webnovel

BAB 8

"Encik takboleh buat macamni, encik kena buat appointment dulu kalau nak jumpa dengan Tengku Farathid."

Langkah Lisa laju menyaingi lajunya langkah Zacran. Cemas suaranya. Apa lagi kali ni. Ada saja tetamu yang tak di undang datang pada majikannya. Semua buat kacau. Lisa berhenti dan kembali ke belakang dan membiarkan Zacran pergi. Lisa ingin memanggil pengawal di luar. Bimbang apa apa terjadi lagi kalini. Macam mana lelaki ni boleh terlepas dari pintu utama. Lisa binggung.

Pintu bilik Tengku Farathid di hempas kuat oleh Zacran. Dia mendekati Tengku Farathid. Setiba saja di hadapan lelaki itu , satu tumbukan hinggap dimuka Tengku Farathid. Koler baju Tengku Farathid laju ditarik Zacran , tapi selaju itu jugak Tengku Farathid bangun dan menolak dada Zacran. Dengan tenaga Tengku Farathid , Zacran berundur sedikit di belakang.

"Jangan sentuh aku.!"

Tengku Farathid mengemaskan kembali blazer dan koler bajunya yang agar royok. Zacran kembali lagi mendekati. Tapi muncul pulak dua orang pengawal keselamatan memegang Zacran. Lisa di muka pintu pucat mukanya. Tindakannya tepat.

"Jahanam kau Farathid. Lepas lah bodoh.!!"

Zacran meronta ronta untuk dilepaskan. Namun gagah saja dua pengawal keselamatan itu memegangnya dari terus memberontak.

"Macam mana korang buat kerja. Orang gila sorang macamni pun boleh terlepas masuk dalam bilik aku!!."

Tengku Farathid melontarkan file di atas mejanya kuat. Marah. Dia memandang blazernya , di sentuh lembut. Tak suka dengan kedutan yang di buat oleh Zacran..

"Maaf  Tengku."

Dua pengawal keselamatan itu hanya menunduk meminta maaf. Kalau tersalah langkah , mungkin harini hari terakhir mereka bekerja di syarikat ini.

"Apa kau dah buat dengan tunang aku.?"

Tinggi suara Zacran. Tengku Farathid senyum . Dia memandang Lisa , mengarahkan Lisa keluar dari bilik dan menutup pintu.

"Ooo Kyra dah cakap pasal perkahwinan kitorang ke? Laju sangat buah hati aku buat kerja."

Tengku Farathid duduk kembali pada kerusinya. Mukanya dah berubah. Dia hanya senyum. Tak memarah seperti tadi.

"Apa kau dah buat Farathid? Kyra hak aku. Jangan kau nak berangan!"

"Zacran , dua minggu dari sekarang . Kyra akan jadi wife aku. Kau kena faham. Kau hidup dalam realiti . Stop bermimpi. Bangun dari tidur."

"Apa yang kau nak sebenarnya. Lepaskan Kyra. Jangan kacau dia lagi."

"Apa yang aku nak ? Kyra. Kyra yang aku nak. Aku tak perlukan izin dari kau. Dia dah jadi milik aku.  Lepaskan dia . Korang boleh keluar."

Tengku Farathid mengarahkan dua orang pengawal keselamatannya keluar. Dua dua nya masih ragu. Tak mahu meninggalkan majikannya dengan lelaki ni. Selepas Tengku Farathid membuat muka serius. Baru lah dua orang itu keluar. Kali ini Tengku Farathid sendiri mendekati Zacran.

"Aku tak perlu paksa siapa siapa untuk dekat dengan aku. Dorang akan datang sendiri dekat aku. Termasuk Kyra."

"Kau yang paksa dia. Kyra bukan macamtu."

Zacran memegang koler baju Tengku Farathid. Kali ini Tengku Farathid hanya membiarkan perbuatan Zacran.

"Bukan macam mana ? Buktinya sekarang ? Dia datang dekat aku. Dia campak kau. Macam sekarang. Tengok keadaan kau sekarang . Gilaaa."

Laju tangan Zacran menembuk muka Tengku Farathid. Agak kuat , melutut jatuh Tengku Farathid ke bawah. Bibir Tengku Farathid mula mengeluarkan cecair merah. Zacran kembali lagi menarik koler bajunya. Di tumbuk sekali lagi. Tangannya kemas kembali memegang baju Tengku Farathid. Tengku Farathid hanya membiarkan. Tidak melawan.

"Kau ingat dengan ni , Kyra akan balik dekat kau. Never bro. Apa yang kau mampu. Kyra takkan pandang kau lagi lepasni. Dia hanya aku nampak aku . Semua yang aku ada , tak mampu untuk buat Kyra berpaling lagi."

Tengku Farathid mendabik dada. Dia ketawa perlahan.

"Kau memang cilaka."

Tangan Zacran berkali kali menumbuk muka Tengku Farathid. Mukanya sudah berdarah teruk. Zacran seperti sudah hilang kawalan. Amarahnya memuncak.

Lisa yang membuka pintu terkejut dengan keadaan itu. Dia menjerit kuat. Dua pengawal keselamatan tadi kembali masuk. Di heretnya Zacran menjauhi Tengku Farathid. Tengku Farathid sudah lemah di lantai. Lisa mendekati. Mukanya pucat. Nama majikannya di panggil . Tengku Farathid mengangguk lemah.

***********

"I akan ikut semua cakap you. Tolong lepaskan Zacran."

"I nak lepas macam mana. Polis yang tangkap dia. You boleh tengok kan. Ni , semua ni sebab dia."

Tengku Farathid menunjuk mukanya yang memerah lebam dan luka dibibirnya pada Kyra. Selepas mendapat panggilan dari papanya tentang hal Zacran dan Tengku Farathid , dia terus ke balai polis. Dia dapat tahu Zacran telah di tahan polis. Tapi pengawai polis tidak membenarkan sesiapa melihat Zacran saat ini. Tengku Farathid pulak di bawa ke hospital kerana cedera. Untuk saat ini dia tak menghuatirkan Tengku Farathid. Dia hanya memikirkan Zacran. Pasti ada sesuatu yang dilakukan oleh Tengku Farathid sampai dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Zacran.

"I ingatkan you datang nak tengok I , you datang sini nak suruh I lepaskan Zacran. Lepas dia buat ni semua pada I , you ingat polis tu semua senang senang nak lepaskan dia. Dia hampir bunuh I tau."

"Kalau takda staff staff I tu semua. Mungkin I dah mati sebab dia."

"Elok sikit."

Perlahan dari Kyra. Tapi mampu di dengar oleh Tengku Farathid. Tengku Farathid mula berdiri dari katilnya. Mendekati Kyra.

"Kyra, I rasa you nak Zacran kat penjara lama lagi kan. Biar you bebas dengan I kat sini. Hmmm? ."

Kyra menapak ke belakang sedikit setelah badan Tengku Farathid mula mendekatinya.

"Tengku , I minta maaf.  Tolong .  Tarik balik dakwaan tu semua. Lepaskan Zacran."

Kyra menunduk lemah. Tak memandang Tengku Farathid.

"Pengawai polis tu cakap , dia boleh di penjara 10 ke 20 tahun atas cubaan membunuh. I rasa elok dia kat sana lama sikit. Kan siapa pulak jadi mangsa."

Tengku Farathid senyum mengejek setelah pandangan Kyra jatuh padanya.

"Nooo , please. Kita kawin. Lepaskan dia. Please."

Lemah suara Kyra.

"Kalau mudah macamni dari awal kan bagus. Tengok , tak pasal pasal I jadi mangsa.  Tengok muka I ni.  You tak kesian kat I ke ? Bakal husband you."

Tengku Farathid merapatkan wajahnya pada pipi Kyra . Kyra menolak dada Tengku Farathid. Mukanya dipaling ke kanan. Menjauhi wajah Tengku Farathid.

"Sayang , bekas tunang you tak boleh hadir majlis kita. Are you okay with that? Kan sayang ? Dia bukan tetamu penting.  It's okay. I akan pastikan tanpa kehadiran dia pun. Majlis kita berjalan dengan lancar , don't be sad."

Tengku Farathid berpaling dan kembali ke katilnya.  Dia duduk menghadap Kyra. Kyra kaku di situ. Tangannya terketar ketar , takut dengan perbuatan Tengku Farathid. Matanya mula berkaca. Tengku Farathid ganti pandang ke arah lain. Ada perasaan lain timbul dalam hatinya. Tak sanggup.

"One week after married. I lepaskan dia."

Tenang dari Tengku Farathid.