webnovel

Pelangi

Hujan rintik menganggu. Langit masih cerah tapi titisan hujan turun jua.

" Ala... tak best la macam ni!" runggut Dira.

" Tidak apa.. hujan sikit je.. tengok sana" Dira pandang arah jari telunjuk Nik. Jauh di sana ada warna-warna indah menghiasi langit.

" eh.. pelangi.. cantiknya!" kata Dira spontan melihat sang pelangi. Nik senyum.

"Cantik macam kamu" Katanya lagi. Dira tersipu dengan pujian itu. Dia jeling Nik sekilas.

" Ee... ayat! Manis mengalahkan madu.." Protes Dira. Nik senyum lagi. Benar. Dira adalah pelangi dalam hidupnya kini. Dia sebatang kara. Tidak beribu tidak berayah. Rumah anak yatim tempat dia berlindung dan membesar. Dia dapat tahu dari pengetua rumah yatim. Ibu dan ayahnya bukan orang baik-baik. Pengedar dadah. Kedua mereka mati ditembak ketika bertempur dengan polis. Nik hidup dalam tekanan. Dia benci ibu bapanya. Dia malu kerana berasal dari keturunan yang jahat. Dia rasa dirinya hina! Dan kerana itu dia menjauhkan dirinya dari semua orang. Dia benci hidupnya. Dia selalu dibuli dan diejek sebagai anak penjahat. Hasilnya dia menjadi seorang yang berhati batu dan pentingkan diri sendiri. Bila besar dia ikut jejak ibu bapanya dengan menjadi pengikut kumpulan mafia. Jual senjata api. Buat perniagaan haram. Dia sudah jadi ketua kawasan ketika jumpa dengan Dira.

" Kenapa melamun.." Nik tersentak. Tatapannya beralih pada wajah manis Dira. Hatinya tenang sebaik saja melihat Dira.

" Bukan.. Cuma pelangi tu. Cantik sangat. Dira tentu pelangi yang di hantar tuhan untuk Nik kan?" Dalam maksud kata-kata Nik. Entah kenapa hari ini fikiran Nik selalu menerawang melewati kisah-kisah lepas yang tersimpan dalam kepalanya. Dalam hidup Nik yang suram, Dira muncul dan menjadikan langitnya berwarna -warni. Dira menghela nafas panjang mendengar ucapan Nik. Dira tahu Nik sukar melupakan kepahitan silam. Hidupnya lebih banyak pahit berbanding manis.

"Pelangi datang lepas hujan turun. Cantik, indah.. Tapi warnanya yang indah tu tak kekal lama. Sementara saja. Ia hilang lenyap bila mentari terus bersinar garang.. macam Dira juga. Cantik Dira hanya sementara. Tak kekal. Sekejap saja akan kedut seribu.." Kata Dira membidas balas. Nik tertawa. Dia suka dengan bicara Dira. Dalam penuh makna.

" Cantik hati Dira tentu tahan lama. Sebab kecantikan hati Dira telah menjadikan semua yang pahit kini menjadi manis.." Kata Nik lagi. Sambil merenung mata Dira yang menawan. Menikmati senyuman Dira yang indah. Dira tertawa. Bunyi tawanya sungguh gemersik.

" Ah.. mulut manis..." Kata Dira sambung tertawa.

" Jom balik.. Baby dalam perut ni dah lapar." Kata Dira lagi sambil mengosok perutnya. Hampir 5 bulan. Cahaya mata sulung mereka.

" Baik Puteri.. hamba menurut perintah.." Balas Nik sambil menyorong kerusi roda Dira. Dira tersenyum manis mendengar kata-kata Nik. Sambil menyorong kerusi rodanya, Dira dapat rasa kecupan bibir Nik di kepalanya. Perit baginya selepas lumpuh kedua kakinya kerana menyelamatkan Nik yang hampir dirempuh lori. Bagaimana pun dia bersyukur kerana keperitan itu dibalas dengan kemanisan yang kini miliknya... Dan semoga akan terus menjadi miliknya.

Habis!

heee jangan marah. namanya kan kisah pendek :)