Bila tiba di tempat kerja, Laura menyimpan beg dalam locke di bilik staff yang berada di bahagian kanan hujung kaunter. Setelah membetulkan uniform kerja, dia terus meluru menuju ke pintu masuk bahagian kitchen dan kaunter untuk punch card . Tangannya ligat membelek- belek mencari kad atas namanya tetapi mata asyik menjeling pada kumpulan rakan kerja yang sedang hangat berbual. Dia melihat rakan- rakan sekerjanya mengerumun telefon pintar milik Rose di tengah - tengah lorong menuju ke bahagian kitchen belakang yang berhampiran juga dengan singki bahagian kitchen hadapan terletak betul - betul di kirinya.
" Weh, asal ni? ada apa - apa berita hangat ke? haa .. haa. " Laura berkata dengan muka tersenyum nakal dan mengangkat- angkat kening.
Rose yg berada di tepi chiller sebelah kanannya berpusing mengadap ke arah Laura. "Alah , IZZ GROUP ada buka interview cari intern kot . Jawatan kerani kot la. Aku tak berapa reti pasal jawatan- jawatan dalam company besar ni melainkan CEO aje. hmm.. orang yang ada kelulusan je lah dapat. Kalau kita ni dapat berharap je lah." Rose ketawa kecil .
"Apa benda korang ni? , pagi- pagi dah membawang." Sampuk Eddy yang tersembul dari pintu belakang dan sedang berjalan ke bilik kerja miliknya.
" huish , yang ni lagi seorang main sergah je. nasib baik tak ada sakit jantung, kalau tak mati keras aje. Yang Miss ni jalan serupa macam kena kejar hantu ni kenapa?" Laura bertanya sambil mengekori langkah managernya itu.
" Kau apa tahu Gee , Aku dah lambat ni . Kau tengok lah dah pukul 8.30. Kalau si Cindy tu tahu mati aku."
Laura matikan langkahnya dan berdiri di muka pintu bilik itu seperti patung mannequin . Hasrat yang tadi ingin meminta kad akses ID tiba - tiba lenyap dek kerana dia mengelamun memikirkan perihal peristiwa hitam yang melanda hidupnya 13 tahun yang lalu.
" Aku dah hampir lupa pasal tu. Tapi kenapa malam semalam tiba- tiba datang mimpi tu?. Aku tidur tak basuh kaki ke? " soalan itu ligat bermain di dalam kepalanya lalu dia tidak memperdulikan keadaan sekeliling.
" Gee.. hoi.. asal budak ni ? tembus biji mata dia ni dari bilik aku. Aku panggil buat tak dengar je." sambil melambai lambai tangan di hadapan muka Laura.
Tiba - tiba si Ajim yang datang entah dari mana terus menolak Laura ke tepi kerana menghalang laluannya.
" Tepi la. Menyemak je ! . Kalau kecik tak apa juga!!". Terus menuju ke dalam bilik tersebut. Laura yang terkejut serta merta kembali ke dunia nyata. Dia menapak beberapa langkah ke belakang setelah terkejut akan managernya itu sedang berdiri beberapa inci sahaja dari diri nya yang sudah berada di tepi pintu.
Mukanya bertukar masam mencuka setelah dia mengamati susuk tubuh yang telah menolaknya dengan kasar. Ajim!! teriaknya dalam hati. Dengan perasaan yang teramat marah , Dia menjeling dengan jelingan tajam menghantar langkah Ajim masuk kedalam bilik itu.
" haa..tu la kau berangan je. Ni kad ID . Dah 10 minit aku panggil, nak tercabut jugaklah anak tekak aku ni .Dah sampai London agaknya tenungan biji mata kau tu kan." Eddy membebel dan segera hulurkan kad pada Laura.
Laura menyambut kad yang di hulur padanya, kemudian segera menuju ke kaunter. tangannya menyentuh pipi yang berasa panas
kerana malu, sambil menjeling dengan ekor mata ke kiri kanan untuk memastikan kawan - kawan yang lain tidak menyaksikan hal tadi.
" Sakit la badigol, apa salah tegur aku baik- baik kalau ye pun aku salah. Apa yang tak kena dengan diri aku pada pandangan dia pun tak tahu lah, dari hari first aku kerja lagi." Dia merengus sambil mengakses ID.
Dia bekerja di sebuah restoran makanan segera yang terletak dalam kawasan taman tema di Kuala Lumpur . Sejurus habis SPM ,dia merantau ke kota yang gah itu bersama kawan baik dari zaman kecil lagi, siapa lagi kalau bukan si Hidayah tu. Hidayah seorang yang sentiasa happy go lucky. Mempunyai paras rupa yang putih juga sepasang mata yang sepet dan rambutnya yang kerinting paras bahu itu jadikan dirinya kelihatan comel.
kling ..bunyi pintu restoran, secara automatik mulut Laura melaung, " Hi , Selamat datang.. " sambil menunduk mengambil tray yang berada di bawah kaunter lalu memandang ke arah pelanggan yang baru sahaja sampai di hadapan kaunternya.
" Hi, sirr.. ? " sambil mengangkat kening untuk mendapat kepastian. Kerana dia tidak mahu ada masalah dengan pelangan yang cerewet dan selalu menggunakan ayat ''CUSTOMER ALWAYS RIGHT '' untuk mencari salah cashier.
" yes, it' s okay." jawab lelaki itu sambil mata membelek- belek menu board yang berada di sebelah atas kaunter restoran tersebut.
" Dine in or take away ?
" dine in."
" Order please. " sambil memberi senyuman yang manis. Sesudah order di punch in. Dia menanya buat sekian kalinya lagi. " anything else? "
" No ,thank you." jawab lelaki tersebut dengan muka yang ketat. Dia menghulurkan kad kredit miliknya. Laura mengambil kad tersebut. Selesai urusan pembayaran, dia menyerahkan kembali kad kredit milik lelaki itu.
" Sila duduk dulu, nanti saya hantarkan makanan yang di order okay." senyuman kelat yang mengiringi langkah lelaki tersebut ke meja yang dipilihnya.Bila berpaling arah sahaja mulutnya tidak berhenti- henti membebel dan mengkritik sikap lelaki tersebut.
" Eleh, perasan handsome. Ingat aku terpikat lah tu. Not my level la. Rupa macam orang kaya tapi makan dekat fast food yang murah ni buat apa pergi lah makan di restoran yang fancy nuh. Senyum pun kedekut. Aku dah ada Mikail okay, jauh lagi handsome, muda dari kau lah dasar muka ketat. Eiyhh geram aku !"
Laura menolak pintu dan berlalu keluar, dengan segera dia berpusing ke kiri untuk mengambil pesanan lelaki tersebut yang baru sahaja dia siapkan dan meletakkannya di atas kaunter supaya senang untuk dia menghantar tanpa perlu menahan pintu sambil membawa tray. Dia melangkah dengan berhati- hati semasa membawa pesanan tersebut menuju ke meja sebelah kanan yang ada di bahagian penjuru restoran itu.
Perlahan- lahan dia letak kan pinggan serta cawan kertas yang berisi jus oren di hadapan lelaki tampan itu yang juga berpenampilan seperti golongan high class.
" Enjoy your meal." serta menundukkan sedikit badan dan kepala tanda hormat. Dia berlalu pergi menuju kembali ke kaunter.
Sesekali dia curi - curi pandang lelaki yang sedang ralit menikmati hidangan yang di pesannya.
" hurmm.. memang muka ketat ni handsome pun. Tinggi pulak tu, tegap. adudududu.. bibir dia merahnya" ujarnya dalam hati sambil mengetap gigi tanda geram. Dia memandang ke arah lelaki itu sekali lagi tapi pandangan kali ini gagal untuk disembunyikan kerana pandangannya bertembung dengan mata lelaki itu.
Lelaki tersebut tersenyum dengan segera bangun menuju ke kaunter di mana Laura berdiri. Dia dengan dada yang berombak menahan debaran beberapa kali menelan air liur. Rintihnya dalam hati . 'Apa kau buat ni Laura!. bongoknye kau ni!. jangan marah please.. please.. be nice to me.' dengan wajahnya sedikit menunduk dan mata hampir terpejam.
" Miss, kalau nak berselfie, direct bagitahu. jangan curi- curi pandang macam tu." sambil memberi satu 'charming smile' .
"i'm so sorry tapi saya tak tahu siapa u sebenarnya. Are you influencer?" Dia bertanya sambil tersengih sengih untuk menghilangkan perasaan yang masih berdebar.
" Really ? tak kenal? unbelievable. This my card. " lelaki tersebut meletakan di atas kaunter dan berlalu seiring dengan ketawa kecil. Dia menuju ke sebuah kereta mewah berjenama Audi miliknya yang megah dipakir oleh pemandu yang di anggap sudah sebagai ayah nya sendiri di bahagian depan restoran yang dia masuk tidak seberapa lama tadi.
tuk.tuk.. cermin tingkap di bahagian penumpang belakang di ketuk supaya pemandunya unlock pintu kereta itu.
setelah dia membolos diri ke dalam perut kereta ,dia berkata pada setiausaha yang telah lama berkhidmat dengannya. " Danniel , u tahu tak, ada orang tak kenal siapa i." dia ketawa sambil membetulkan tali leher yang kelihat sedikit senget..
Danniel berpandangan dengan pakcik Rahmat selaku driver. Masing - masing dengan muka yang penuh tanda tanya dan terkejut kerana bukan kebiasaan bagi 'big boss' mereka ketawa dan tersenyum begitu. Danniel berbisik pada Pakcik Rahmat .
" Siapa lah yang bawak tuah tu sampai boleh buat big boss ketawa macam tu sekali." bisik Danniel.
"Ada Apa Danniel? kurang jelas." dengan riak wajah yang kembali serius.
" ahh.. tak ada apa - apa. Kemana kita, tuan? " tanya Danniel berhati - hati.
"Mana lagi office lah.." menghalakan pandangan keluar tingkap dengan bibir mengukir senyuman.
Laura mengambil kad di atas kaunter untuk melihat tulisan yang tertera.
" IZZ EXANDER" berkata dengan lembut dan perlahan.
" Ahh.. aku bukan kenal pun." Dia menyelit kad tersebut dalam poket belakang seluarnya tanda tidak mahu ambil tahu tentang siapa sebenarnya lelaki tersebut.