Kening Darra berkerut.
Dia mengedipkan mata untuk beberapa kali kerana mahu memastikan yang dia tidak salah melihat.
Mimpi ke?
Atau dia terlalu letih hingga melihat ibunya sedang berdiri dihadapannya saat ini.
"Selamat datang Duke Brett. Terima kasih kerana sudi meraikan majlis kami. "tegur Alfareeze terlebih dahulu. Dia menghulur tangan untuk berjabat.
Bersama senyuman senang di bibir, Duke Brett mengangguk kepala membalas jabat Alfareeze. "Terima kasih juga kerana mempelawa kami ke sini...saya baru sahaja berbual dengan Duke Elijah. Beliau telah menjelaskan semuanya dari awal. Untuk itu, saya ingin mengucapakan sekali lagi terima kasih kerana menemukan mereka semula."ucapnya perlahan sebelum menarik Alfareeze ke dalam pelukan. Rupa-rupanya selama ini Alfareeze menawan banyak negeri bukan kerana tamakkan kuasa, tapi hanya mahu mendapatkan Darra semula saja. "Jagakan Darra dengan baik...ini bukan permintaan seorang rakan kepada rakan...tetapi permintaan seorang ayah buat anaknya.."bisiknya sambil tu.
Alfareeze membalas pelukan tersebut dengan senyuman nipis di bibir. Tanpa sesiapa yang suruh, dia memang dari awal lagi sudah berniat akan menjaga Darra sebaik mungkin dan membahagiakan isterinya nanti. Walaupun dia sudah menua dan tidak kuat lagi nak berjalan.
Ricardo mengerling Alfareeze di samping Darra waktu itu untuk seketika sebelum bibirnya dipaksa untuk tersenyum. Hatinya sakit kerana terkilan, tetapi dia tidak lagi berharap. Cinta pandang pertamanya ini akan kekal tersemat dalam memorinya. Memandangkan Darra adalah adik tirinya. Maka dia perlu tonjolkan perwatakan yang matang sebagai seorang abang.
"Taniah Darra...saya bertumpang gembira untuk hari bahagia kamu.."ucap Duke Brett sewaktu menghulur tangan kepada Darra pula tidak lama kemudian.
Sambil tersenyum Darra tidak berlengah terus berjengket memeluk lelaki yang sepatutnya dia gelar sebagai ayah sejak awal lagi. Lelaki yang sepatutnya mendengar ucapan terima kasih dari dirinya sejak awal lagi. Lelaki yang sepatutnya menerima penghargaan dari dia lebih dari segalanya.
Puan Agnes sejak tadi diam tidak mengatakan apa perhatikan riak wajah gembira Darra bersama air mata bergenangan di kelopak..
"Saya tak tahu nak cakap bagaimana lagi kerana masih terkejut dengan pertemuan mengejut kita ni Duke Brett..."beritahu Darra tanpa sengaja bertentang mata dengan Ricardo saat memeluk Duke Brett. Mereka berdua saling membalas renungan.
"Asyik ayah aje...saya bila pula?"seloroh Ricardo berbaur gurau.
Duke Brett melepaskan pelukan itu lalu gerak ke tepi untuk memberi laluan kepada Ricardo dan Puan Agnes.
"Ya...ya.."balasnya semasa pegang tepi lengan Puan Agnes. Duke Brett mahu Puan Agnes merapat ke Darra kerana dia tahu isterinya itu masih gugup..
Tersipu malu melihat wajah mata Ricardo, Darra hanya mampu tersenyum.
"Seronok ke main lari-lari?"tegur Ricardo saat menyerahkan sebuah kotak hadiah kepada Darra. "Sampai hati..pergi tak beritahu..."
Darra pandang kotak itu lalu ke Ricardo serba salah. "Maafkan saya."ucapnya saat capai hadiah itu.
"Taniah untuk perkahwinan awak berdua. Saya tumpang gembira. Saya harap selepas ni awak akan bahagia di sisi insan tercinta dan keluarga besar awak Darra."ucap Ricardo.
"Terima kasih."
"Ibu..... Tunggu apa lagi?"pandang Ricardo ke Puan Agnes. "Bukan ke ibu ada perkara yang hendak diberitahu?"
Mata Darra terus mengerling laju Puan Agnes. Senyumannya perlahan-lahan ikut memudar setelah bertentang mata dengan sepasang mata itu.
Bibir Puan Agnes menggeletar kuat apabila Wanita itu begitu sebak taktala melihat anak gadisnya indah dalam busana pengantin. Di atas kesilapan sendiri, kini Puan Agnes menyesal dan kesal kerana tidak melihat sendiri anaknya membesar.
Alfareeze merapat ke Darra, sambil itu dia capai kotak hadiah pemberian Ricardo tadi dan berbisik kepada Darra. "Dia ibu kandung kau...aku harap kau maafkan dia kali ni.."
Kening Ricardo berkerut sewaktu perasan air muka keruh Puan Agnes yang sepertinya begitu terdesak menahan diri dari menangis. Dia tahu ibu tirinya ini berasa serba salah. Tapi asal usul kejadian ini berlaku bukan kerana salah ibunya. Keadaan yang memaksa. Jadi Ricardo sudahpun memaafkan ibunya.
Janggal?Mestilah ada. Tapi perasaan yang Darra rasakan lebih kepada lega dan syukur. Kerana apa?Kerana dia tidak pernah terfikir sekalipun yang ibu kandung dia akan ke majlis perkahwinannya ini selepas apa yang terjadi. "Apa khabar Puan Agnes?"senyum Darra dengan lebar sudahpun bersedia hendak menerima ibunya ke dalam pelukan. Apapun situasinya ibunya adalah Wanita yang melahirkan dirinya ke dunia ini. Jadi baik atau buruk ibunya dia telahpun memaafkan sejak awal. "Terima kasih kerana datang..."
Masa itulah Puan Agnes menghambur menangis semahunya saat mendepa tangan ingin memeluk Darra. "Maafkan ibu...ampunkan ibu Darra..."sedunya dengan kuat hampir hendak terduduk di bawah kerana begitu lemah lutut akibat kesedihan.
Namun Darra sempat menyambut tubuh itu ke dalam pelukan. Dia terus dakap dengan erat.
"Ibu salah Darra...pada kamu. pada ayah kamu..."nangis Puan Agnes begitu sedih.
Duke Brett yang lihat tersenyum senang sebelum mengerling ke Duke Elijah yang berdiri tidak jauh dari tempat pengantin berdiri. Mereka berdua saling berbalas senyuman.
Sementara Ricardo menggosok belakang badan Puan Agnes ingin menenangkan ibunya yang begitu histeris kerana Darra.
Dan Alfareeze di samping Darra sempat memeluk belakang badan Darra dan menepuk perlahan tepi lengan Puan Agnes apabila tubuh itu menggigil kuat.
"Darra faham ibu..."pipinya direhatkan ke atas kepala yang sedang berehat pada bahunya. Tubuh genit ibunya itu dipeluk Darra dengan kasih. "Jangan lah menangis lagi..."
Duke Elijah yang perhatikan situasi itu lekas-lekas memandang ke arah lain. Sedaya upaya mengawal diri untuk tidak menangis kerana mereka.