosong, "Keluarga Raja Yan akan musnah. Yan Xun berada dalam bahaya."

"Ya, aku setuju." Zhuge Huai menganggukkan kepalanya dan menyambung, "Raja Yan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan jadi beliau sangat senang untuk menjadi sasaran serangan. Keluarga Bahuta tu dah lama berminat dengan tanah Yan Bei tu. Kali ni, kepayahan akan ditanggung oleh Raja Yan. Tambahan lagi, ketua dari istana Sheng Jin lebih rela mempercayai orang yang tak dikenali berbanding dengan abangnya sendiri."

Pada masa itu, bunyi yang sangat bising kedengaran datang dari luar dan lantas Zhuge Huai bertanya dengan lantang, "Zhu Yong, apa yang berlaku di luar? Bising sangat."

"Tuan, bunyi bising tu datang daripada istana Tao Ran. Nampaknya cik puan ketujuh tengah bergaduh dengan Tao Xiang. Cik puan keempat dan ketiga dah datang untuk menghentikan mereka."

Muka Zhuge Huai bertukar tegang dan berkata dengan pantas, "Tak akan ada sehari pun yang mereka akan berhenti. Ini dah menjadi semakin mengarut."

Zhuge Yue yang mendengar apa yang diperkatakan Zhuge Huai itu hanya mendiamkan diri, dan hanya menghirup teh panas yang berada di dalam cawan itu dan lantas kembali menundukkan kepalanya, masih mendiamkan diri.

"Tuan, cik puan ketiga nak tuan dan juga tuan muda keempat untuk pergi ke istana Tao Ran. Dia kata terdapat perkara mustahak untuk kalian berdua selesaikan.'

Zhuge Huai mengamuk secara tiba-tiba dan melenting, "Apa yang berlaku sampai kami berdua kena pergi ke sana? Mereka tak tahu malu ke? Bagitahu mereka yang aku tak ada masa."

"Tuan, cik puan ketiga nak gunakan undang-undang keluarga dan nak...nak bunuh Tao Xiang daripada istana Tao Ran."

Zhuge Yue lantas meletakkan cawan teh yang berada di dalam tangannya itu dan pantas bangkit dari kerusi dan berkata, "Abang, marilah kita pergi. Mungkin mereka betul-betul perlukan pertolongan abang."

Zhuge Huai melepaskan keluhan yang panjang dan mengikuti Zhuge Yue yang baru saja keluar dari bilik bacaan.

Istana Tao Ran sangat huru-hara. Kesemua cik puan sedang menengking antara satu sama lain dan nampaknya seperti tiada sesiapa yang akan berhenti. Namun, di sebalik kebencian dan kemarahan yang membahang itu, terdapat satu perasaan gembira yang dapat dirasakan - akhirnya, musang yang merendahkan martabat wanita itu yang berani memikat tuan akhirnya akan mendapat apa yang dia sudah lama berhak dapat!

Cik puan ketujuh dengan bongkaknya berdiri di tengah-tengah perkarangan istana dan mengejek Tao Xiang yang sedang memakai baju yang selekeh. Dia tersenyum sinis dan berkata, "Siapa yang sangka bahawa skandal sebegini akan berlaku di dalam keluarga Zhuge. Tuan besar selalu melayan kamu dengan elok, tapi ini cara kamu membalas jasa baik dia? Tak tahu malu betul!"

Cik puan ketiga hanyalah berusia tiga puluh tahun. Dia telah dilitupi dengan bulu musang, mempunyai perwatakan yang tenang dan juga memancarkan sebuah aura elegan. Mukanya penuh dengan kekesalan dan lantas berkata, "Tao Xiang, tuan besar dulu cakap bila dia datang balik ke sini, dia akan jadikan kau gundik dia. Tapi, tengok apa yang kau dah buat hari ni? Ini bukan sesuatu yang boleh ditoleransi."

"Cik puan, kenapa cik puan buang masa bercakap dengan dia! Pendapat saya, belasah saja dia sehingga mati dan habis cerita. Kehadiran dia menjijikkan nama keluarga Zhuge."

Muka Tao Xiang bertukar pucat lesi, dengan lengannya menutupi dadanya semasa dia jatuh melutut di atas tanah. Pakaiannya koyak-rabak, raut wajahnya kelihatan kosong dan badannya menggigil ketakutan. Dari semasa ke semasa, dia menjeling ke arah lelaki yang berada di sisinya itu, dan dia mendapati bahawa lelaki itu juga sedang menggigil dengan laju, raut wajah lelaki itu juga lebih pucat darinya

Apabila Zhuge Yue tiba di perkarangan istana Tao Ran, situasi tersebut telah menjemputnya. Dia dengan pantas mendengar penjelasan yang diberikan oleh cik puan ketujuh dan setelah itu anak mata tuan keempat dari keluarga Zhuge itu bersinar-sinar dan dia mula untuk berfikir dengan tekun.

"Tuan Muda Pertama!" Apabila Zhu Shun terlihat akan kehadiran Zhuge Huai, dia dengan pantas meluru ke arah tuan muda itu sambil tangisan yang penuh di mata sambil merayu, "Dia yang menggoda saya dulu. Masa saya datang, dia mula buka baju dia untuk menggoda saya. Tapi saya ingat akan kebaikan tuan dan tuan muda kepada saya dan apa yang saya nak buat ialah berkhidmat untuk keluarga Zhuge. Macam mana saya boleh berfikir untuk buat perkara yang terkutuk macam tu kepada tuan? Tadi, saya cuba sedaya-upaya saya untuk menolak dia. Saya, saya dipersalahkan. Saya tak tahu apa yang dia cuba lakukan tadi. Ini semua salah faham."

"Kau! Kau memang tak ada perasaan ke? Memang ianya kau…"

"Kau masih berani nak bagi alasan!" Satu tamparan yang kuat telah dikenakan kepada Tao Xing oleh cik puan ketujuh dan terus dia menengkingnya lagi, "Kau memang perempuan sundal! Kau sanggup buat tindakan terkutuk tu untuk membunuh watak aku? Akhirnya, kau sendiri yang termakan padahnya. Padan muka kau!"

"Adik keempat! Mana kamu nak pergi?" Zhuge Huai berasa bingung apabila dia terlihat yang Zhuge Yue telah memusingkan badannya dan mula beredar, jadi dia telah bertanyakan soalan ini dengan lantang supaya semua mata boleh memandangnya.

"Abang, saya ada hal penting untuk diuruskan. Saya akan pergi jumpa abang lepas ni." Setelah menghabiskan dua ayat ringkasnya itu, Zhuge Yue yang muda itu dengan segera beredar dari istana Tao Ran dan bergegas ke istana Qing Shan.

Bang! Zhuge Yue menghempaskan pintu gerbang istana Qing Shan supaya dibuka dan ternampak Huan Er dan beberapa lagi pembantu rumah yang sedang menyiram pokok bunga di taman. Setelah mereka ternampak Zhuge Yue yang meluru masuk ke dalam kediaman itu, mereka serta-merta bergerak ke arah Zhuge Yue untuk memberikan tunduk hormat kepada tuan muda itu. Tanpa memberikan sebarang indikasi bahawa Zhuge Yue telah diberi tunduk hormat oleh pembantu-pembantu rumah itu, dia terus meluru ke arah tempat kediaman hamba-hamba. Semasa dia berjalan, dia bertanya hairan, "Mana Xing Er? Ada sesiapa yang nampak dia?"

"Xing Er cakap dia berasa tak sihat, jadi dia balik ke biliknya untuk berehat." Salah seorang dari pembantu rumah itu menjawab.

Huan Er, yang sedang berdiri di situ, berasa bimbang bahawa Chu Qiao akan berada di dalam masalah kerana ini lantas berkata, "Dia memetik teh dengan kami seharian tadi dan baru saja balik ke bilik dia."

Raut wajah Zhuge Yue bertukar muran dan mula melangkah ke arah bilik tidur Chu Qiao. Yue Qi yang sedang mengekori Zhuge Yue dengan senyap itu pun berkata, "Xing Er memang ada dengan budak-budak tu tadi dalam dapur seharian dan tak tinggalkan istana Qing Shan."

Bang! Zhuge Yue sekali lagi membuka pintu bilik Chu Qiao dengan kuat dan lantas meluru masuk dengan muka yang masih muram untuk melihat seorang anak kecil berwajah pucat yang sedang terbaring di atas katil seolah-olah dia sememangnya sedang jatuh sakit. Zhuge Yue sedikit terperanjat untuk melihat Chu Qiao kerana dia langsung tidak menyangka bahawa anak kecil itu betul-betul berada di dalam biliknya sebelum ini. Melihat Chu Qiao yang sedang terbaring itu, dia melepaskan satu keluhan lega bagaikan satu bebanan yang berat telah diangkat dari bahunya dan tanpa mengetahui sebabnya, dirinya dan fikirannya berasa tenang.

"Tuan muda keempat?" Anak itu terus terduduk cemas. Suaranya kedengaran sangat letih seperti dia baru sahaja bangun dari tidur. "Xing Er ada buat salah ke?"

Zhuge Yue membuka mulut, menggelengkan kepalanya dan lantas berkata dengan serba salah, "Tak, saya dengar Huan Er cakap kamu sakit, jadi saya datang untuk memeriksa kamu."

"Oh." Anak kecil itu menganggukkan kepalanya dan membalas, "Ramainya orang yang tuan muda bawa untuk melawat saya. Xing Er berasa sangat bersyukur."

Muka Zhuge Yue mula untuk bertukar merah dan dia tidak buntu untuk membalas Chu Qiao, jadi dia berdiri di situ dengan kekok dan lantas dia berpura-pura untuk membersihkan tekaknya dan batuk.

Zhu Cheng yang terlihat akan kekekokan Zhuge Yue dan dia lantas cuba untuk menolong tuan mudanya itu dengan berkata, " Xing Er, tuan muda datang untuk jumpa awak, awak tak nak bangun ke?"

Gadis kecil itu telah tersadung dan mengertap bibirnya dengan bimbang namun dia tidak bergerak dari katilnya.

Ini meraih kecurigaan Zhuge Yue dan selepas dari hari ini, jika Xing Er cuba untuk melarikan diri sekali lagi, dia harus melakukannya dengan sangat berhati-hati. Pakaian Chu Qiao sudah semestinya dapat dikenali oleh ramai orang, dan setelah Zhuge Yue mendengar tentang berita tersebut tadi, dia terus meluru pulang supaya dia tidak terlalu lambat berbanding orang yang telah merancang segala yang telah berlaku. Kini melihat Chu Qiao yang berasa sangat cemas, adakah ini bermaksud yang dia mempunyai apa-apa perkara untuk disembunyikan di sebalik selimut itu?

"Xing Er," Zhuge Yue melangkah ke hadapan, dengan matanya yang tertumpu ke arah muka anak gadis ini dan berkata, "Tuangkan saya secawan teh."

Anak kecil itu cemas dan berkata sambil mengertap bibirnya. "Tuan muda, boleh tak tuan muda keluar sekejap? Xing Er akan hidangkan kepada tuan muda sekejap lagi…"

"Tak boleh." Zhuge Yue mula untuk bergerak ke hujung katil, dan langsung menggunakan jari-jemarinya yang panjang itu untuk menarik tegas kain selimut milik Chu Qiao. Anak matanya yang gelap itu tertumpu terus kepada mata Chu Qiao. "Tak boleh. Saya nak minum sekarang." Zhuge Yue membalas tegas.

"Ah!" Semua orang berasa terkejut dengan apa yang telah dipertontonkan kepada mereka dan lantas mereka terjerit seorang demi seorang. Gadis yang kecil dan kurus itu menutupi bahagian dadanya dengan terdesak, sambil mukanya ditutupi oleh lengannya dan bahunya yang menggigil itu ditutupi oleh rambutnya yang panjang dan hitam itu. Dia sedang berbogel!

Zhuge Yue menggenggam selimut itu erat, terkejut besar, dan mukanya serta-merta bertukar merah akibat malu. Dia dengan pantas memusingkan badannya untuk mendepani dinding dan lantas menjerit ke arah mata-mata yang masih terbeliak akibat terkejut itu, "Apa yang kalian buat ni? Keluar dari sini!"

Semua hamba yang masih terpana melihat kejadian itu akhirnya tersedar dan segera beredar dari bilik Chu Qiao.

Zhuge Yue mengambil selimut yang direntapnya tadi dan lantas mencampakkannya ke atas tubuh badan Chu Qiao. Suaranya bergetar semasa dia mengatakan, "Cepat pakai baju kamu!"

Suara tangisan yang halus kedengaran daripada belakang Zhuge Yue dan dia lantas mengerutkan dahinya sambil berkata dengan bengang, "Lupakanlah. Baring saja di atas katil." Dengan pantas, dia beredar dari bilik dan menutup pintu bilik dengan ketat. Anak kecil yang berada di dalam bilik itu lantas mengangkat wajahnya untuk memeriksa sama ada putera muda itu telah beredar dari biliknya. Anak matanya muram namun raut wajahnya kelihatan tenang dan setelah seketika, tiada lagi tanda kesedihan di wajahnya. Chu Qiao mengangkat tilam di bawahnya dan mencampakkan pakaiannya yang penuh dengan kekotoran dan tanah itu ke atas lantai.

Benarlah, Zhuge Yue merupakan seorang yang sangat peka. Dia tiba ke biliknya dengan sangat pantas sehinggakan Chu Qiao tidak mempunyai masa untuk memakai pakaiannya. Namun, hal ini baik juga, kerana kini tiada sesiapa yang akan berani untuk memasuki biliknya pada malam ini, langsung memberikan dia banyak masa untuk merancang rancangan yang seterusnya.

Anak itu merendahkan pandangannya dan tersenyum ringan. Ianya sangat mengejutkan untuk melihat raut wajah yang muram yang ikhlas hadir di wajahnya kini.

Masanya telah sampai untuk mereka terima balasannya.

Setelah memakai pakaian yang sepatutnya telah dipakai semasa tuan mudanya tiba, Chu Qiao terdengar suatu ketukan di pintu biliknya dan Huan Er berlari masuk dengan penuh keterujaan dan berkata sambil tersenyum lebar, "Xing Er, ada berita baik. Awak nak tahu tak?"

Kedua belah kaki Chu Qiao yang pendek itu tidak dapat mencecah tanah apabila dia menduduki kerusi tinggi itu. Dia lalu menuangkan teh kedalam cawan dan berkata setelah menghirup teh tersebut, "Awak boleh bagitahu saya."

"Xing Er!" pembantu rumah itu berkata sambil merengus. "Awak nak dengar atau tak? Kenapa awak nampak macam langsung tak teruja?"

Chu Qiao tersenyum tanpa menunjukkan giginya dan berkata, "Bagitahu saja kalau awak nak. Tak kira kalau saya nak dengar atau tak, awak akan cakap juga."

"Baiklah, saya tak nak bergaduh dengan awak pasal ini. Tapi kali ni, ianya berita baik." Huan Er tersenyum dan lantas menyambung, "Zhu Shun dah dituduh sebab dia dah bersetubuh dengan wanita yang tuan besar suka tu dan dia ditangkap oleh cik puan ketujuh. Sekarang ni cik puan ketiga dengan tuan muda pertama pun dah tahu. Wanita tu dah dihantar ke perigi dan ketua pengawal Zhu pun kena lima puluh sebatan sebagai hukumannya. Bukan ke ini berita yang sangat baik?"

Tangannya yang sedang memegang cawan teh itu tiba tiba kaku. Chu Qiao terduduk di atas kerusi dengan mata yang dikecilkan, cuba untuk menahan segala emosinya dan perlahan-lahan menggantikannya dengan kecerdikan milik Chu Qiao. Dia menganggukkan kepala dan lantas berkata, "Ia memang berita yang baik."

Huan Er menyambung dengan perasaan marah, "Betul tak? Zhu Shun selalu menyalahgunakan kuasa dia dan membuli orang lain. Kita, hamba ni, semuanya pernah kena pukul sebab kemarahan dia. Mesti dia yang lakukan sesuatu dan menyebabkan semua adik-beradik awak yang lain untuk dihantar ke tuan besar kedua. Hari ni dia dipukul sebab tuhan pun tak larat nak menyaksikan kekejaman dia lagi."

Raut wajah Chu Qiao masih kelihatan muram namun dia berkata, "Dia ada skandal dengan perempuan simpanan kegemaran tuan kita. Hukuman yang dia dapat untuk perbuatan terkutuk tu cuma lima puluh sebatan. Nampak macam ada rasa belas kasihan je."

"Siapa kata yang tak ada belas kasihan? Cik puan ketujuh asyik merungut kepada tuan muda keempat sebab dia merasakan yang itu tak adil. Tapi sayangnya tuan muda keempat kita tu selalunya tak endahkan benda-benda macam ni. Tuan dan juga cik puan pertama tak ada di sini, jadi tuan muda pertama dapat memutuskan kata akhir. Lagipun Zhu Shun dah lama berkhidmat untuk tuan muda pertama, jadi itulah yang terjadi."

Chu Qiao menganggukkan kepalanya dan lantas membalas, "Okay, saya faham. Huan Er, terima kasih sebab beritahu saya semua ni."

Huan Er perasan akan Chu Qiao yang kelihatan seperti dia tidak berada dalam angin yang betul lalu bertanya atas rasa bimbang, "Xing Er, macam mana awak rasa sekarang? Awak nak saya panggil doktor untuk awak ke?"