Laura keluar seawal pagi untuk mencuba nasib, kalau - kalau ada jawatan kosong. Sudah sepagi dia berjalan dari 1 restoran ke restoran yang lain, kedai makan, butik pakaian, supermarket tapi 1 pun tak ada yang nak pakai pekerja. Laura duduk di kaki lima bangunan kedai . "Haish.. ni semua sebab si tak guna tu." Dia mengeluarkan telefon pintarnya, lama Laura tenung nama yang tertera diskrin. " tak.. tak boleh. Aku rela mati daripada guna duit dia. hmm. dah pukul 1, aku terus pergi jela." Laura menyimpan telefon dan berlalu pergi menuju ke tempat Danny.
"Cepat lah Xander" Haime yang tak sabar melaung padanya. Exander hanya membiarkan saja adik bongsunya itu. Wajahnya seperti biasa, tiada senyuman di pamerkan. Dia menghantar Haime ke kelas taekwondo. Semasa Exander melalui bus stop berdekatan, dia melihat Laura berjalan dengan wajah yang mendung . "Berjalan bukan nak pandang depan, pandang tanah" Dia bercakap sendirian lalu meneruskan perjalanan ke pejabat.
Laura melangkah dengan langkah yang berat masuk ke kelas. " U tak tukar lagi baju.. haish.. why u so careless?" bebelnya lagi. Laura mengeluh dan duduk bersila di lantai.
"I dah tak boleh nak continue U punya class. I jobless sekarang "
" huh? Bila U berhenti? " tanya Danny hairan.
" I got fired from my job sebab Mikail serang orang. Ishh dah la malas I nak cakap pasal ni". Laura bangun lalu ke punching bag.
" U ingat I tak boleh training pakai jeans ke? ni Lara Laura as know as Gee fighter" Dia mula kan latihan. Haime yang mencuri dengar perbualan Laura dengan Danny keluar dari bilik persalinan.
" Hi , kakak karate " melambai sambil berjalan. " Hi, junior " sambil tersenyum dan menyambung kembali latihan untuk kali terakhir baginya.
" Danny.. haishh.. I sedih la " sambil ketawa.
" hey. it's okay la. Once you're my student, you're always my student " Danny menghadiahkan senyuman pada Laura sambil mengangguk. Laura melangkah keluar berjalan ke bus stop. "kakak karate ! " Haime memanggil Laura sambil berlari ke arahnya. Laura berhenti lalu menoleh ke belakang.
" Kakak nak pergi mana? Haime nak ikut " dia tersengih sengih.
" Parents junior tak marah ke ikut orang yang tak kenal?" tanya Laura hairan.
" Papa Mama tak ada, Xander la yang jadi penjaga Haime tapi dia bukan ambil tahu pasal Haime pun. Sibuk dengan syarikat tu aje".
" Okay, jom tapi junior panggil Laura aja" sambungnya yang berjalan beriringan dengan Haime.
" Tak boleh, kalau Xander dengar mesti dia cakap macam ni " Not to be rude ! ". Haime melakonkan semula gaya abangnya. Laura ketawa tanpa henti melihat Haime. " hmm.. Haime panggil Rara la ". Sambung Haime yang tersenyum itu. Mereka menaiki bas untuk ke rumah Aunty Marion.
Laura membawa Haime naik ke biliknya. Haime melihat kawasan rooftop sekeliling bilik Laura. " Haime tunggu sini sekejap ye. Rara nak ambik barang kat dalam".
" Okay , bos" lalu berjalan ke kawasan Laura menanam pokok bunga. " Fairytale Garden, waaa cantiknya kawasan rumah Rara" kata Haime sambil membelek pokok - pokok kaktus milik Laura. " junior.. jom" panggil Laura. Haime berjalan ke arahnya.
"Rara.. Lampu - lampu ni bila malam , Rara turn on ke? tanya Haime ingin tahu.
" Ha,ah Rara turn on la baru cantik sikit. kenapa? " Laura menyoal Haime kembali.
" Ohh, tak ada apa, kita nak ke mana ni?
" Tasik.. Rara nak melukis" Laura menunjukan papan melukis di tanggannya.
Laura melukis permandangan tasik yang ada didepannya. Haime hanya melihat wajah Laura yang sibuk melukis. Dia teringin mempunyai seorang kakak perempuan yang suka melayannya . Bukan seperti abang - abangnya yang sibuk dengan hal masing - masing. " Rara boleh jadi kakak Haime?" tanya Haime sepontan. Laura yang sedikit terkejut dengan pertanyaan Haime, menoleh ke arahnya. " huh? kenapa? junior tak ada kakak ke? " tanya Laura . Haime menggeleng nunduk ke tanah. " Haime ada abang aje tapi Semua abang Haime suka buat hal sendiri." Haime mempamerkan wajahnya yang kesedihan itu .
"hmm.. okay.. Rara pun tak ada adik tapi junior kena janji jadi budak baik yee " sambil menghulurkan jari kelingkingnya.
" Yeah, Haime janji " pantas menyambut jari Laura.
Pakcik Rahmat menjemput Haime di taman tempat mereka melukis. " Haime jangan bagitahu siapa - siapa tempat rahsia kita tau" pesan Laura.
" Okay , Rara. Haime janji. bye" Dia melambai - lambai Laura.
" Terima kasih cik sebab jagakan Haime. Tuan Exander lewat sikit tadi " ucap Pakcik Rahmat sebelum memandu pergi. Laura menelefon Exander.
" Hello, Laura ni. I bawa junior keluar jalan - jalan tadi".
" kenapa U tak bagi tahu I dulu? apa hak U bawa adik I keluar? " Exander menyoalnya dengan nada suara yang tinggi.
"I'm his sister . So what? " Laura menjawab dengan selamba sebelum mematikan panggilan. " Haishh.. ingat dia je boleh tinggi suara " bebel Laura yang menjuihkan mulutnya.
Haime melangkah masuk ke rumah lalu melihat Exander sedang duduk di ruang tamu. Dia tersenyum nakal sambil berjalan ke arah abangnya. "Xander.. kesian Kakak karate kena buang kerja sebab kawan dia. Rumah dia tunggu hari je nak runtuh. Tadi kan nasib baik Haime ada, kakak karate nak terjun tasik dah sebab sedih. Xander tolong la offer dia kerja. Haime nak dia jadi pengasuh Haime. boleh la " kata Haime yang pura - pura menangis itu.
" no.." jawab Exander tanpa menoleh pada Haime.
" hmm. tak apa lah, Kalau Kakak karate terjun tasik Xander la penyebab dia mati. Sebab tak nak tolong ". lalu bangun dengan langkah lemah longlai.
" yela.. abang tolong.Nanti Xander call dia" Exander akhirnya mengalah. Haime tersenyum gembira melangkah ke bilik.