webnovel

I love you sir

Sir.. saya tak faham yang ini, saya dah cuba buat ikut formula yang Sir bagi tapi masih tak dapat"Nadia menunjukkan satu soalan kepada pensyarah muda yang selalu serius itu. Raqif mengeluh. Pelajar tahun satu yang seorang ini memang tak habis-habis. Ada-ada saja soalan. Dia tahu pelajar itu pelajar yang bijak. Dan tekun membuat latihan.

"Soalan yang semalam kamu dah boleh buatkan.. kan sama saja. Mari saya tengok.." Raqif mula memberi tunjuk ajar.

" Okey? Faham?' Tanya Raqif pada Nadia. Nadia mengangguk sambil mempamirkan lesung pipinya yang comel.

"Kamu pelajar yang bijak sebenarnya. Saya yakin kamu boleh dapat skor A untuk subjek saya.. Tapi nasihat saya, jangan asyik belajar saja. Kamu perlu juga meluangkan masa untuk diri sendiri. Bergembira dan bersama kawan-kawan.. Kamu tak stress ke asyik belajar saja? Saya nampak kamu terlalu memaksa diri..." Nasihat Raqif pada Nadia.

" Sir.. saya ni orang susah.. bukan orang senang, Jadi.. Saya tak ada masa nak berpoya-poya atau honey moon macam kawan-kawan yang lain.. Saya perlu cemerlang supaya saya boleh dapat kerja yang baik nanti.. saya ada ramai adik untuk di tanggung, dan saya selalu tak cukup masa sebab saya kena kerja sambilan selepas habis kelas.. jadi waktu macam nilah saja yang ada untuk saya full blast" Penjelasan Nadia buat Raqif terkedu. Rasa kasihan mengigit hatinya.

" kamu kerja sambilan? Di mana?"

" Er.. Di gerai mak saya.." Kata Nadia malu-malu.

"Kerja, belajar dan masa muda harus seimbang. Remaja hanya sekali.. jadi saya tak harap kamu terlalu berlebihan. Kamu ni pelajar kegemaran saya.. Saya tak mahu kamu jatuh sakit kerana terlalu memaksa diri" Kata Raqif lagi. Nadia tersenyum senang dengan pujian dan keprihatian.

" Nanti kalau ada masa free saya datang makan kat gerai mak kamu tu.. kat mana tu?" Nadia ternganga dengan kata-kata Raqif.

" Be.. betul ke Sir nak datang makan kat gerai kami..?" Nadia hamper tergagap.

"Yelah.. tak salahkan support perniagaan Mak kamu.. itu satu cara saya nak bantu kewangan keluarga kamu.." Raqif menyahut dengan yakin.

****

"Tolonglah Ferra.. aku nak jadi assistant kau kat gerai tu.. aku sanggup kerja tanpa gaji.." Ferra ketawa terbahak-bahak.

"Tulah kau.. mengorat pensyarah punya pasal, sampai kau kelentong yang kau ni anak orang susah la.. kerja kat gerai makan tepi jalan la.. kan dah terjerat sendiri" Ferra terus ketawa sambil memegang perutnya kerana tak tahan menahan gelihati.

"Cis... kau ni! Mana aku tau yang Sir Raqif tu akan offer nak datang makan kat gerai tipu aku tu.. heee.. macam mana ni.." Nadia buntu. Pasal nak selalu berada dekat Sir Raqif, Dia sudah banyak buat kelentong..

" Kau belajar jer lah baik-baik.. ingat nak pikat pensyarah jer kau ni. Kalau dady kau tahu maunya dia kawinkan kau cepat-cepat dengan si Azrul tu.."Kenyataannya hidup Nadia jauh menyimpang dari apa yang di khabarkannya pada Raqif. Dia sebenarnya anak tunggal pemilik syarikat kontraktor yang agak berjaya. Kelak dialah yang akan ambil alih syarikat itu bila tiba masanya. Azrul itu pula adalah rakan niaga Ayahnya. Azrul sudah berkali-kali memikatnya tapi Nadia muak dengan topeng lelaki itu. Dia tahu Azrul cuma mahu memikatnya untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam Syarikat mereka.

****

Dan seperti yang di janjikan Raqif benar-benar datang ke gerai mak Ferra yang kononnya Gerai Nadia. Hati Nadia berbunga-bunga kerana kesungguhan Raqif memberi sokongan padanya. Hampir setiap hari Raqif datang makan ke gerai itu dan hampir setiap hari Nadia keletihan gara-gara kebodohannya sendiri. Dia terpaksa pura-pura berkerja di situ untuk Raqif. Kerja tanpa gaji.

" Sir.. Ini saya bawa nasi kuning untuk Sir. Tanda terima kasih pada Sir sebab telah banyak beri tunjuk ajar pada saya.." Raqif tersenyum lebar.

"Susah-susah saja kamu ni.. Tapi untuk pelajar kegemaran saya yang berjanji hadiahkan A+ untuk saya.. saya akan terima ini sebagai penghargaan.." Kata Raqif sambil membuka kontena berisi nasi kuning sambal bilis kesukaannya. Nadia kembang kuncup mendengarnya. A+? oh.. itu pasti akan di capainya! Untuk Mu Sir Raqif hehe..

3 bulan kemudian.

" Er.. makcik. Er.. Anak makcik mana?" Tanya Raqif setelah melihat tidak ada kelibat Nadia di gerai itu.

" Anak makcik? Kenapa?" tanya Mak Ferra sambil merenung wajah Raqif yang kacak itu. Kalau nak di buat menantu pun kena juga gaya ni.

" tak.. begini.. Saya ni pensyarah dia.. Saya baru saja dapat keputusan peperiksaan semesta pertama anak makcik. Keputusan dia cemerlang.. tu yang saya datang nak ucapkan tahniah pada dia.. Dia tu pelajar terbaik saya.." Terang Raqif sambil tersengih. Malu juga asyik di tenung oleh Makcik itu.

"Peperiksaan? Eh.. sejak bila pula anak aku tu ambil periksa.. kejap ye.. Ferra.. Oh Ferra. Ke mari kejap..."

" Apa dia mak.." Ferra terkejut melihat Raqif di situ.

" Kamu? Bukankah kamu kawan Nadia?" Tanya Raqif keliru.

" Yelah.. Ini anak saya. Nadia tu kawan baik dia.. Dia tak datang menolong di sini hari ni.. Kelmarin Dadynya datang marah-marah di sini. Siapa tak marah anak kesayangan kerja di gerai buruk ni tanpa gaji.." Secara tak sengaja kata-kata mak Ferra telah jadi satu penjelasan yang membuat Raqif serasa sesak nafas!

****

" Apa sebenarnya ni Nadia.. kamu kata kamu anak orang susah.. kamu kata kamu tolong mak kamu berniaga di gerai. Tapi sebenarnya kamu anak orang berada.. kamu susah-susah tipu saya kononnya kamu kena tanggung keluarga tu kenapa?" Marah Raqif pada Nadia. Nadia tunduk. Tak berani memandang wajah kacak pensyarah kesayangannya itu.

"Kenapa diam?" Tanya Raqif dengan nada tinggi. Nadia perlahan-lahan mendongak.

" Saya.. saya.." Dia tak dapat menyambung kata-katanya.

" Hah! Saya apa...?" Geram Raqif melihat muka cantik Nadia yang sudah memperbodohkannya. Simpatinya selama ini di jadikan bahan mainan oleh Nadia.

" Saya sukakan Sir..se.. sebab tu saya tak sengaja tipu Sir.." Raqif tersedak. Biar betul Nadia ni.

" Kamu.. kamu buat semua ni sebab suka saya?" Tanyanya macam tak puas hati. Nadia mengangguk. Mukanya merah padam. Tapi hanya berterus terang saja jalan yang ada sekarang.

"Kamu ni masih pelajar.. berani pula buat hal-hal macam ni dengan saya.." Marah Raqif sambil tenung muka Nadia tajam.

" Kamu ingat.. kamu tak boleh sukakan saya.. Kamu tak boleh macam ni.. Faham? Kamu mesti ingat yang kamu tu pelajar dan tugas kamu patutnya belajar" Tegas Raqif.

" Tapi.. Sir pernah cakap.. Masa remaja hanya sekali. Dan perasaan saya pada Sir ketika ini tak boleh berubah begitu saja.. Sir yang bagi harapan pada saya yang saya boleh bercinta walaupun masih belajar.. sekarang Sir tolak perasaan saya.." Nadia mula menangis. Hatinya terasa luluh. Raqif panik. Dia bukannya pandai pujuk orang perempuan nangis.

" Sudah.. sudah.. Saya bukannya bermaksud nak sakitkan hati kamu.. Saya bukan tolak perasaan kamu.. Saya cuma.. ah! Senang cakap.. kamu pastikan yang kamu masih suka saya bila dah habis belajar nanti. Lepas tu baru saya akan bagitau apa keputusan saya.." Muka Raqif merah padam. Nadia terkedu. Tangisnya hilang entah ke mana.

" Saya masih boleh suka Sir ke?" Raqif mengangguk perlahan. Kekok. Nadia tersenyum lebar.

" jadi.. Kalau begitu.. saya keluar dulu... er.. bila saya boleh dating dengan Sir.." Kata Nadia mengusik.

" Eh.. budak ni! Tunggu kamu habis belajar.. baru boleh cakap pasal dating.." Kata Raqif sambil menahan senyum. Hakikatnya memang sudah lama sukakan gadis comel itu. Pelajar terbaik kesayangan itu hanya alasan saja. Saban petang makan di gerai tu pun cuma alasan. Nadia melangkah pergi.. tapi tiba-tiba berpatah balik..

" Ah.. ya Sir.." Nadia bersuara.

" Apa lagi Nadia?" Tanya Raqif control Macho. Sebenarnya hatinya berbunga-bunga.

" Sir.. I Love you.." Dan Nadia berlari ke pintu. Raqif tertawa dan mengeleng-gelengkan kepalanya.

" I love you too.." Bisiknya perlahan dan tertawa pada diri sendiri.

Habis!!!