webnovel

Mahkluk paling bahaya

" Kaulah makhluk paling bahaya yang pernah aku jumpa" 

Kata-kata Faris aku sambut dengan gelak kecil. Dia menghulurkan not seratus padaku. Aku tersengih macam kerang busuk. Wang bertukar tangan dan aku dengan muka gembira berlalu pergi. Aku hanya perlu buat muka ala-ala comel bila meminjam wang ringgit padanya dan Faris tentu akan meminjamkan jumlah wang yang aku minta.

Faris. Dia kawan baik ku. Aku mengadu apa saja dengannya. Termasuk wang ringgit dan tangis amarahku. Dia memang selalu ada untuk ku. Adakalanya aku rasa Faris sebenarnya sukakan aku. Aku fikir macam tu sebab dia terlalu baik padaku dan selalu berusaha memenuhi kemahuanku. Dan bila kami bergaduh, dia selalu jadi orang pertama yang membuka pintu perdamaian antara kami. Dan kalau pun benar dia sukakan aku lebih dari rasa suka seorang kawan. Aku sama sekali tidak kisah. Bukan sebab aku juga ada rasa yang sama dengan dia. Tidak! Tapi aku rasa sungguh selesa bila boleh menmanfaatkan rasanya itu untuk kepentinganku. Dan Faris sentiasa mahu menyenangkan hatiku dengan memenuhi hampir ke semua kemahuanku. Sekalipun kalau aku minta dia bangun jam 2 pagi untuk memujuk ku yang menangis kerana ditinggalkan kekasih. Faris tetap akan bangun tak kira jam berapa pun aku mahukan dia berada di sisiku. Dia seakan-akan hak milik mutlak ku.

"Faris tu.. boyfren kau ke?" Tanya Nisda. Aku ketawa.

"Bukan..!"

" tapi kamu dua.. rapat. Macam pasangan kekasih pula aku tengok!" Katanya lagi.

" teman tapi mesra.." jawabku dengan senyuman nakal.

" Ish.. gedik!" Perli Nisda dengan muka menyampah di buat-buat. Aku ketawa. Tak peduli!

****

"Kau kenapa? Kau gaduh lagi dengan Haikal? Korang ni... kalau tak gaduh tak boleh ke?" Nada Faris sedikit keras. Mungkin dia bosan menjadi doktor cinta setiapkali aku mengadu hal-hal cintaku yang pelbagai ragam itu. Tapi aku tak peduli. Aku mahu Faris pujuk aku sampai aku ketawa semula. Luka hatiku selalu sembuh dengan lebih cepat selepas berjumpa doktor cinta bernama Faris ini. Aku sedikit tersedu-sedu. Faris berikan beberapa helai tisu lagi kepadaku.

" Dia ada perempuan lain.. aku tahu!" Kataku sambil mengelap hingusku. Penat aku menangis. Mata pun naik bengkak. Haikal keparat! tapi aku sayang dia! celaka sungguh hati ni. Degil!

" Ah.. kau bukan baru tahu sekarang. Kau dah lama tahu. Kau saja yang tak mahu percaya.." katanya seakan meramas luka hatiku dengan air garam. Aku semakin terluka.

" Kau datang ni nak pujuk aku ke nak tambahkan sakit hati aku hah!" marahku sambil menjelingnya tajam. Aku mahu shoulder to cry on. Bukan paku buah keras! 

" Aku datang nak pujuk kau.." Nadanya lembut dan dia senyum nipis.

" Habis tu.. ?" Marahku lagi. Geram!

" Habis tu.. aku fikir dah tiba masanya kau tinggalkan saja si Haikal tu. Lelaki tak guna macam dia tu tak layak untuk kawan baik aku yang comel ni.." Pujuknya lagi hingga aku tertawa sedikit. Pandai dia pujuk buat aku ketawa. Kemain seronok kena cakap comel.

" Faris.. kau sangat baik dengan aku! Terlalu baik.." kataku sambil pandang terus ke matanya.

" Mestilah aku baik dengan kau. Kaukan bestfren aku.. kita dah lalui macam-macam hal bersama... kalau kau orang lain aku tak larat la nak jumpa kau jam 2 pagi di sini. Baik aku buat taik mata ada juga faedahnya.." Kata Faris melenyapkan prasangkaku tentang teoriku yang dia sebenarnya sukakan aku. Tapi tak sangka rupanya kali ini mala petaka telah menimpa aku dan Faris. Kami tiba-tiba di kepung oleh sekumpulan orang. Pakai kopiah. 

"Tangkap mereka.. huh! Pasangan khalwat tak malu.."

Dan akhirnya dipendekan cerita, pasangan teman tapi mesra ini telah di-ijabkabulkan. Di tangkap khalwat dan dipaksa kawin. Hubungan yang tiada rasa cinta kini berakhir dengan perkahwinan? Habis boyfriend aku si Haikal keparat tu macam mana? aku masih sayang dia tau.. sob..sob.. biarpun aku gaduh dengan dia.. tapialah pemilik cinta hati ini.

******

"Kau makhluk paling bahaya di muka bumi ini yang pernah aku jumpa" Marah Faris bila akhirnya kami terpaksa akur menjadi suami isteri.

Sehabis majlis akad nikah kami berdua-duaan di dalam bilik pengantin. Mulanya memang ibu bapa kami marah. Faris sampai makan penampar ayahku. Kesian aku tengok Faris kena tempeling oleh ayah. Berbekas muka Faris, mujur tak lama kemudian bekas lima jari itu hilang juga. Dan mereka paksa kami menikah untuk menutup malu, mereka bertegas kerana menurut mereka kami memang rapat sudah bertahun-tahun lamanya. Memang macam pasangan kekasih. Sukar menolak sebab hakikatnya Aku dan Faris memang selalu berhubung. Kerap kelihatan bersama.  

" Sebab kau.. kita terpaksa kawin!" Rungutnya lagi.

 Aku terpukul. Tapi mulutku terkunci. Tak berdaya untuk membalas kata-katanya. Benar salahku. Tapi dia pun salah juga. Kenapa di ikutkan sangat kehendakku. Kenapa manjakan sangat 'kawannya' ini. Sekarang kami sama-sama menerima padahnya. Kawin? Oh.. sekelip mata aku sudah bergelar isteri. Malah yang tak bestnya kawin dengan bestfren.. tolong!!!

" Habis apa kita nak buat?" tanyaku bingung. Malam ni malam pertama kami sebagai suami isteri. Faris angkat bahu. Buntu.

" Faris... selama ni kau tak ada girlfren... kenapa? Kau tak berkenan pada sesiapa ke?" tanyaku setelah penat melihat kebuntuan kami berdua.

" Ada.. tapi perempuan tu tak layan aku. Lagi pun aku asyik dengan kau sampai semua gadis-gadis ingat kau kekasih aku. Semua tak nak dekat dengan aku.. semua salah kau!" katanya sambil jeling aku dengan muka menyampah. Eh! Ini buat aku naik hanggin ni.

" Aku pula! Hei.. Aku tak pernah paksa kau berkepit dengan aku ye. Kalau aku dah sekat peluang kau dengan gadis lain apasal kau layan aku juga tiap kali aku datang jumpa kau.. aku tak boleh terimalah kau tuduh aku macam tu!! Kau cakap melampau betul.. aku!aku! hish.. geram!" Aku tak tahu nak sambung macam mana. Rasa nak bagi dia makan penampar aku jer rasanya. Tapi tadi dia sudah makan penampar ayah aku. Kejam pula rasanya.

" Yelah.. kau tak paksa aku berkepit dengan kau. Tapi kau tu asyik bergantung dengan aku je. Semua nak mengadu dengan aku. Marah dengan bos pun nak report dengan aku.. gaduh dengan buah hati pun nak cari aku juga.." ungkit Faris dengan geram. 

Aku segera memotong..

" Jadi selama ni kau tak iklas la nak dengar semua masalah aku. Kau tak iklas dengan apa yang kau buat selama ni.. sekarang bila dah jadi macam ni kau nak ungkit tu semua salah aku?!" Kataku berapi-api. Mata Faris ku tenung tajam. Rasa kecik je dia di mata aku masa ni, sekali ngap dah lenyap.

" Tengok! Mula lah tu.. nak cari gaduh.." Marah Faris. dia jengelkan matanya.

" Habis kau yang mulakan.." Marahku balas. Diam.

Hampir 5 minit kami diam. Cuba untuk menenangkan amarah di hati.

"Maaf.." 

Kataku kemudian. Faris tergelak. Aku hairan.

" Kenapa ketawa?!" ketusku sedikit nada tinggi.

" Pandai juga kau minta maaf.. selalu tu asyik aku je yang mengalah" ujarnya menahan senyum. Aku jeling dengan menyampah.Tapi ada benarnya ucapan Faris. Dia selalu menangkan aku bila kami gaduh. Dia tak suka gaduh lama-lama. Biarpun aku yang salah. Dia maafkan aku tanpa perlu aku minta maaf dan kami berbaik semula sebab dia selalu mengalah. Teringat hal itu aku jadi rasa bersalah. Selama ini aku memang keras kepala. 

" yelah.. habis. Kita dah terperangkap macam ni.. aku tak sangka. Aku fikir kita mesti berbincang baik-baik untuk selesaikan masalah ni.." Kataku dengan fikiran yang mulai jernih. Apa-apa pun hal tentang kawin antara aku dan kawan baik ku ini perlu di lakukan sesuatu.

" Jadi.. pendapat kau?" tanya Faris muskhil.

" Ada dua pilihan.. teruskan perkahwinan atau cerai.." Ujarku memandangnya minta pendapat. Faris tarik nafas dalam. Dia tenung aku. Aku balas tenungan Faris.

" Isteriku yang comel. Sayang sungguh kalau kau jadi janda muda... Tapi kalau itu buat kau bahagia. Aku tak bantah" Entah kenapa aku terkejut dengan kata-katanya. Dia tak bantah pun usulku tentang cerai. Yelah.. dulu dia pernah cakap. Kalau dia kawin.. dia harap ia untuk selamanya. Tapi yalah.. kalau kawin dengan pilihan hati. Kalau kawin kena tangkap khalwat? Mestilah lain ceritanya kan.. dah tu dengan aku! kawan yang sudah macam adik beradik! naiya betul..

" Oh.. aku fikir kau akan tolak cadangan itu. Tapi aku nak tahu ni.. kenapa kau tak pilih untuk teruskan perkahwinan?" tanyaku ingin tahu. Bukan bermaksud yang aku terhegeh nak teruskan perkahwinan. Faris ketawa lagi.

" Kenapa? Kau rasa kalau kita teruskan perkahwinan dan jadi suami isteri yang sebenar boleh menjadi ke?" Aku terdiam. Menatap mukanya sambil membayangkan hal itu. Tapi susah betul nak bayangkan!

"er.. entah! Kita tak pernah jadi suami isteri. Mana aku tahu menjadi ke tidak.." Kataku dengan muka blur. Tentu pelik kalau Faris itu jadi suamiku yang sebenar. Eh? Kan kami memang dah sah suami isteri. Jadi dia memang suami yang sebenar.. tapi..

"Nak cuba?" tanyanya serius. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.

" Eh.. gila!" spontan.

" Aku tahu itu idea gila.." Dia ketawa kecil.

" Macam mana kawan baik nak jadi suami isteri kan?" tambahnya lagi. Aku angguk setuju.

"Lagipun kita masing-masing tidak cinta satu sama lain..aduhai.. rasa macam kawin dengan adik beradik pula.."sambungku. Dia terdiam mendengar ucapanku.

" Jadi.. keputusan kita..?" Aku pandang dia minta persetujuan.

" Er.. bercerai?" Tanyanya sambil pandang aku dalam-dalam.

" Tapi.. bagi tempoh? takan hari ni nikah.. besok nak cakap dengan parents yang kita nak bercerai?"Ujar Faris sambil memegang pipinya. Aku tahu Faris risau. Dia baru saja dapat penampar dari ayah aku. Kalau besok dia jumpa ayah nak bagitau yang kami nak bercerai.. mungkin bukan lagi penampar.. penumbuk.. penerajang pun dia dapat!

" Sebenarnya aku nak tanya.. apa dalam fikiran kau?" Tanyaku tak puas hati. Faris terdiam seketika. Kemudiannya menatapku dalam. Lain betul riak muka Faris saat menatapku. Macam 1st time aku lihat dia pandang aku dengan pandangan macam tu.

"Sebenarnya.. aku sudah putuskan untuk ikut apa saja keputusan kau. Kalau kau kata nak cerai... kita cerai. Dan kita tetap akan jadi kawan baik. Kalau kau kata nak teruskan perkahwinan.. aku akan teruskan perkahwinan ini.. asal kau bahagia. Aku tak kisah apa saja pilihan kau" jawab Faris sambil terus menatapku.

Dahiku berkerut. Aku tak faham. Kenapa semuanya tentang aku. Kenapa tak ada tentang dia. Kenapa dia perlu ikut keputusanku saja? Faris ni pelik la! Mana boleh macam tu.. bunyinya.. macam dia suka aku je. Paling tidak pun macam aku ni queen kontrol..!

" Tadi kau marah dan salahkan aku kerana sebabkan masalah ini menimpa kita berdua. Tapi sekarang kau nak ikut saja keputusan aku? Apa ni? Kau tak ada pendirian ke?" Kataku sedikit gusar. Aku tenung muka dia dalam-dalam.

" Alia.. Dengar! Aku marah kau sebab kau makhluk paling bahaya pernah aku jumpa dalam seumur hidup aku ni. Terlalu bahaya sebab kau buat aku tak boleh menolak apa pun permintaanmu.. Kau buat aku rasa yang aku mesti tunaikan kemahuanmu. Kau terlalu bahaya sebab kau buat aku rasa kebahagianmu lebih penting dari kebahagianku sendiri.. Jadi sama ada kau nak aku teruskan perkahwinan ini atau kau nak cerai. Aku akan makbulkan kemahuanmu.. jelas?" Kali ini aku terdiam. Cuba memproses baik-baik penjelasannya itu dan akhirnya aku merasakan teoriku yang dia sukakan aku adalah benar. Aku dongak ke wajahnya dengan wajah penuh tanda tanya. Dia tersenyum lembut membalas pandanganku.

" Kenapa? Kau.. sukakan aku ke?" Tanyaku ragu-ragu. Faris tertawa kecil.

" Tak.." Jawabnya mudah. Aku jadi bertambah pelik. 

" jadi kenapa kau sampai begitu sekali berkorban untuk aku?" tanyaku bingung.

" Bengap!" Marah Faris dan menjelingku dengan pandangan menyampah.

" Hei.. bengap?" Aku tak puas hati. Mahu saja aku ketuk kepala Faris sebab panggil aku bengap.

" Yelah bengap.. Aku bukan setakat sukakan kaulah! Bongok.. aku cinta! CINTA !! Susah sangat ke nak faham..?!" aku terlompong.

"Cin..." aku tak dapat teruskan ayat tu. terlalu terkejut.

" Jadi.. kau terima tak cinta aku?" Tanya Faris dengan muka merah. Entah kenapa aku rasa muka aku turut merah. Bodoh! Biul!

" Aku.. aku.."

" Yelah.. aku tahu. Aku bagi masa kau fikir.." Faris berlalu dengan cepat. Dan aku rasa lega yang teramat sebab terlepas dari siksa oleh rasa kekok bila dia berlalu. Dan keresahan mula memburu seluruh ketenangan hatiku. Sebetulnya dulu aku fikir... aku rasa tak kisah kalau dia cintakan aku. Aku dah fikir perkara ini lama dulu. Tapi.. bila keadaan berubah begini? Bila aku sudah dengan sahnya menjadi isteri kepada kawan baikku yang memang cintakan aku.. so patutkah aku terus jadi isteri dia? Tapi isihati aku macam mana?

****

" Kau akhirnya kahwin juga dengan 'teman tapi mesra' kau tu ye" Nisda memerli. Telingaku sudah lali dengan kata-kata perli dari Nisda. Aku tak kisah sangat. Aku dah masak perangai Nisda dan begitu juga sebaliknya.

"Aku risaulah. Sebagai kawan mungkin kami okey.. tapi bila jadi suami isteri pula nanti kami tak ok. Paling penting.. aku tak cintakan dia!" keluhku. Nisda menatapku. Tatapan simpati yang menyakitkan hati.

" Ada orang cakap.. orang cakap ye. Bukan aku cakap. Lebih baik menerima orang yang mencintai kita daripada mengejar orang yang kita cintai.. amacam? Kau boleh guna itu sebagai pegangan?" Aku hembus nafas berat. Betul kata Nisda. Apa salahnya aku terima cinta Faris sahabatku itu. Tapi Faris? membayangkan muka Faris aku jadi mengeluh.. Dia kawan aku! Aku langsung tidak berdaya untuk tukar dia jadi kekasih..

" Betul cakap kau. Aku pun ada fikir macam tu.. tapi entahlah.." 

Dan petang itu aku pulang dengan satu azam. Aku akan tanam bibit-bibit cinta dalam hati untuk Faris. Lagipun Haikal atau lelaki lain hanya tahu sakiti hatiku dan aku biasanya mengadu pada doktor cintaku itu juga- Faris. Dia selalu ada dengan tisu untuk aku mengesat airmata. Dia selalu ada dengan bebelan memarahiku bila aku sakit hati.. 

" Faris.. aku nak cakap keputusan aku dengan kau" kataku sebaik saja bersemuka dengannya. Faris mengangguk. Mukanya tegang. Aku juga. Aku kira ini saat genting untuk kami. Seolah-olah soal hidup dan mati.

" Jadi...?"

" Kau cintakan aku?" Tanyaku tenang. Faris angguk. Mukanya serta merta merah.

" Tapi aku tak cintakan kau.." Ucapku perlahan, tidak mahu menguris hatinya.

" Aku tahu.. Jadi..?" Dia tenang. Seolah-olah sudah bersedia dengan keputusanku.

" Jadi.. aku mahu belajar mencintaimu.. ajar aku untuk jatuh cinta dengan kau Faris.." kataku perlahan. Faris terlompong. Tidak percaya. Aku mengangguk menyakinkannya. Keputusan yang bukan mudah. Tapi nekad.

" Terima kasih.." Ucapnya kemudian. Senyumannya berbunga. Aku melihat sinar matanya kelihatan bahagia. Dan sekurang-kurangnya aku merasa gembira melihat sinar matanya yang bahagia itu. 

"Faris.. kau telah jadi makhluk paling bahaya aku pernah jumpa abad ini.. mungkin aku akan menyesal dan aku akan salahkan kau..kita akan bergaduh setiap hari.. mungkin kau akan bosan dengan perangaiku yang tak habis-habis.. mungkin ini tidak berhasil.. tapi..apapun.. biar kita cuba saja.." kataku dengan tertawa kecil sambil melawan rasa tidak percaya atas keputusanku sendiri. Aku tidak cinta Faris.. tapi aku tidak benci dia. Sayang? aku sayang dia sebagai kawan.. tapi mampukah aku jadikan sayang itu sebagai cinta? Aku harap aku akan temui jawapan itu..

" Aku tahu.. tapi aku tak sanggup jadi kawanmu untuk selamanya.. " jawabnya sambil tersenyum nakal. Dan senyuman doktor cinta itu semakin jahat di mataku lebih-lebih lagi bila dia mendekat padaku. Dia kelihatan berbeza.. seakan-akan ingin membahamku saat itu juga.  Aku hampir saja ingin menarik balik keputusanku tadi. sebelum aku sempat membalas kata-katanya, Faris menyambung lagi..

" Aku memang makhluk paling bahaya buatmu malam ini. Tapi kau sudah masuk dalam jeratku! terlewat untuk menyesal sebab kau sudah jadi isteriku yang sah... dan..." 

Dan..seketika kemudian, mahkluk paling bahaya itu menyeringai memandangku!!! Mataku terbeliak memandang senyumannya. Senyuman seperti pemangsa. Faris mendekat..

"Tolong....!!" jeritku.

Aku segera melarikan diri sambil ketawa kuat lalu di kejar oleh Faris. Langkah kecil ku mudah dipatahkan oleh Faris. Dia merangkul ku erat dari belakang dan mencium rambutku dengan perlahan.. aku berpaling menghadap ke wajah Faris. Aku nampak 'cinta' bersinar-sinar di matanya ketika merenung mataku.. Aku terpaku melihat'nya'. Seperti terpukau.. Faris tersenyum lembut.. perlahan mengucup dahiku. Lama..

" I Love you Alia.."

Bisik Faris. Sekali lagi mengucup dahiku... seperti ada sesuatu yang mencair di dadaku. Aku tak tahu apakah itu...

Mungkin.. aku akan jatuh cinta dengan Faris.. Mungkin.

Habis!