webnovel

Episode 30 : Gantung

*READER CAUTION ADVICE. VIOLENCE CONTENT. PLEASE DO NOT FOLLOW THE ACTION BELOW AT ANY CIRCUMSTANCES.*

Kalau senyap itu umpama pedang yang tajam, rasanya sudah terbelah dua semua yang ada di dalam pejabat dekan waktu itu. Betapa tegang dan serius sekali keadaan yang menghuni bilik tersebut kerana Dekan Lorenzo tersepit antara dua kuasa besar yang lelaki itu sendiri tidak boleh hadapi seorang diri.

         "Adakah semua ini masuk akal?Bagaimana sebuah akademi berpengaruh membiarkan pelajar bermasalah seperti dia ini berada di sini?!"Grand Duke Noah, bapa kepada pengawas lelaki yang menjadi mangsa tumbukan Darra tunding jari ke arah Darra yang duduk di sebelah Duke Elijah. "Memangnya di sini tempat untuk menimba ilmu atau tempat untuk melahirkan bakal penjenayah?"

Ya. Kejadian yang berlaku di asrama pelajar lelaki telahpun sampai ditelinga mereka semua. Dari dekan, ibubapa, master sehinggalah para pelajar akademi. Berita bahawa Darrius Emmerson anak kepada Duke Elijah Kirk telah membelasah Ketua Pengawas Alexandra Lawson hingga menyebabkan kecederaan dan patah hidung.

Maka hadirlah Grand Duke Noah dari negeri sebarang, sepupu kepada raja di sana untuk bertemu dengan Darra, si pelaku yang dikatakan telah mencederakan anak lelakinya.

Seperti yang diketahui, Duke Elijah sentiasa tenang tidak kira apa sekalipun situasi tersebut. Wajah lelaki tersebut sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun emosi. Malahan renungan di mata Duke Elijah kosong serta dingin.

Anthony di sebelah pintu dengan dua pengawal milik Grand Duke Noah berdiri di situ memerhatikan situasi tegang di situ tidak mampu melakukan apa-apa.

         "Berdiri Darrius."arah Duke Elijah dengan mendatar. Tidak memandang sesiapa kecuali termenung melihat ke lantai. Dia duduk tegak di kerusi selayaknya seorang Menteri Pertahanan berkelakuan.

Mahu tidak mahu Darra pun menurut. Dia berdiri dengan kedua tangan di belakang badan dan mendabik dada.

Grand Duke Noah melirik Darra dari atas ke bawah dengan renungan judging. Berasa tidak percaya melihat penampilan anak muda tersebut.

         "Adakah benar kamu telah menumbuk anak Grand Duke Noah sehingga hidungnya patah?"Duke Elijah bertanya.

         "Ya tuan."jawab Darra memandang penuh benci akan Alex. Hidung lelaki itu kebiruan walaupun sudah bertampal dengan pembalut. Darra tahu, kalau dia cuba mempertahankan diri dan memberi penjelasan, ayahnya tidak akan mempedulikan semua itu malah ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi untuk memudahkan urusan, sebaiknya dia mengaku sahaja salah.

Dekan Lorenzo sudah gelisah di belakang meja. Mata lelaki itu melirik silih ganti akan Duke Elijah serta Grand Duke Noah. Sudahpun tadi dia menjelaskan isu sebenar kepada Duke Elijah dan Grand Duke Noah apa yang terjadi sebelumnya.

         "Semua ini tidak akan terjadi sekiranya anak tuan tidak menghalang Alex menjalankan tugasnya sebagai pengawas lewat malam tadi. Dan hanya kerana alasan Alex mahu membuat pemeriksaan fizikal, anak tuan dengan beraninya mengangkat tangan ke muka dia!Patut ke tidak itu?"soal Grand Duke Noah bernada keras namun tidak tinggi.

Lantas Duke Elijah memandang ke arah Darra. Di tatap wajah merah Darra itu untuk seketika memikirkan keadaan cemas dimana Darra hampir ditanggalkan pakaiannya di hadapan umum Lagi-lagi di depan ramai lelaki secara terbuka. Memang salahnya kerana memulakan semua ini. Namun dia tiada pilihan lain.

         "Saya tidak tahu bahawa dalam peraturan akademi ini menetapkan undang-undang dimana pengawas boleh memaksa dan melakukan pemeriksaan fizikal tanpa persetujuan pelajarnya. Sekiranya saya tahu akademi ini mengamalkan sistem disiplin ini sudah tentu saya memberi tunjuk ajar kepada anak lelaki saya.."beritahu Duke Elijah. Dengan dingin renungan penuh aura kegelapan dilemparkan ke Grand Duke Noah tanpa rasa gentar.

Hilang terus riak bengis dari wajah Grand Duke Noah taktala lelaki itu bertentang mata dengan Duke Elijah.

         "Setahu saya, pengawas hanya diberi kuasa untuk membuat pemeriksaan berdasarkan arahan yang diberi oleh master sahaja. Dan tidak pula saya dapati dimana-mana bahagian dalam buku peraturan mengatakan pengawas boleh membuat pemeriksaan fizikal terhadap pelajar atau menanggalkan pakaian mereka di hadapan umum semata mahu memperoleh bukti...adakah saya silap di sini?"tambah Duke Elijah lagi.

Alex jadi menikus di samping Grand Duke Noah apabila Duke Elijah menyatakan semua itu. Berasa sentap kerana apa yang diberitahu itu langsung tiada salahnya.

         "Tidak bermakna anak tuan ini boleh melakukan kekasaran pada anak saya hingga cedera."bidas Grand Duke Noah dengan tegas. "Apa yang menjadi masalahnya?Mereka sama-sama lelaki pun. Tiada siapa kisah kalau anak tuan berbaju atau tidak!"

Berketik rahang Darra apabila mendengar balasan kata Grand Duke Noah itu. Dia hampir mahu menempik. Namun niatnya itu terbatal apabila ayahnya bersuara.

          "Baiklah. Kalau benar anak saya bersalah dalam hal ini, apakah yang grand duke mahu cadangkan bagi menyelesaikan masalah ini?"tanya Duke Elijah. Disebabkan Grand Duke Noah adik kepada raja negeri sebarang, dia tidak boleh ambil risiko untuk mencipta masalah dengan mereka. Jadi sama ada Darra bersalah ataupun tidak, dia perlu ketepikan dahulu supaya kejadian ini diselesaikan serta merta tanpa melibatkan mana-mana pihak lain.

Terkedu kerananya, Darra pandang tidak percaya ke Duke Elijah. Macam tu aje?Betapa sakitnya perasaan yang dia rasakan. Ayah dia sedar ke tidak apa yang hampir terjadi pada dirinya? Ayahnya yang meletakkan dia dalam situasi ini...dan lelaki ini dengan mudah lepas tangan?

         "Hutang emas dibayar emas, hutang darah dibayar darah.."beritahu Grand Duke Noah.

Anthony menahan nafas terkejut. Matanya terbutang luas.

         Dekan Lorenzo pun apalagi, dia terus menyampuk. "Tuan...janganlah begitu. Takkan la sehingga serius begitu. Biasalah anak muda...bergaduh di antara mereka adalah perkara biasa. Kita boleh selesaikan hal ini dengan cara baik."dia enggan ada sebarang pertumpahan darah di sini!Hilang akal apa.

         "Baik. Kalau itu yang tuan mahukan. Tapi dengan syarat..."Duke Elijah.

         "Syarat apa?"kening Grand Duke Noah berkerut tidak faham.

         "Saya yang akan beri hukuman itu."beritahu Duke Elijah.

Mata Darra sudah menggigil ketakutan. Dia hampir mahu jatuh melutut di situ kerana ayahnya bersetuju untuk menghukum dia untuk kesalahan yang dia tidak lakukan?!Mahu bersuara, dia tidak mampu!Inikan lagi melawan dan membantah, jauh sekali!

         "Ayah.."panggil Darra dengan lemah.

Alex pandang kejung taktala melihatkan Duke Elijah begitu bersahaja mencadangkan hal tersebut.

        "Duke Elijah....jangan begini.."halang Dekan  Lorenzo sudah bangun dari kerusinya. "Kita boleh berbincang lagi..."

Sambil menanggalkan glove putih dari tangannya sambil itu Duke Elijah beritahu.

         "Seperti yang Grand Duke Noah katakan, anak lelakinya hanya jalankan tugas sebagai pengawas sewaktu memaksa Darrius menanggalkan pakaiannya hanya kerana Darrius enggan beri Kerjasama sewaktu pemeriksaan dijalankan. Jadi dalam hal ini Darrius bersalah kerana tidak beri Kerjasama kepada arahan diberikan. Untuk itu Darrius ambil keputusan dengan menumbuk Tuan Muda Alex kerana Darrius tidak menerima kenyataan kehormatannya hampir dicabul oleh ketua pengawas dan rakan setugas Tuan Muda Alex kerana arahannya walaupun dia seorang lelaki."

Menggeletar kedua belah lutut Darra apabila dia melihat ayahnya bangun dan sedang bersedia hendak menghukumnya di situ. Nafasnya sudah tersekat-sekat hendak diserang panik. Apa yang ayahnya akan lakukan kali ni!

Anthony sudah tidak tenteram melihat cik mudanya yang tidak bersalah bakal disakiti sekali lagi. Ikutkan hati mahunya dia menjadikan dirinya sebagai ganti untuk dihukum buat pihak cik mudanya.

Berdiri saja Duke Elijah dihadapan Darra, dia pandang tepat ke mata itu dengan kosong.

Darra pandang merayu ke Duke Elijah sambil menggeleng kepala enggan kepadanya.

Grand Duke Noah mula berasa tidak senang kerana kenyataan Duke Elijah itu. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia berasa yang bersalah dalam situasi ini adalah anak lelakinya bukanlah anak Duke Elijah.

SNAP!

Duke Elijah mengeluarkan baton dari tali pinggang.

         "Duke Elijah...hentikannya."arah Dekan Lorenzo tidak sempat apabila Duke Elijah menghayun baton itu lalu mengenai tepat ke Darra.

Ekoran pukulan itu Darra tercampak kuat ke tepi hingga menyebabkan suara merintih kesakitan kedengaran dan tubuh itu bergulung.

Anthony sudah maju ke depan, lelaki itu kelihatan penuh kengerian.

Dekan Lorenzo tanpa sedar menahan nafas dengan kuat kerana terkejut.

Sementara Alex sudah membutang mata terperanjat yang amat sangat. Dia tidak menyangka Duke Elijah begitu nekad menyakiti anak sendiri.

         "Bangun."arah Duke Elijah.

Dalam kesakitannya itu, Darra gagahkan juga dirinya untuk bangun. Dia tidak berani hendak berlengah kerana khuatir ayahnya akan naik angin. Dan bila dia angkat kepala, darah merah crimson perlahan-lahan mengalir turun dari dahinya. Air mata sudahpun bergenangan di tubirnya kerana dalam kesakitan yang amat sangat terutama sekali dibahagian kepala.

Sekali lagi Duke Elijah mengangkat baton ke Udara. Bersedia hendak memukul Darra.

          Tetapi Grand Duke Noah lekas-lekas bangun. "Cukup Duke Elijah."tegahnya serta merta.

Dah mengalah?Sekejap betul. Duke Elijah pandang funny ke Grand Duke Noah.

         "Kenapa?Bukan ke tuan yang mencadangkan   penyelesaian ini?Hutang emas dibayar emas, hutang darah dibayar darah...anak saya patahkan tulang anak tuan, jadi untuk membalas perbuatan anak saya, tulang dia juga saya perlu patahkan, tak begitu?"beritahu Duke Elijah dengan dingin.

          Berasa seram sejuk dengan suara itu Grand Duke pandang ke Darra dengan kening mencerlung. "Cukup."beritahunya dengan malu. "Saya sedar bahawasanya, memang benar anak lelaki saya yang bersalah kerana memaksa Darrius membuka pakaian di depan umum. Jadi hentikannya."

Barulah Duke Elijah menurunkan tangan berbaton ke bawah. Pengakuan tersebut buatkan dia berasa geli hati. Tadi bukan main beritahu anaknya yang bersalah dalam hal ini dan sekarang tiba-tiba tukar kenyataan pula.

         "Jangan begitu tuan. Saya perlu tunjuk kepada tuan bagaimana saya mendidik anak saya. Supaya tuan muda Alex berpuas hati. Dan tuan tidak akan claim yang saya tidak mendidik anak saya dengan baik. Tidak begitu?"tambah Duke Elijah. Menyiram garam ke luka mereka. Sudah sedar diri salah masih juga mahu menegakkan benang yang basah kenapa!?

Berderau tidak berdarah muka Alex apabila Duke Elijah memberi renungan maut kepadanya. Memberitahu tahu dia bahawa dalam situasi ini yang bersalah adalah dirinya bukan anak lelaki itu. Dan kerana tidak berani bertentang mata dengan lama, Alex terus menundukkan kepala ke bawah.

Merah padma wajah Grand Duke Noah dek berasa malu ditegur dengan Duke Elijah sebegini rupa. Semua orang kenal siapakah Duke Elijah. Jadi Grand Duke Noah sudah maklum yang dia akan menemui Duke Elijah jadi dia tidak terkejut sangat. Tapi tidak tahu pula yang dia akan saksikan semua ini di depan mata secara langsung. Lelaki ini sememangnya seperti yang diberitahu kebanyakan khabar angin. Bukan setakat tiada perasaan, malah sangat sadis!

         "Jangan risau...saya tidak akan membunuh anak saya. Saya hanya akan patahkan tulang dia untuk balas semula perbuatannya kepada Tuan Muda Alex..."Duke Elijah kembali mengangkat tangan hendak memukul Darra dengan batonnya. Dia takkan berhenti selagi sipelaku enggan mengakui kesalahnnya.

SMACK!

        "Argh!"ngerang Darra penuh kesakitan, terbaring dia dalam keadaan mengiring di atas lantai sesaat kemudian. Sampaikan semasa dia cuba bangun semula, Darra rebah ke lantai kerana tidak kuat lagi.

         "Bangun sekarang Darrius."arah Duke Elijah.

Mata Anthony sudah kemerahan. Air mata mula mengancam mahu mengalir melihat cik mudanya dalam kesakitan.

          "Sakit ayah."rintih Darra sambil menggengam erat jari jemari cuba mengagahkan diri untuk berdiri.

          "Tulang kamu belum patah lagi...jadi bangun sekarang."arah Duke Elijah saat tunduk memandang Darra di lantai sedang bergelut hendak berdiri.

Setitis demi setitis darah jatuh menitik atas lantai.

Dekan Lorenzo begitu gerun. Dia terlalu terkedu hingga peluh dingin merintik di sekitar dahi dan tapak tangan.

Bersama kudrat yang ada Darra paksakan diri untuk berdiri semula. Dan selepas berdiri, darah merah sudahpun membasahi sekitar leher serta uniformnya. Dia pandang kuyu wajah dingin ayahnya bersama air mata mengalir turun dari tepi mata. Dia terima nasibnya. Andai kata ini dapat puaskan hati ayahnya dia terima. Janji ayahnya akan tetap mengakui dirinya sebagai anak.

Alex yang tidak dapat lagi menyaksikan hal tersebut terus berdiri.

          "Tuan. Saya bersalah. Memang saya yang bersalah. Saya tahu Darrius tidak melanggar sebarang peraturan. Jadi saya cuba cari kesalahan dia untuk buatkan dirinya dihukum. Sebab itu saya paksa dia buka jaketnya walaupun saya tahu dia tidak melakukan apa-apa kesalahan."lafaznya dengan satu nafas. Betapa traumanya dia. Pertama kali dalam hidupnya dia alami kejadian sebegini.

          Grand Duke Noah begitu tidak terkata. Rahang lelaki itu jatuh sebaik saja anak lelakinya habis bersuara. "Alexandra!"

           "Maafkan saya."tunduk Alex lagi.

Barulah Duke Elijah memendekkan batonnya dan diseluk ke dalam poket pinggang seluar. Kan senang...apa yang susah sangat nak mengaku!Tunggu orang separuh mati dibelasah baru hendak bersuara?!

         "Oh iya ke?"respon beliau kemudiannya semasa menghadap Grand Duke Noah dan Alex waktu itu. "Kalau begitu, adakah isu kita telah selesai di sini?grand duke?dekan?"tangannya yang berdarah di kesat dengan sapu tangan.

Dekan Lorenzo tidak mampu hendak memberi sebarang jawapan dengan soalan Duke Elijah kerana masih belum sedar dari terkejutnya.

Sementara Grand Duke Noah yang berasa begitu malu teramat sangat terus bangun dan berarak keluar tanpa mengerling ke anak lelakinya sedikitpun.

          "Tuan muda..!"panggil Anthony semasa mendapatkan Darra. Dipeluk tubuh kecil itu ke dalam pelukan dengan berhati-hati. Dia begitu takut sehingga buatkan tangannya ikut menggigil apabila melihat darah yang membasahi cik mudanya. "Bertahan tuan muda.."rambut yang menutupi dahi itu di selak terketar-ketar.

Ekoran kecederaannya yang dialami, Darra lemah longlai dalam pelukan Anthony. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri sesaat kemudian. Kepalanya terlentok tidak berdaya di dalam tangan Anthony.

         "Beri kenyataan bahawa Darrius digantung selama dua minggu. Dengan alasan kerana menyakiti anak Grand Duke Noah dari Negeri Amora."arah Duke Elijah saat menyarung semula sarung tangan putih ke tangan yang sudah bersih dari darah tadi. Dia pandang akan Dekan Lorenzo. "Saya akan beri perintah berkurung kepada Darrius di kediaman Kirk."beritahunya. "Saya harap seluruh pelajar akademi selepas ini akan berpuas hati dengan berita anak lelaki saya akhirnya berjaya mencipta masalah seperti yang mereka inginkan."Duke Elijah tersenyum senang.

Begitu tidak terkata, Dekan Lorenzo hanya mampu mengetap gigi kerana menahan rasa gerunnya terhadap Duke Elijah waktu itu.

Alex waktu itu pula masih berdiri di hadapan Duke Elijah sudah pucat lesi. Betapa menyesalnya dia rasakan. Sampaikan mahu berhenti membuat jahat selepas ini pun ada. Tindakan Duke Elijah cukup meninggalkan trauma besar dalam dirinya sepanjang masa dia belajar dalam akademi buat pertama kali.

Anthony dukung Darra bersama air mata ditahan kuat agar tidak mengalir waktu itu juga. Jiwa tuanya tidak lagi kuat menyaksikan semua ini!