webnovel

Lara Laura

" U Laura kan! my wife!" Exander menjerit untuk mendapatkan perhatian.Laura ketawa sebelum membuka mulut,"Kisah u dengan i dah lama terkubur Izz Exander!. Tolong la berpijak dibumi yang nyata." melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Masih ada atau pun tidak peluang kedua untuk lelaki ini. Semua itu terpulang pada Laura. Perjalanan kehidupan Laura seperti kitaran hidup seekor Rama - rama yang bermula dari beluncas yang di takuti kemudian bertukar kepada kepompong yang lemah tanpa perlindungan, setelah melalui perjalanan tranformasi yang panjang akhirnya terbang lah seekor Rama - rama yang cantik dan di kagumi. Dapatkah Laura mengubah haluan takdir kehidupan seperti Rama - rama?. p/s : Saya masih lagi perlu banyak belajar untuk memperbaiki penulisan. Maaf jika ada kekurang dan kesilapan. Jika sudi boleh nyatakan kekurangan dan kesilapan. saya amat menghargainya. ❤️❤️

EVA_95 · Urban
Not enough ratings
12 Chs

Chapter 5

Laura sampai ke kelas sudah lewat 15 minit, Dia berlari dan masuk . Tercungap - cungap Laura bernafas. Danny menghampiri, " u kena kejar dengan hantu ke?.. baju tak tukar lagi, i dah kasi tau kan pakai dari rumah.. haish, memang patut pun u ambil private class kata sambil Danny mengeleng - geleng kepala. Laura berjalan menuju ke bilik persalinan. Tidak lama selepas itu dia keluar berpakaian serba putih.

" Hurry up Laura.. Okay this month i nak u know how to learn higher kick. so first u kena buat middle split training. u duduk mencangkung and then kaki kiri u lurus ke belakang. kaki kanan stay macam tu. okay

" macam ni ke danny?."

" yes, pandai u. Stay in position macam tu .

" berapa lama ni?"

" As long as u can." Danny senyum.

" 2 minggu lagi ada rock climbing challenge , u nak join tak ?"

" Tapi i tak pandai boleh join jugak ke?.aduh.. aduh.. " tergoyang - goyang menahan untuk kekalkan position badannya.

" Ada untuk beginner.. Tukar kaki . kanan lurus ke belakang pula.

" okay i join. Danny hari ni 1 hour only okay."

" Hurmm, Suka hati u la Laura".

Selesai saja latihan, Laura menukar baju t-shirt dan seluar track yang di pakai pada awal class tadi dan berjalan keluar. Telefon Laura berdering. Dengan segera dia menjawab

" Hello , Dayah.. ada apa? "

" Gee, kau datang cafe yang dekat dengan tempat kerja aku ni boleh? ada lah , rahsia.." Dayah ketawa kecil dan memutuskan panggilan.

" Laura , u datang sini naik apa?"

" Naik bas, kenapa ? u nak kasi i tumpang ke?" "i okay saja."

Laura segera menghampiri kereta Danny dan duduk di sebelah pemandu.

" U boleh tolong hantar i dekat bus stop jalan plumbum 7 tak?, sebab i nak jumpa kawan."

Danny mengangguk tanda setuju. 20 minit kemudian mereka sampai di bus stop.

" Thank you, Danny.."

" 28 hari bulan , saturday.. remember haa."

" Alright, Master.. see you soon."

Danny berlalu pergi bersama kenderaan yang lalu lalang di jalan yang sibuk itu. Laura berjalan menuju ke Cafe yang dinyatakan oleh Hidayah. Dia berjalan masuk terus menuju ke kaunter buat pesanan . Laura memilih meja yang berada sebelah dinding kaca cafe tersebut. Tidak berapa lama kemudian Hidayah dan Faris tiba . Laura melambai - lambai tangan. Hidayah pula membuat isyarat untuk ke kaunter membuat pesanan. Laura mengangguk tanda faham. selesai memesan minuman Hidayah dan Faris menghampiri meja yang Laura duduk.

" Hi ,Gee. Sorry kalau kau dah tunggu lama."

" Eh , tak lah. aku baru je sampai. tak sempat sedut lagi air ni"

" Gee, ni Faris kawan aku.. Aunty jiran sebelah rumah dia ada nak sewa kan bilik. kau okay tak? tak tengok dulu pun Kita terus sewa je. sebab nak kena keluar on the spot ni Gee." Faris senyum dan kenalkan diri pada Laura.

" Iye lah tu kawan, padahal boyfriend kau kan.. kan.." Usik Laura. Faris yang dengar tersenyum - senyum malu .

" Eh kau ni.. okay ke tak? Lain aku tanya lain kau jawab".

" iya aku setuju."

Faris memberitahu detail mengenai bilik sewa yang bakal mereka pindah.

" bilik tu ade dekat rooftop , rumah Aunty ni 2 storey house . So sewanya RM500. every corner rooftop tu kira korang sewa la and korang berhak nak buat apa pun selagi tak merosakkan harta benda Aunty tu.

" Wow, tak sabarnya nak pindah " Laura menepuk - nepuk tangannya. Tidak lama kemudian.Laura mengamati wajah Faris. hmm, macam penah tengok tapi bila ya?. mengomel dia seorang diri. Lama kemudian baru dia ingat.

" ahhhh, baru ingat." serentak dengan menepuk tangan.

" kau kenape gee? Baru cuti 1 hari dh tak betul ke?." di ekori dengan ketawa kecil.

" Faris yang datang pagi tadi tu ye?" Dia tersengih- sengih dan menggaru kepala yang tidak gatal tu dek kerana malu. Hidayah selamba menjawab pertanyaan Laura.

" Ha.ah, Mana kau nak perasaan mata pun tak buka lagi.Dia call aku tapi aku tak dengar." Mereka bertiga sama- sama ketawa .

" Kalau korang berdua nak tengok bilik tu jom la. sempat lagi ni baru pukul 12.30. saya masuk office pukul 1.30."

" kau lah Dayah, aku off day."

" habis dah kerja. Jom la."

Faris memandu kereta menuju ke kawasan perumahan yang sedikit berbukit itu. Mereka tiba di destinasi setelah 15 minit.

" Yang tu rumah saya , awak. berjiran lah kita."

" Apa awak ni, Hidayah menyiku lengan Faris."

Ding dong.. ding dong.. Faris menekan suis loceng di pagar rumah.Tidak lama kemudian pintu rumah terbuka.

" hello, haa. Faris..ada apa mari?" sambil berjalan mendekati mereka Bertiga.

" This girl's mau sewa bilik tu la. korang ni Aunty Marion."

Hidayah dan Laura mengangguk lalu perkenalkan diri. Aunty Marion membawa mereka ke kiri rumah kerana di situ terletaknya tangga untuk ke atas.

" bilik ni complete dengan toilet , ada dapur. ada bilik kecil 1 lagi. u orang tengok dulu la. Mari masuk."

Laura dan Hidayah mengekori wanita tersebut dan mulut tak putus - putus sebut Oh.

" pintu sebelah kiri ni dapur, u boleh letak wardrobe sini. situ satu orang boleh tidur . sebelah kanan yang ada tangga sikit ni bilik kecil so satu orang boleh tidur sini. ini bilik Mandi dan toilet la."

" Okay ke dayah?. kalau aku okay dah ni." bisik Laura.

" boleh- boleh." pantas jawab Hidayah.

" Kami mau aunty. Betul - betul mau. bila boleh bayar deposit?." Laura bertanya.

" tak payah deposit la, u orang sign agreement . masuk barang, next month bayar sewa sudah la."

Aunty Marion memperlawa mereka masuk ke rumah. Mereka bertiga duduk di sofa yang terletak di ruang tamu.

" Ini agreement paper. U orang baca dulu la baru sign."

Laura dan Hidayah meneliti Agreement paper yang di hulur oleh aunty marion. sambil menunggu Aunty Marion berbual dengan Faris.

" this girl's u punya kawan kerja ke?."

" yaa.. aunty. Aunty tinggal sorang saja ke?" Aunty Marion mengangguk. Dia masih lagi kepenatan kerana menaiki tangga .

" Aunty, kami masuk esok boleh?" tanya Laura lagi untuk kepastian.

" boleh - boleh, u ketuk pintu rumah i lah ambik kunci. u naik sendiri la." sambil ketawa kecil. Selesai sign agreement mereka minta diri untuk pulang. Hidayah meminta tolong Faris untuk menghantar mereka berdua ke bus stop berhampiran dengan Taman Tema tempat Laura kerja.

" Bye Faris. My brother in law."

Faris senyum dan mengangkat tangan lalu memandu pergi. Mereka berdua melalui laluan pejalan kaki menuju ke rumah.

" Dayah , pandai kau cari Boyfriend ye. Segak lagi bergaya."

" Apa kau ni, aku kawan je la dengan dia."

" Eleh , tak nak ngaku . betul kan.. kan.." Laura menolak - nolak hidayah.

" hishh, mana ada.. Sana lah". Hidayah yang hampir tersembam tertolak Laura dengan kuat serta merta kaki kanan Laura tergelincir dari birai jalan . Laura terlentang di tengah jalan. Bunyi nyaring terhasil dari sebuah kereta kerana emergency brake. Laura kelihatan terkejut dan menggigil terus kaku di situ. Hidayah cepat - cepat mendapatkan Laura.

" Gee..Gee.. aku minta maaf."

" Adik , okay ke? Ada luka ?" soal seorang pemuda. Hidayah menarik Laura ke tepi jalan. Laura yang masih lagi terkejut diam seribu bahasa.

" saya minta maaf encik.. salah saya sebab tertolak dia tadi. dia tak luka apa - apa cuma kaki terseliuh."

" lain kali jangan bergurau macam tu , bahaya tau. Nasib baik saya sempat brake. kereta rosak boleh baiki tapi nyawa tak ada ganti. ambik ni pergi klinik. ingat tau". Danniel meninggalkan mereka berdua kerana ingin cepat.

" Teruk ke Danniel? kid nowadays ..so clumsy." berpaling memandang ke arah Laura.

" Terseliuh aje Tuan. kawannya tertolak." Pemuda itu menyambung kembali perjalanan.

Hidayah segera menahan teksi untuk membawa Laura ke klinik dapatkan rawatan. Kaki Laura di bandage. Doktor berpesan supaya jangan banyak bergerak. Laura di bekalkan Ubat tahan sakit dan juga surut bengkak. Mereka berdua balik ke rumah. Sampai saja di rumah Laura masuk ke bilik tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya. Hidayah yang melihat keadaan Laura itu menitiskan air mata dan meluru masuk ke biliknya. mereka berdua tidak bercakap sehingga ke esokan harinya.

Tuktukkk..tuktukkkk.. Hidayah mengetuk pintu bilik dan memanggil Laura.

" Gee.. Gee.."

" hmmm.. masuk lah pintu tak kunci."

Hidayah meluru masuk. dia duduk di birai katil sambil memeluk Laura yang masih lagi berbungkus selimut.

" Gee.. aku minta maaf .. aku sumpah tak sengaja tolak kau semalam.." menahan sebak di dada.

" iyaa.. aku tahu .. aku okay lah.. aku minta maaf ye Dayah, aku bukan tak nak bercakap tapi tak boleh . boleh tolong aku tak? "

" tolong apa ? "

" tolong call manager aku . phone aku tak ada kredit." kata Laura sambil tersengih - sengih. Hidayah masuk biliknya untuk mengambil telefon . Dia kembali semula ke bilik Laura untuk dapatkan nombor phone manager Laura dan membuat panggilan.

" Hello.. Miss Eddy manager Gee ye?"

" iyee.. ada apa ye?"

" saya nak bagitahu Gee tak dapat masuk kerja sebab dia accident semalam "

" hah!.. teruk ke? tu ada kat mana?"

" tak ada apa cuma kaki terseliuh"

" haish.. nanti hantar surat MC ye." "

Okay, terima kasih.. bye."

Eddy menghela nafas lega. Lalu masuk ke dalam office nya. Laila mengekorinya.

" Kenapa Miss?.. ada apa?"

" Gee accident, kaki terseliuh"

" kak Gee accident !? kesiannya."

" perlahan lah sikit cakap tu. kau sambung shift petang ganti Gee hari ni je boleh?"

" Hurmmm... okay , Miss." Dia pun keluar dari office managernya itu.

" Laila.. ada apa?" tanya Ajim yang ingin tahu.

" Kak Gee accident.. Miss suruh extend sampai petang. kenapa? suka lah tu tak ada kak Gee.." Laila mencebik.

Ajim ke kitchen belakang. Macam mana boleh accident. nak call pun nombor dia tak ada. teruk ke haa. mengomelnya dalam hati sambil mundar mandir.

Hidayah call tuan rumah sewanya yang sekarang untuk memaklumkan mereka berpindah hari ini dan juga lori sewa untuk pindah barang - barang ke bilik sewa baru dan sediakan sarapan untuk dia juga Laura.

" Nah Gee makan cepat lepas tu packing barang - barang kan nak pindah hari ni." dia meletakan dulang atas katil Laura.

" Dayah.. aku sakit kaki bukan mulut.. kenapa buat bubur?." merengek Laura .

" Itu je yang ada. makan cepat sikit" laungnya yang sudah mula packing barang. Laura makan sarapan dan packing barang - barang yang sudah Hidayah letak di sekitarnya. Setelah hampir 3 jam mereka mengemas barang akhirnya selesai juga.

" Arghhh.. penatnya.." Hidayah menyandar di dinding.

" Selain kain baju dan segala barang kecil - kecil ni , apa lagi nk bawak Dayah?"

" meja and kerusi study 1, wardrobe 1, katil 1 lepas tu semua almari yang pendek ni. haa. bawak tempat sangkut baju tu. yang lain kita sedekah je la. bukan muat pun nk bawak. jual pun belum tentu laku."

" betul jugak.. eh sofa tu aku nk bawak letak kat luar. okay semua beres. tunggu lori aje. yeahh. goyang - goyang tangan juga kakinya.

"Aduh.. aduh.."Laura terlupa kakinya yang terseliuh.

" hish.. budak ni, duduk diam lah." Hidayah marah manja pada Laura.

Ding dong.. ding dong.. loceng rumah berbunyi. Hidayah bangun dan membuka pintu. Dua orang pekerja dari syarikat lori sewa datang untuk mula kerja pemindahan barang. Hidayah menunjukkan semua barang yang perlu di bawa. semua barang di bawa turun. Separuh sudah dimuat ke atas lori.

" Kau tunggu sini ye , Gee. Aku ikut hantar barang ni ye.. nak tunjuk jalan and aku nak minta kunci kat Aunty Marion."

Laura mengangguk dan duduk di kerusi kecik milik nya. Laura termenung dan teringat detik - detik yang mengerikan yang berlaku pada dia semalam. Laura menggelengkan kepala cuba untuk buang dari fikiran. Laura perasaan ada seseorang berdiri di tepi . Dia mendongakkan kepala untuk melihat siapa.

" Ajim.. Kau buat apa kat sini?"

" Gee nak pergi mana dengan barang - barang semua ni?".

" Oh.. pindah rumah.. rumah ni mahal dah sebab tuan rumah naik kan sewa. Dayah pergi hantar barang, Aku tunggu barang kat sini".

" Aku temankan kau, sekali tolong angkat kan barang."

Hidayah dan lori sewa sampai . mereka memunggah barang yang terakhir pergi ke rumah Aunty Marion.

Mereka hanya letak kotak - kotak barang di tepi - tepi dinding dulu sebab shift kerja Hidayah bermula pukul 2 petang. Hidayah mencapai tuala terus meluru ke bilik air. Kelam kabut Hidayah memakai baju dan bersiap.

" Gee !! aku dah lambat.. Ajim tolong hantar kan aku boleh tak? " seraya melompat keluar dari pintu dan terbongkok - bongkok menyarung kasut kerja.

" hmm , boleh" Ajim meletakkan kerusi kecik milik Laura dan turun ke bawah untuk menghantar Hidayah.

" Aku pergi dulu Gee.. kau hati - hati. lunch kau nanti aku kirim dekat Ajim." laung Hidayah sambil berlari. Laura merebahkan badan ke sofa yang ada di tepi bilik barunya. Dia meraba ke dalam Sling bag miliknya lalu mengeluarkan 2 keping gambar lama. Lama dia menatap kedua - dua gambar itu dan melepaskan keluhan yang berat. hmmm.. Kalau ibu dan papa tak berpisah mesti Laura dengan kakak tak kan terpisah. Mesti Lara Hanan sayang kan Lara Laura. Nek, Sein.. Gee rindu.. Dia memeluk gambar - gambar tu dan memejam mata. Laura tidak sedar kehadiran Ajim yang menghantar bekal makanan yang di pesan Hidayah. Ajim duduk di kerusi kecil. Dia memerhati wajah Laura yang memejam rapat kedua mata. 'Apa yang kau sorok di sebalik wajah ceria ni? bagitahu lah aku. share beban kau dengan aku'. Ajim bercakap dengan dirinya sendiri.

" Gee.. ni nasi dengan lauk." menepuk lembut bahu Laura.

" ohh.. Arrr.. Thank you. " Laura bangun duduk di sofa. Dia mencapai bungkusan yang dihulur . Ajim meletakkan meja kecil di depan Laura supaya senang untuk dia makan. sementara Laura makan dia mengangkat kotak - kotak dan almari kecil - kecil masuk ke dalam.

" Okay, aku balik dulu . bila Hidayah dah balik kerja kau call aku ye. sebab wardrobe , katil dengan meja study tu kena 2 orang usung. Meh nombor phone kau." Laura hulurkan telefon nya pada Ajim.

" tu ada missed call. nombor aku tu tau. save.. ingat. " pesan Ajim

" yee.. thank you.. tolong aku dengan Hidayah pindah."

" Tak ada apa lah. bye".

Laura terbaring kekenyangan, ditambah pula kesan ubat yang dimakan bertambah - tambah mengantuk dia , tak sampai 15 minit dia tertidur.