webnovel

Bab 10

Tengku Farathid mengosok gosok matanya. Menoleh ke sebelah. Tiada. Dari semalam Kyra tak muncul muncul. Dia bersabar kerana berada di rumah mentua. Nanti saja pulang ke rumahnya. Pandailah dia kerjakan Kyra nanti. Dia senyum sendiri. Turun dari katil . Tualanya di capai , kakinya menuju ke kamar mandi.

Tshirt berkoler putih di kenakan di badannya. Telefon bimbitnya di meja ditenung lama setelah deringan berbunyi.

•Uncle Amran•

"Hello Uncle."

"Athid , Manda tak sihat . Athid free ?"

"Why ? Manda demam ? Kat hospital ke ?"

Sedikit cemas suara Tengku Farathid.

"Takkk , Manda kat rumah. Dia nak jumpa Athid."

Serba salah Tengku Amran. Memaksa maksa suami orang untuk menjenguk anak daranya. Sedangkan keadaan sekarang tidak seperti dulu lagi. Tengku Farathid sudah sah menjadi suami orang. Tengku Amran bimbang Tengku Amanda mengamuk lagi kalau tidak mendapat lawatan dari Tengku Farathid. Dia sendiri terpaksa.

"Okay uncle , Athid ke sana."

************

Mata Tengku Farathid mencari cari kelibat Kyra , anak tangga dituruninya berhati hati. Sampai saja di meja makan bahagian dapur , kelibat yang di carinya ditemui. Dia senyum. Kyra termenung panjang di meja makan. Makanannya tidak disentuh. Hanya pandangan kosong yang di berikan.

"Morning..."

Sapaan dari suami menyedarkan Kyra dari lamunan. Suaminya di pandang sekilas. Dato Malek sebelah menjeling. Senyum. Faham dengan telatah anak perempuannya.

"Kyra tenung apa lama sangat tu. Ada muka Athid ke kat roti tu sampai macam tu sekali di pandang."

Selamba dari Dato Malek seraya menyuakan mee ke dalam mulutnya. Tengku Farathid senyum. Duduk berhadapan dengan Kyra. Wajah isteri di pandangnya. Tak puas.

"Apa papa ni. Makin tak selera la Kyra nak makan kalau ada muka dia kat situ." 

Kyra mula berdiri mahu berlalu pergi. Tak kuasa hendak berdepan dengan Tengku Farathid. Benci.

"Papa bergurau je tu. Sit down. Makan."

Tengku Farathid bersuara. Kyra menjeling tajam.

"My house , my rules."

Kyra berkata selamba , memulakan langkah.

"Kyra , makan. Dari semalam papa tengok Kyra tak makan . Nanti sakit."

"Kyra kenyang."

Kyra tidak peduli dengan kata papanya , berlalu pergi. Tengku Farathid dan Dato Malek hanya berpandangan sesama mereka.

"Biasa la tu , budak degil. Nanti dia lapar , dia tahu lah nak cari makan."

Dato Malek senyum .

*************

Tengku Farathid membuka perlahan pintu bilik itu. Kyra yang mendengar bunyi dari arah itu menoleh laju.

"You tak reti nak ketuk pintu bilik orang ke. ?"

"Kenapa you tak masuk bilik kita semalam. ?"

Soalan dari Kyra tidak di endahkan oleh Tengku Farathid. Tengku Farathid menyoal balik.

" Excuse me , bilik kita ? Bilik I. Bukan bilik kita. Sejak bila you ada bilik kat sini. ?"

"Sejak I jadi husband you. You lupa ea , sekarang ni you tengah bercakap dengan siapa ?"

Kyra meneruskan lukisannya pada kertas itu. Tanpa mempedulikan kata kata Tengku Farathid. Tengku Farathid mendekati meja Kyra. Dia duduk di kerusi hadapan Kyra. Menatap Kyra. Kyra mengangkat muka memandang Tengku Farathid. Pandangannya tajam untuk suami. Tiada senyuman.

"You buat muka macamtu pun still cantik. I tetap sayang."

Lembut tutur Tengku Farathid.

"You mengarut apa ? Boleh tak you jangan kacau I. I tengah buat kerja ni . Keluar la."

"I nak keluar. Tapi I nak you ikut."

Kyra kembali diam. Dia meneruskan lukisannya. Tidak pedulikan suaminya yang menatap.

"Kyra , cepat bersiap , I tunggu kat bawah."

Tengku Farathid mula berdiri.

" I taknak pergi. You pergi sorang."

"You nak I sendiri yang tukar baju you ke ?"

Wajah Tengku Farathid serius kali ni. Kyra membalas pandang. Dia mula berdiri juga.

"You tak faham bahasa melayu ke ? I cakap taknak taknak lah. Kalau you nak pergi . You pergi sorang. Takda keperluan untuk I ikut."

Ucap Kyra tegas.

"You dah lupa ke ? Sekarang ni you isteri I."

"Enough lahh !! Isteri isteri ! So sekarang you nak angkut I kesana kemari nak tunjuk pada semua orang yang I isteri you ? Untuk apa ? Nak tunjuk bahagianya rumahtangga you .?? Im sick of this fake marriage !! I tak bahagia pun dengan you , tak payah nak tipu semua orang!!"

Suara Kyra sedikit lantang. Tengku Farathid menatap tajam. Dia menuju kearah Kyra. Bahu Kyra dipegang kemas. Kyra sedikit terkejut. Kyra mengawal rautnya.

"Yaa , perasaan you tak penting pun. Yang penting sekarang orang kena tahu Kyra Mayseera kahwin dengan Tengku Farathid bukan sebab terpaksa. Tapi sebab rela , sebab cinta."

Mata Tengku Farathid menatap tajam kedalam mata Kyra. Kyra menepis tangan Tengku Farathid yang berada di bahunya.

"Enough lah , you ingat orang tu semua bodoh , orang tahu I bertunang dengan Zacran. Bukannya dengan you."

Kyra marah. Dia membalas tatapan tajam mata Tengku Farathid.

"And now , you dengan I. You dah jadi isteri I. Orang nak cakap apa ? Or you nak dengar dari mereka , you kahwin dengan Tengku Farathid sebab duit. Habislah maruah you. Kyra Mayseera putus dengan Zacran , kahwin dengan Tengku Farathid sebab nak selamatkan company papanya nak muflis ? Macamtu ?"

Tengku Farathid senyum sinis. Puas.

"You yang buat semua tu!!"

"I kan buat mereka bercakap benda tu kalau you nak Kyra."

Tengku Farathid mencengkam pipi Kyra dengan tangan kanannya. Kedua dua tangan Kyra mula menepis.

"You nak papa you malu ?? Jual anak sebab nak selamatkan company. You dapat malu , papa you dapat malu. So tak faham faham lagi ? Stop berperangai macamni , yang membuatkan dorang menulis negatif pasal you and Dato Malek ? Faham ?"

Mata Kyra mula berkaca , tangan Tengku Farathid mula melepaskan pipinya. Perlahan lahan pipinya dibasahi airmata. Tengku Farathid mula berpaling menuju ke pintu.

"15 minute , I tunggu kat bawah."

Tengku Farathid meneruskan langkah. Membiarkan Kyra menangis sendiri.

Mahu tak mahu Kyra terpaksa menuruti kata kata Tengku Farathid. Dia menyiap kan diri ala kadar saja. Memakai blouse putih , scarf hitam nipis dibelitkan di leher.

Tengku Farathid menyukirkan senyuman setelah Kyra muncul menuruni tangga. Dia memandang ralit. Kyra cantik walaupun memakai pakaian sederhana seperti itu.

"Pandai you ni , saja nak nampak sweet ea."

Tengku Farathid memandang baju Kyra , dan memandang bajunya. Dia senyum. Kyra baru perasaan baju yang mereka kenakan berwarna sama. Macam mana dia boleh tak perasaan dari tadi Tengku Farathid memakai baju putih. Kalau dia lebih memberikan tumpuan , mesti semua ni tak jadi. Kesal hatinya. Kyra mula melangkah menuju semula ke arah tangga. Laju saja tangannya di pegang Tengku Farathid. Mukanya hairan.

"You nak pergi mana.?"

Tengku Farathid pelik.

"Tukar baju."

Sepatah dari Kyra. Tengku Farathid menarik lembut badan Kyra kearahnya.

"Takpayah. I suka."

Tengku Farathid menyentuh lembut pipi Kyra. Scarf hitam dileher Kyra dibetulkan. Tangan Kyra dipimpin menuju kearah pintu utama. Kyra hanya pasrah.